Maju dan Sejahtera

Lagu Maju dan Sejahtera ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Malaysia bermula 12 Ogos 2006. Lagu versi baru dirasmikan pada 28 Januari 2011 [1].

Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.

Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera dari segi aspek berikut:

  • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
  • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
  • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
  • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
  • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
  • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
  • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.

Lirik (2006-2011) sunting

Maju dan Sejahtera

State anthem   Wilayah Persekutuan
LirikDatuk Wah Idris, 2006
MuzikDatuk Wah Idris, 2006
Diguna pakai12 Ogos 2006
Dilepaskan28 Januari 2011

Lagu lama Wilayah Persekutuan digubah sepenuhnya oleh Datuk Wah Idris, kedua-duanya pada 2006.

Lirik Bahasa Melayu Lirik Jawi

Harmoni Wilayah Pertiwi
Semoga Sentiasa Diberkati
Wawasan Hala Pembangunan
Sebagai Semangat Perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju dan Sejahtera

هرموني ولايه ڤرتيوي
سموݢ سنتياس دبرکتي
واوسن هالا ڤمباڠونن
سباݢاي سماڠت ڤرڤادوان
ولايه ڤرسکوتوان
ماجو دان سجهترا

Lirik (bermula 28 Januari 2011) sunting

Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Lagu Kebangsaan Wilayah   Wilayah Persekutuan
LirikSyed Indera Syed Omar, 2011
MuzikSuhaimi Mohd Zain, 2011
Diguna pakai28 Januari 2011
Sampel audio
"Maju dan Sejahtera" (korus)

Lagu baharu itu digubah oleh Syed Indera Syed Omar dan digubah oleh Suhaimi Mohd Zain, kedua-duanya pada 2011.

dan Lagu ini digunakan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Maju dan Sejahtera[1]
Bahasa Melayu [2][3] Tulisan Jawi

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah [2][3]

Maju Membangun Dijulang Megah [2][3]

Aman Sentosa Di Sepanjang Masa [2][3]

Teguh Disemai Sentiasa [2][3]

Membara Semangat Setiap Warganya [2][3]

Cergas Mindanya Semangat Waja [2][3]

Pada Wilayah Ditumpah Setia [2][3]

Hormat Hormati Penuh Mesra [2][3]

Bersatulah, Berbaktilah [2][3]

Semua Warga Wilayah [2][3]

Sayangilah, Lindungilah [2][3]

Sepenuh Jiwa Raga [2][3]

Kita Jaga Keharmonian Semua [2][3]

Maju Sejahtera [2][3]

Wilayah Persekutuan [2][3]

اينله ولايه بومي يڠ برتواه
ماجو ممباڠون دجولڠ مݢه
امان سنتوسا د سڤنجڠ ماس
تݢوه دسماي سنتياس

ممبارا سماڠت ستياڤ ورݢڽ
چرݢس مينداڽ سماڠت واج
ڤد ولايه دتومڤه ستيا
حرمت حرمتي ڤنوه مسرا

برساتوله، بربقتيله
سموا ورݢ ولايه
سايڠيله، ليندوڠيله
سڤنوه جيوا راݢ

کيت جاݢ کهرمونين سموا
ماجو سجهترا
ولايه ڤرسکوتوان

Rujukan sunting

  1. ^ a b Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p skwmzr10. "Lagu Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". skwmzr10.wordpress.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)