Makaroni atau laksa geronggang[2] adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit,[3] berasal dari Itali,[1] dibuat daripada gandum durum, biasanya tidak ditambah telur dalam adunannya. Adunan ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.

Makaroni
JenisPasta
Tempat asalItali (makaroni moden)[1]
Bahan utamaGandum durum
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sajian makaroni keju buatan sendiri, ditabur herba kering dan lada kisar

Makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar, sepertimana banyak jenis pasta lain; namun ada juga kelengkapan yang memudahkan pasta jenis ini boleh dibuat di rumah. Bentuk melengkung yang kelihatan pada pasta ini disebabkan kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin.

Penamaan sunting

Istilah bahasa Itali maccheroni ([makkeˈroːni]), bentuk jamak bagi maccherone.[3][4] Para cendekiawan sepakat bahawa perkataan itu dari asal Yunani μακαρία (makaria),[5] sejenis sup barli yang disaji dalam majlis perkabungan memperingati si mati,[6][7][8][9][10][11][12][13][14] terbitan μάκαρες (makares), "roh mati direstu" lanjutan μάκαρ (makar) "direstu, gembira".[15] Ahli bahasa Itali G. Alessio berhujah bahawa perkataan itu boleh mempunyai dua asal: yang pertama dari bahasa Yunani Zaman Pertengahan μακαρώνεια (makarōneia) "lagu ratap" (dinyatakan dalam Bahagian XIII oleh Yakov dari Bulgaria), yang akan diserahkan kepada maksudkan "makanan pengebumian" dan "makanan disaji" semasa upacara itu (lihat μαχαρωνιά hari ini - macharōnia di Thrake Timur, dalam erti kata "sajian nasi ketika pengebumian"), di mana istilah itu terdiri daripada kata akar berganda μακάριος "diberkati" dan αἰωνίος (aiōnios), "selama-lamanya",[16] dan yang kedua daripada perkataan Yunani μακαρία "sup barli", yang menambah akhiran -one.[17] John Dickie dalam bukunya 'Delizia! The Epic History of Italians and their Food (2007) mengatakan bahawa perkataan macaroni, dan variannya awal seperti maccheroni, "berasal dari maccare, bermakna tumbuk atau hentak."

Istilah maccherone di seberapa kawasan Itali merujuk kepada berbagai jenis pasta yang berhujung bulat dan beronggang dan cukup besar.[4] Pasta bentuk siku bersaiz yang lebih besar adakala diberi nama yang sendiri seperti chifferi atau lumaconi.

"Laksa geronggang" didapati tercatat seawal tahun 1916 dalam kamus An English-Malay dictionary karangan William Shellabear.[18]

Kegunaan masakan sunting

Selain hidangan sama seperti yang dibuat dengan lain-lain jenis pasta, makaroni keju merupakan hidangan popular di negara-negara berbahasa Inggeris, sering dibuat dengan makaroni siku. Puding makaroni manis, serupa dengan puding beras, juga sering dibuat.[19]

Di kawasan yang ramai orang Cina yang terdedah kepada pengaruh budaya Barat, seperti Hong Kong, Macao, Malaysia dan Singapura, masyarakat Cina tempatan menggunakan makaroni sebagai bahan untuk masakan Barat gaya-Cina. Di cha chaan teng Hong Kong dan kopitiam Asia Tenggara, makaroni direbus tos dan dimasak dalam sup jernih dengan ham atau sosej frankfurter, kacang, cendawan hitam, dan telur seakan mi sup yang sering dihidang pada waktu sarapan pagi atau makan tengah hari ringan.[20]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Maccheroni, History of Maccheroni (it)
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "laksa". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 6-7 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ a b Oxford Dictionary, Macaroni Diarkibkan 2012-07-18 di Wayback Machine
  4. ^ a b Lihat:
    • "maccheróne". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada 26 Mei 2023. Usato per lo più al plur., è nome generico di ogni tipo di pasta da mangiarsi asciutta (in questo sign. è di uso internazionale per indicare il tipico piatto italiano). Nelle diverse regioni italiane, indica invece varî tipi particolari di pasta, corta o lunga, e più spesso il tipo di pasta lunga a sezione rotonda e spesso bucata, di grosso diametro (tra i bucatini e le zite).
  5. ^ μακαρία, (def. III), Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
  6. ^ Macaroni Diarkibkan 2020-03-13 di Wayback Machine, on Compact Oxford English Dictionary
  7. ^ "Macaroni", Online Etymology Dictionary
  8. ^ Macaroni, on Webster's New World College Dictionary
  9. ^ Andrew Dalby, Food in the Ancient World from A to Z, Routledge, 2003, on Google books
  10. ^ Reader's Digest Oxford Complete Wordfinder
  11. ^ Dhirendra Verma, Word Origins, on Google books
  12. ^ Mario Pei, The story of language, p.223
  13. ^ William Grimes, Eating Your Words, Oxford University Press, on Google books
  14. ^ Mark Morton, Cupboard Love: A Dictionary of Culinary Curiosities, on Google books
  15. ^ μάκαρ, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  16. ^ αἰωνίος, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  17. ^ G. Alessio, "Atti dell'Accademia Pontaniana", t. 8, 1958-59, pp. 261-280
  18. ^ Shellabear, William Girdlestone (1916). An English-Malay dictionary. m/s. 311.
  19. ^ "traditionalenglishpuddings.com: macaroni pudding". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada 2015-08-12.
  20. ^ AP, Explore the world of Canto-Western cuisine, January 8, 2007

Pautan luar sunting