Majlis Paralimpik Malaysia

Majlis Paralimpik Malaysia merupakan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) bagi Malaysia. Majlis ini ditubuhkan pada 18 Mei 1989 sebagai Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia. Pada tahun 1996, majlis tersebut dinamakan semula sebagai Majlis Paralimpik Malaysia.[1]

Majlis Paralimpik Malaysia
Negara Malaysia
KodMAS
Diwujudkan18 Mei 1989
Persatuan BenuaJawatankuasa Paralimpik Asia
Ibu pejabatKuala Lumpur
PresidenMegat D Shahriman Zaharudin
Ketua SetiausahaSubramaniam Raman
Laman webparalympic.org.my

Sejarah sunting

Perkembangan sukan orang kurang upaya di Malaysia bermula pada tahun 1962 apabila H.R.M Storey (pengasas Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia) menubuhkan pasukan powerlifting yang pertama di Malaysia setelah bertemu dengan Ludwig Guttmann, pengasas Sukan Stoke Mandeville yang kemudiannya berkembang menjadi Sukan Paralimpik.[2] Pasukan tersebut yang terdiri daripada seorang atlet sahaja telah menyertai Sukan Stoke Mandeville ke-19 yang diadakan pada tahun 1970.

H.R.M Storey telah mencadangkan kepada Dato’ Zainal Abu Zarin, Kassim Abd Rahman dan Radha Krishnan agar Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia ditubuhkan.[2] Majlis tersebut telah didaftar pada 18 Mei 1989. Pada tahun 1996, majlis tersebut telah dinamakan semula sebagai Majlis Paralimpik Malaysia.[1]

Pertandingan kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1982. Pada tahun 1998, Sukan Paralimpiad Malaysia (yang kemudiannya dikenali sebagai Sukan Para Malaysia) telah diadakan di Kuala Lumpur. Pasukan Malaysia mula menyertai Sukan Paralimpik pada tahun 1972, dan telah memenangi pingat pertamanya di Sukan Paralimpik Musim Panas 1988.[3] Kontigen Malaysia telah memperoleh pencapaian terbaiknya di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020.[4]

Malaysia turut memainkan peranan penting dalam perkembangan sukan orang kurang upaya di Asia Tenggara mahupun di peringkat Asia. Idea Sukan Para ASEAN dikonsepkan oleh Zainal Abu Zarin, presiden pengasas Majlis Paralimpik Malaysia, dan Malaysia telah menganjurkan edisi Sukan Para ASEAN yang pertama.[5][6][7] Malaysia juga telah menganjurkan temasya tersebut pada tahun 2009 dan 2017.[8] Selain itu, Zainal Abu Zarin turut merupakan presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia yang pertama dan telah memegang jawatan tersebut dari 2002 hingga 2014.[9] Malaysia juga pernah menganjurkan beberapa pertandingan antarabangsa seperti Kejohanan Powerlifting Para Dunia pada tahun 2002 dan 2010 serta Sukan FESPIC pada tahun 2006.[10]

Senarai Presiden sunting

Organisasi sunting

Berikut merupakan senarai organisasi MPM:[12]

  • Presiden: Dato’ Sri Megat D. Shahriman bin Dato’ Zaharudin
  • Timbalan Presiden: Dr. S. Radha Krishnan
  • Setiausaha Jeneral: Laksamana Pertama Dato’ Subramaniam Raman Nair
  • Naib Presiden:
    • Muhd Iqbal Sulaiman
    • Hafidzah binti Abd. Khafidz
    • K M Rajendran
    • Azhari bin Abdullah
    • Noor Syahieda binti Mat Shah
  • Bendahari: Kumarusamy Sithambaram

Anggota sunting

Sebanyak 25 persatuan sukan bernaung di bawah MPM:[13]

