Maqam Ibrahim juga dieja (Makam Ibrahim) merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Ia bukanlah kubur yang menempatkan jenazah Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana tanggapan atau pendapat sebahagian masyarakat. Sebaliknya di dalam binaan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan dengan batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajar Aswad[1]. Di atas batu Maqam Ibrahim ini, Nabi Ibrahim pernah berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah disamping puteranya Nabi Ismail a.s. memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.

7. Maqam Ibrahim

Batu Maqam Ibrahim dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi di sekeliling batu Makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Definisi sunting

Dari sudut bahasa, "al-maqam" beerti "tempat kaki berpijak". Maka, Maqam Ibrahim merupakan sebuah binaan dengan batu kecil yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s. ketika membangunkan Kaabah, batu ini telah digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. untuk berdiri bagi melengkapkan susunan bongkah-bongkah batu untuk membina Kaabah. Apabila Nabi Ismail menghulurkan bongkah-bongkah batu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim akan menyusunnya pada Kaabah, maka dari itu Kaabah pun semakin tinggi, batu tempat Nabi Ibrahim (Maqam Ibrahim) pun turut naik seperti lif.[2]

Keutamaan Maqam Ibrahim sunting

Diantara keutamaan/kelebihan Maqam Ibrahim adalah, bagi dijadikan tempat menunaikan solat. Al-Quran telah merakamkan keutamaan ini seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud:

Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat

.

Terdapat juga hadis sahih, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir mengenai sifat Haji Nabi   bahawa: "Ketika sampai di Kaabah bersama Rasulullah  , baginda langsung mencium rukun Hajar Aswad, kemudian berlari-lari kecil tiga putaran, dan (selebihnya) yang empat putaran dengan jalan biasa (Tawaf). Lalu baginda ke Maqam Ibrahim dan membaca: "Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat", dan menjadikannya berada diantara dirinya dan Kaabah".[3]

Kemudian, dijelaskan juga, batu yang menjadi hamparan bagi dipijak oleh Nabi Ibrahim itu asalnya dari Syurga. Nabi Muhammad   bersabda Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ialah batu-batuan dari syurga, seandainya Allah tidak melenyapkan cahaya (dari) kedunya, nescaya ia akan menerangi Timur dan Barat seluruhnya. Sementara dalam riwayat dari Imam al-Baihaqi, disebutkan seandainya bukan kerana dosa dan kesalahan anak cucu Adam, maka cahaya kedua (batuan itu) mampu menerangi Timur dan Barat.[4]

Menurut Imam Hasan al-Basri dan ulama-ulama tersohor lain, sekiranya ada jemaah berdoa dibelakang Maqam Ibrahim maka doa tersebut akan dikabulkan dengan izin Allah.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Al-Ihsan fi Taqrib Sahih ibn Hibban (3710); al-Sunan al-Kubra li al-Baihaqi, 5/75, Hadis Sahih.
  2. ^ Al-Jami' al-Lathif, halaman 20; Syifa' al-Gharam, 1/202; Mutsir al-Gharam, halaman 173.
  3. ^ Sahih Muslim, al-Hajj,(1218)
  4. ^ Al-Ihsan fi Taqrib Sahih ibn Hibban (3710); al-Sunan al-Kubra li al-Baihaqi, 5/75, Hadis Sahih.
  5. ^ Risalah al-Hasan al-Basri, Dlimna Akhbar Makkah li al-Fakihi, 2/291.