Majoriti ialah satu subset suatu set yang terdiri daripada lebih separuh unsur set itu. Ini boleh dibandingkan dengan kemajmukan, yang merupakan suatu subset yang kebih besar daripada mana-mana subset lain; i.e. kemajmukan mungkin bukan majoriti kerana subset terbesar mungkin tidak memiliki sampai separuh unsur set tersebut.

Majoriti biasa ini boleh dipanggil majoriti mudah untuk membezakan dengan jenis majoriti lain: majoriti keseluruhan, dalam sistem parlimen, ialah beza ahli majlis undangan antara kerajaan dan pembangkangnya;[1] majoriti mutlak ialah majoriti semua pemilih, bukan cuma yang mengundi;[2][3] dan supermajoriti ialah majoriti yang lebih kuat daripada majoriti mudah.

Dalam pilihan raya, majoriti undi bermaksud perbezaan antara bilangan undi yang diperolehi oleh pemenang dengan bilangan yang diperolehi oleh calon parti lawan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Overall Majority". Longman Dictionary of Contemporary English. Longmans. Dicapai pada 2009-04-26.
  2. ^ "Definition of absolute majority noun from Cambridge Dictionary Online".
  3. ^ "Simple majority". EUabc.