Majlis Perbandaran Selayang

Kerajaan Tempatan di Daerah Gombak, Selangor

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah sebuah pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mentadbir kawasan bandar Selayang di negeri Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Pada masa ini, Yang DiPertua Selayang adalah Tuan Suliman bin Abd Rahman, AMS, PPT.2016

Majlis Perbandaran Selayang
مجليس ڤربندرن سلايڠ

MPS
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Tuan Suliman bin Abd. Rahman AMS, PPT
Moto
Selayangku Sayang
Tempat persidangan
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mps.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum ini MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang mana ia telah beroperasi sejak 1 Januari 1977 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya adalah meliputi Mukim Rawang, Mukim Batu dan sebahagian Mukim Setapak.

MPS lahir dari beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti: Lembaga Bandaran Gombak, Lembaga Bandaran Rawang, Lembaga Bandaran Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan Kawasan Perindustrian Batu Caves.

MPS mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil/cawangan seperti di Batu Arang, Rawang dan Sri Gombak. Luas kawasan pentadbiran MPS ialah 549.33 km persegi. Manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.

Visi, Misi, Moto & Objektif sunting

Visi

  • Majlis Perbandaran Selayang Peneraju Pengurusan Cemerlang Ke Arah Perbandaran Mampan Menjelang Tahun 2020

Misi

  • Memperkasa Pengurusan Perbandaran Kepada Seluruh Warga Selayang Melalui Perkhidmatan Bertaraf 5 Bintang Ke Arah Pembentukan Komunikasi Sejahtera

Moto

"MAMPAN, PROGRESIF, SEJAHTERA"

Objektif

  • Memberi dan Meningkatkan Perkhidmatan Bandaran
  • Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Infrastruktur
  • Menyusun dan Mengawasi Pembangunan Melalui Kawasan Pembangunan Yang Teratur Serta Terancang
  • Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Taman dan Rekreasi
  • Mewujudkan Suasana kecantikan Kawasan Selaras Dengan Objektif Untuk Menjadikan Kawasan Majlis Sebagai "Kawasan Taman Dalam Bandar"
  • Mengeratkan Perpaduan Di Antara Rakyat Di Samping Mewujudkan Masyarakat Yang Bertanggungjawab dan Berdisiplin
  • Memainkan Peranan Di Dalam Usaha Kerajaan Negeri Untuk Menarik Aspek Perindustrian, Perancangan Perumahan Kos Rendah dan Program-Program Menggiatkan Pelancongan


Wakil Rakyat Bandar Selayang sunting

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang 2024-2025 sunting

PKR 14 DAP 4 AMANAH 13

Ahli Majlis Parti Zon Kawasan DUN Parlimen
Tuan Haji Mazlan Musa PH (PKR) Zon 1 (Zon Angkat)
  • Kampung Simpang Tiga
  • Kampung Sungai Chinchin
  • Kampung Gombak Utara
  • Kampung Orang Asli
  • Gombak Utara
  • Kampung Sungai Salak
  • Kampung Sungai Pusu
  • Desa Gemilang
  • Taman Bukit Lela
  • Taman Mutiara Gombak
  • Taman Permai Jaya
  • Kampung Batu 11
  • Kampung Batu 12
  • Kampung Batu 13
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Villa Bestari
Gombak Setia Gombak
Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Wan Mahmood Pawan Teh
(Orang Besar Daerah Gombak)
- Zon 2
  • Taman Gombak Jaya
  • Taman Cemerlang
  • Taman Kamariah
  • Kampung Tengah Gombak
  • Kampung Kerdas
  • Taman Setia Gombak
  • Kampung Kenangan
  • Gombak Setia
  • Taman Perwira
  • Taman Harmonis
  • Kampung Sentosa Tambahan
Tuan Haji Mazlan Musa PH (PKR) Zon 3
  • Taman Greenwood
  • Taman Berlian
  • Taman Melewar Indah
  • Desa Minang
  • Taman Selaseh Fasa 1
  • Kampung Changkat
  • Taman Gombak
  • Taman Sahabat
  • Taman Berjaya
  • Taman Gombak Ria
Puan Ruhanah Masruki PH (PKR) Zon 4
  • Taman Sri Gombak
  • Prima Sri Gombak
  • Taman Pinggiran Batu Caves
  • Indah Gemilang
  • Vistana Gemilang
  • Taman Gemilang
  • Kampung Melayu Sri Gombak
  • Taman Pinggiran Indah
  • Taman Bukit Permata
  • Taman Pinggiran
  • Astana Gemilang
  • Taman Pinggiran Permata
Tuan Wan Anwar Wan Ibrahim PH (AMANAH) Zon 5
  • Taman Selaseh Fasa 2
  • Taman Samudera
  • Apartment Casmaria Gombak
  • Apartment Fiona Gombak
  • Taman Samudera Teres
  • Taman Desa Batu Caves
  • Kondominium Banjaria
  • Taman Industri Dolomite
  • Taman Sri Batu Caves
Tuan Muhammad Husaini Mohd Yunos PH (PKR) Zon 6
Tuan Deveandran A/L Selvaraju PH (PKR) Zon 7
Tuan Mohammad Faizal Ramli PH (PKR) Zon 8
Tuan Ahmad Zahiri Zahid Sofian PH (AMANAH) Zon 9
Tuan Mohd Montazeri Nordin PH (AMANAH) Zon 10
Tuan U Chin Ong PH (DAP) Zon 11

Pautan Luar sunting