Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Alor Setar merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Alor Setar, Kedah. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Majlis Bandaraya Alor Setar
Jata
Sejarah
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Kota Setar
Kepimpinan
YBHG. DATO’ HAJI MOHD YUSRI BIN HAJI MD DAUD, DSDK., AMK., BCK.
Setiausaha Bandaraya
ENCIK NASRANKAMIL BIN NOH, AMK., BCK.
Tempat persidangan
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah, Malaysia
pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-bandaraya-alor-setar/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ialah sebuah kerajaan tempatan di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2003, dan sebelum ini dikenali Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS). Pada peringkat permulaan, Alor Setar ditadbir dalam kawasan yang kecil serta di seluruh daerah Kota Setar. MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya dserta mentadbir Daerah Pokok Sena.

Asal-usul penubuhan sunting

Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board" pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 04 Syawwal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.

Wakil Rakyat Bandar Raya Alor Setar sunting



Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987