Majlis Perbandaran Sepang

Kerajaan Tempatan di Daerah Sepang, Selangor

Majlis Perbandaran Sepang ialah majlis perbandaran yang bertanggungjawab mengurus daerah Sepang di Selangor, Malaysia. Majlis Perbandaran Sepang (MPSEPANG) berpusat di Bandar Baru Salak Tinggi mukim Labu.

Majlis Perbandaran Sepang
مجليس ڤربندرن سيڤڠ
Majlis Perbandaran Sepang
MPSEPANG
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang di-Pertua (YDP)
Y.Bhg. Dato' Haji Abd Hamid bin Hussain, DSIS, AIS, PPT, PPC
Tempat persidangan
Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
63200 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mpsepang.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang terbesar di Asia. Selain daripada itu, Bandar Bistari yang dikenali sebagai Bandar Cyberjaya, Airport City, Cybervillage, Bio Valley dan Hi Tech Park juga terletak di dalam kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan projek nasional Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang adalah litar unggul, terkemuka dan bertaraf antarabangsa yang juga terletak di Sepang di samping mengelilingi sepenuhnya pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, Putrajaya.

Sejarah sunting

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MPSepang bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Sepang Sanitary Board, kemudian dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13 November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7 Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3 Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 56,150 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan tiga batu nautikal dari tikas air surut).

Upacara pengisytiharan gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Stadium Perbandaran Sepang yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 13 Disember 2005.

Wakil Rakyat sunting

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting