Majalah pulpa atau cereka pulpa merupakan majalah-majalah cereka yang tidak mahal yang diterbitkan dari tahun 1896 sehingga 1950-an. Istilah pulpa berasal dari kertas pulpa kayu murah di mana majalah dicetak. Sebaliknya, majalah yang dicetak pada kertas berkualiti tinggi disebut "kilap" (glossies). Majalah pulpa biasa mempunyai 128 halaman; dengan kelebaran adalah 7 inci (18 cm) dan dengan 10 inci (25 cm) tinggi, serta 0.5 inci (1.3 cm) tebal.

Spicy Mystery Stories, Februari 1936.

Pulpa telah mewujudkan istilah cereka pulpa yang merujuk kepada kesusasteraan berkualiti rendah. Walaupun banyak penulis yang disegani menulis untuk pulpa, majalah-majalah itu terkenal dengan perkara-perkara seperti penindasan, eksploitatif, dan sensasi. Buku komik adiwira moden juga adakalanya dianggap "pulpa hero"; majalah pulpa yang menampilkan cerita panjang watak adiwira yang berilustrasi, seperti The Shadow, Doc Savage, and The Phantom Detective.

Asal usul sunting

Majalah pulpa pertama merupakan majalah Argosy oleh Frank Munsey pada tahun 1896, yang menampilkan kira-kira 135,000 patah perkataan dalam 192 muka surat setiap keluaran, di atas kertas pupla dengan tepi yang tidak kemas, dan tidak mempunyai sebarang ilustrasi, meskipun pada muka hadapan. Akhbar percetakan yang berkuasa stim telah digunakan secara meluas untuk beberapa ketika, yang membolehkan perkembangan dalam novel-novel baru; sebelum Munsey, bagaimanapun, tiada siapa yang menggabungkan percetakan murah, kertas murah dan penulis murah dalam pakej yang menyediakan hiburan yang berpatutan kepada golongan muda dalam kelas pekerja. Dalam masa enam tahun, Argosy mula dicetak dari beberapa ribu setiap bulan kepada lebih dari setengah juta.[1]

Street & Smith, sebuah novel dime dan penerbit mingguan lelaki, pula berada di pasaran. Melihat kejayaan Argosy, mereka melancarkan The Popular Magazine pada tahun 1903, yang dinyatakan oleh mereka sebagai "majalah terbesar di dunia" dengan dua muka surat (bahagian dalaman muka hadapan dan belakang) yang lebih panjang dari Argosy. Walau bagaimanapun, majalah ini mempunyai kurang teks berbanding Argosy. The Popular Magazine telah memperkenalkan muka hadapan berwarna dalam penerbitan pulpa, dan majalah itu mula popular pada tahun 1905 apabila penerbit mendapatkan hak menerbitkan siri Ayesha oleh H. Rider Haggard, iaitu sekuel kepada novel popularnya, She. Genre yang dibawa oleh Haggard telah banyak mempengaruhi beberapa orang penulis pulpa termasuklah Edgar Rice Burroughs, Robert E. Howard, Talbot Mundy and Abraham Merritt.[2] Pada tahun 1907, harganya telah meningkat kepada 15 sen dan 30 muka surat telah ditambah bagi setiap keluaran. Street & Smith seterusnya memperkenalkan genre pulpa khusus, dengan setiap majalah memfokuskan kepada genre tertentu, seperti cerita detektif, percintaan dan sebagainya.[3]

 
Muka hadapan majalah pulpa, Spicy Detective Stories vol. 2, #6 (April 1935) yang menampilkan "Bullet from Nowhere" oleh Robert Leslie Bellem

Populariti sunting

Kemuncak populariti majalah pulpa adalah pada tahun 1920-an dan 1930-an, dengan jualan mencecah satu juta bagi setiap keluaran. Pada tahun 1934, Frank Gruber, seorang penulis, berkata terdapat kira-kira 150 judul majalah pulpa yang ada. Antara majalah pulpa yang terkenal adalah Argosy, Adventure, Blue Book dan Short Stories, yang secara kolektif digambarkan oleh beberapa ahli sejarah pulpa sebagai "The Big Four".[4] Selain itu, turut dikenali pada ketika itu adalah Amazing Stories, Black Mask, Dime Detective, Flying Aces, Horror Stories, Love Story Magazine, Marvel Tales,[5] Oriental Stories, Planet Stories, Spicy Detective, Startling Stories, Thrilling Wonder Stories, Unknown, Weird Tales dan Western Story Magazine.[5]

Walaupun majalah pulpa merupakan fenomena di Amerika Syarikat, namun terdapat beberapa majalah pulpa yang diterbitkan di Britain ketika era Edwardian dan Perang Dunia Kedua. Antara majalah pulpa British yang popular termasuklah Pall Mall Magazine, The Novel Magazine, Cassell's Magazine, The Story-Teller, The Sovereign Magazine, Hutchinson's Adventure-Story dan Hutchinson's Mystery-Story.[6] Majalah fantasi Jerman, Der Orchideengarten mempunyai format yang sama dengan majalah pulpa Amerika Syarikat, iaitu dicetak di atas kertas pulpa dan mempunyai ilustrasi.[7]

Kejatuhan pasaran sunting

Semasa Perang Dunia Kedua, kekurangan kertas telah memberi kesan yang serius kepada penghasilan pulpa, bermula dengan peningkatan kos dan pengurangan pulpa. Bermula dengan Ellery Queen's Mystery Magazine pada tahun 1941, majalah pulpa mula ditukar kepada saiz yang lebih kecil dan nipis. Pada tahun 1949, Street & Smith telah menamatkan kebanyakan penerbitan majalah pulpa mereka untuk fokus kepada pasaran mewah dan menghasilkan slik.[8]

Format pulpa merosot hasil dari kenaikan perbelanjaan, namun ia sebenarnya lebih disebabkan oleh persaingan yang hebat dari buku-buku komik, televisyen, dan novel kulit lembut. Pada tahun 1950-an, majalah pengembaraan lelaki mula mengambil alih majalah pulpa.