Persekutuan Sukan
Persatuan Badminton Malaysia Badminton
Persatuan Bola Sepak Buta Malaysia Bola sepak buta
Persatuan Goalball Malaysia Goalball
Persatuan Kanu Malaysia Kanu
Persatuan Boling Padang Orang Kurang Upaya Malaysia Boling padang
Persatuan Bola Tampar Orang Kurang Upaya Malaysia Bola tampar
Persatuan Olahraga Para Malaysia Olahraga
Persekutuan Renang Malaysia Renang
Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia -
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Lumba basikal
Persatuan Para Karom Malaysia Karom
Persatuan Powerlifting Para Malaysia Powerlifting Paralimpik
Persatuan Boling Sepuluh Pin Para Malaysia Boling sepuluh pin
Persatuan Mendayung Malaysia Lumba dayung
Persatuan Melayar Malaysia Melayar
Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia Bola keranjang kerusi roda
Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia Ragbi kerusi roda
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia Memanah
Persatuan Boccia Malaysia Boccia
Persatuan Catur OKU Malaysia Catur
Persatuan Menembak Para Malaysia Menembak
Persekutuan Petanque Malaysia Petanque
Persatuan Pingpong Malaysia Pingpong
Taekwondo Malaysia Taekwondo
Tenis Kerusi Roda Malaysia Tenis kerusi roda

Kontroversi sunting

Rasuah sunting

Pengasas dan presiden pertama MPM, Datuk Zainal Abu Zarin, didakwa telah menyalahgunakan wang sebanyak RM4 juta milik MPM untuk melabur sebuah syarikat pengurusan acara, Paralimpik Ventures Sdn Bhd (PVSB), yang diterajui oleh Zainal dan anaknya pada tahun 2008.[14][15] Isu ini terbongkar oleh dua surat akhbar tempatan, The Sun serta The Malay Mail, dan SPRM telah memulakan penyiasatan.[16][17] Ekoran daripada itu, jawatan beliau sebagai presiden telah digantung oleh MPM dan tugasnya diuruskan oleh pemangku presiden dan Timbalan Presiden MPM, Prof Madya Dr Anuar Suun.[18]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "About Malaysian Paralympic Council (MPC)". paralympic.org.my. Official website of Malaysian Paralympic Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-30. Dicapai pada 2 July 2011.
  2. ^ a b Abdullah, N. M., Govindasamy, M., Zaharudin, M. S., & Nair, S. R. (2020). Paralympic movement in Malaysia: The achievement of high-performance para sports. Journal Sport Area, 6(1), 67-75.
  3. ^ Khoo, Selina (2008). "International Paralympic Events and Achievements" (PDF). Encyclopedia of Malaysia: Sports and Recreation. ISBN 978-981-4155-61-8. Dicapai pada 28 Oktober 2021.
  4. ^ Sukhairi Thani. "PARALIMPIK: Pencapaian terbaik kontinjen negara". Berita Harian. 5 September 2021. Dicapai pada 29 Oktober 2021.
  5. ^ "Background". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2003. Dicapai pada 28 September 2018.
  6. ^ "Governor". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2003. Dicapai pada 28 September 2018.
  7. ^ "About". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2016. Dicapai pada 28 September 2018.
  8. ^ "SEJARAH". Laman web rasmi Kuala Lumpur 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 28 Oktober 2021.
  9. ^ IPC Governing Board Biography Sheet. IPC. Dicapai pada 29 Oktober 2021.
  10. ^ Closure of FESPIC Federation Diarkibkan Jun 19, 2006, di Wayback Machine
  11. ^ IPC Governing Board Biography Sheet - Dato Zainal Abu Zarin. IPC. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  12. ^ Organization. Majlis Paralimpik Malaysia. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  13. ^ Local Affiliates. Majlis Paralimpik Malaysia. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  14. ^ "Zainal denies misuse of MPC funds". Astro Awani. 8 Januari 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  15. ^ Sports Ministry mum over chances of recovering RM4 mil. The Sun. 8 Julai 2014. Dicapai pada 17 Oktober 2021
  16. ^ MACC's investigation on MPC ongoing. The Sun. 28 Februari 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  17. ^ Haresh Deol (29 Jun 2011). "Paralympics RM4 million poser". Malay Mail. Petaling Jaya. m/s. 2.
  18. ^ Zainal digantung tugasan; Dr Anuar pangku jawatan Presiden MPM. Berita Harian. 28 Februari 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2021.

Pautan luar sunting