Ayat Makiyyah atau Surah Makiyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah iaitu ayat yang diturunkan sebelum 1H. Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah (Madaniyah). Ayat Makiyyah diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari iaitu bermula 17 Ramadan ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun hingga awal bulan Rabiulawal ketika Rasulullah SAW berumur 54 tahun. Terdapat 86 surah Makiyyah daripada 114 surah.

Surah Makiyyah kebanyakannya pendek, dengan ayat yang pendek, dan kebanyakannya terletak di juz-juz terakhir al-Quran. Kebanyakan surah yang mengandungi Muqatta'at merupakan surah Makiyyah.

Tanda-tanda sunting

  • Setiap surah yang mengandungi lafaz "كلا".
  • Setiap surah yang mengandungi ayat "سجدة".
  • Dimulai dengan "… يا أيها الناس".
  • Dimulai dengan huruf-huruf hijaiyyah kecuali surah al-Baqarah dan Ali 'Imran.
  • Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah nabi dan umat dahulu kecuali surah al-Baqarah.
  • Kebanyakan surah Mufasal.
  • Tiap-tiap surah yang mengandungi cerita-cerita Nabi Adam a.s. dan iblis l.a. kecuali surah al-Baqarah.
  • Mengandungi ayat-ayat yang pendek.
  • Menjelaskan soal-soal akidah dan akhlak.
  • Terdapat bantahan terhadap orang-orang musyrikin dan menerangkan kesalahan kepercayaan dan amalan mereka.
  • Terdapat banyak lafaz qasam (sumpah).[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Buku Panduan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan, Tingkatan 2 (PDF). JAKIM. m/s. 157. Dicapai pada 29 Mei 2017.