Pembubaran American News Company pada tahun 1957, pengedar utama majalah pulpa, telah dikira sebagai tanda pengakhiran "era pulpa"; dengan pada masa itu, banyak majalah pulpa yang terkenal termasuklah Black Mask, The Shadow, Doc Savage, dan Weird Tales, telah ditamatkan.[1] Kebanyakan majalah pulpa yang bertahan adalah majalah cereka sains dan misteri dalam bentuk yang lebih kecil seperti Analog Science Fiction and Fact dan Ellery Queen's Mystery Magazine. Format majalah pulpa masih digunakan seperti dalam majalah mingguan cereka sains Jerman, Perry Rhodan (lebih daripada 2,650 keluaran sehingga tahun 2012).

Sepanjang evolusi mereka, terdapat sebilangan besar tajuk majalah pulpa; Harry Steeger yang mendakwa syarikatnya sendiri telah menerbitkan lebih 300 judul, dan pada masa kemuncak mereka telah menerbitkan 42 judul sebulan.[9] Banyak judul tertentu terselamat seketika. Walaupun judul yang paling popular adalah diterbitakan sebcara bulanan, banyak juga yang diterbitkan secara dwibulanan dan secaraan sukuan..

Kejatuhan industri pulpa telah merubah landskap penerbitan kerana pulpa merupakan pusat jualan terbesar tunggal bagi cerita pendek. Ditambah dengan kejatuhan pasaran cereka majalah slik, para penulis mula beralih kepada penulisan novel dan antologi. Terdapat juga beberapa bekas penulis pulpa seperti Hugh B. Cave dan Robert Leslie Bellem beralih kepada penulisan untuk televisyen pada tahun 1950-an.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "A Two-Minute History of the Pulps", in The Adventure House Guide to the Pulps, edited by Doug Ellis, John Locke, and John Gunnison. Silver Spring, MD, Adventure House, 2000. (p. ii–iv).
  2. ^ See Lee Server, Encyclopedia of Pulp Fiction Writers (2002), pg.131.
  3. ^ Reynolds, Quentin. The Fiction Factory ; Or, From Pulp Row to Quality Street: The Story of 100 Years of Publishing at Street & Smith. Random House, 1955. (Covers: Street & Smith, Nick Carter, Max Brand, Buffalo Bill, Frank Merriwell, Gerald Smith, Richard Duffy, Frederick Faust, dime novel, Horatio Alger, Henry Ralston, Ned Buntline, Ormond Smith, Beadle's, Edward Stratemeyer, detective fiction, Laura Jean Libbey, Astounding Science Fiction, Edith Evans)
  4. ^ Hulse, Ed. (2009) "The Big Four (Plus One)" in The Blood 'n' Thunder Guide to Collecting Pulps. Murania Press, ISBN 0-9795955-0-9 (pp. 19–47).
  5. ^ a b Server, Lee (1993). Danger Is My Business: an illustrated history of the Fabulous Pulp Magazines. San Francisco: Chronicle Books. m/s. 62–65. ISBN 978-0-8118-0112-6.
  6. ^ Ashley, Michael (2006). The Age of the Storytellers: British Popular Fiction Magazines, 1880–1950. British Library. ISBN 1-58456-170-X
  7. ^ "Orchideengarten, Der". in: M.B. Tymn and Mike Ashley, Science Fiction, Fantasy, and Weird Fiction Magazines. Westport: Greenwood, 1985. pp. 866. ISBN 0-313-21221-X
  8. ^ Ashley , Michael. The history of the science-fiction magazine: the story of the science-fiction magazines from 1950 to 1970, Transformations, Volume 2 (2005), pg. 3 ISBN 978-0-85323-779-2
  9. ^ Haining, Peter (1975). The Fantastic Pulps. Vintage Books, a division of Random House. ISBN 0-394-72109-8.

Sumber sunting

Bacaan tambahan sunting

  • Dinan, John A. (1983) The Pulp Western : A Popular History of the Western Fiction Magazine in America. Borgo Press, ISBN 0-89370-161-0.
  • Goodstone, Tony (1970) The Pulps: 50 Years of American Pop Culture, Bonanza Books (Crown Publishers, Inc.), ISBN 978-0-394-44186-3.
  • Goulart, Ron (1972) Cheap Thrills: An Informal History of the Pulp Magazine, Arlington House, ISBN 978-0-87000-172-7.
  • Goulart, Ron (1988) The Dime Detectives. Mysterious Press, 1988. ISBN 0-89296-191-0.
  • Hamilton, Frank and Hullar, Link (1988), Amazing Pulp Heroes, Gryphon Books, ISBN 0-936071-09-5.
  • Robbins, Leonard A. (1988). The Pulp Magazine Index. (Six Volumes). Starmont House. ISBN 1-55742-111-0.
  • Sampson, Robert (1983) Yesterday's Faces: A Study of Series Characters in the early Pulp Magazines . Volume 1. Glory figures, Vol. 2. Strange days, Vol. 3. From the Dark Side, Vol. 4. The Solvers, Vol 5. Dangerous Horizons, Vol. 6. Violent lives. Bowling Green University Popular Press, ISBN 0-87972-217-7.

Pautan luar sunting