Majlis Kawalan Bersekutu

Majlis Kawalan Bersekutu atau Pihak Berkuasa Kawalan Bersekutu, dikenali dalam bahasa Jerman sebagai Alliierter Kontrollrat dan juga dirujuk sebagai Kuasa Empat (Jerman: Vier Mächte), adalah badan pentadbir Zon Pendudukan Perikatan di Jerman dan Austria selepas akhir Perang Dunia II di Eropah. Anggotanya ialah Soviet Union, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Perancis. Organisasi ini berpangkalan di Berlin-Schöneberg. Majlis telah bermesyuarat untuk menentukan beberapa rancangan pasca perang Eropah, termasuk bagaimana untuk mengubah sempadan dan memindahkan penduduk di Eropah Timur dan Jerman. Apabila empat Kuasa Bersekutu bergabung sebagai kondominium yang mengisytiharkan kuasa 'tertinggi' di Jerman, pihak Majlis Kawalan Bersekutu menjadi satu-satunya pihak berkuasa bebas yang sah bagi keseluruhan Jerman, menggantikan kerajaan awam Jerman Nazi yang telah rosak.

Kammergericht, 1945–1990 Ibupejabat Majlis Kawalan Bersekutu: Pandangan dari Kleistpark

Sumber-sumber perundangan Majlis Kawalan Bersekutu sunting

  • Allied Control Authority Germany, Enactments and Approved Papers, 9 volumes (Berlin, 1946–1948), covering the period 1945–1948

Rujukan sunting

  • William Durie, " THe UNited States Garrison Berlin 1945–1994", Mission Accomplished, Aug 2014 ISBN 978-1-63068-540-9 (English).

Pautan luar sunting