Makromolekul (Jawi: مکروموليکول‎) ialah molekul yang sangat besar, seperti protein, biasanya terdiri daripada pempolimeran subunit lebih kecil yang dipanggil monomer. Ia biasanya terdiri daripada beribu-ribu atom atau lebih. Suatu bahan yang terdiri daripada monomer dipanggil polimer. Makromolekul yang paling biasa dalam biokimia ialah biopolimer (asid nukleik, protein, dan karbohidrat) dan molekul bukan polimer yang besar (seperti lipid dan makrokitar),[1] gentian sintetik serta bahan uji kaji seperti nanotiub karbon.[2][3]

Struktur kimia makromolekul polipeptida

Makromolekul ialah molekul besar yang terdiri daripada beribu-ribu atom terkait secara kovalen. Karbohidrat, lipid, protein, dan asid nukleik semuanya makromolekul. Makromolekul terbentuk oleh banyak monomer merangkai bersama, membentuk polimer. Karbohidrat terbentuk daripada karbon, oksigen, dan hidrogen. Monomer karbohidrat ialah monosakarida. Terdapat tiga bentuk karbohidrat: tenaga, storan, dan molekul struktur. Disakarida terbentuk apabila is tindak balas penyahhidratan menyertai dua monosakarida. Jenis lain makromolekul ialah lipid. Lipid ialah hidrokarbon yang tidak membentuk polimer. Lemak terbina daripada gliserol dan asid lemak. Fosfolipid biasa dijumpa di dwilapisan fosfolipid membran. Ia mempunyai kepala hidrofilik dan ekor hidrofobik. Protein ialah jenis lain makromolekul. Asid amino ialah monomer protein. Protein mempunyai banyak fungsi yang berlainan. Terdapat protein yang digunakan untuk sokongan struktur, storan, pengangkutan, komunikasi sel, gerakan, pertahanan menentang defense bahan asing, dan lebih lagi. Asid nukleik memancar dan bantu menyatakan maklumat pewarisan. Ia dibuat daripada monomer yang dipanggil nukleotida. Dua jenis asid nukleik iaitu DNA dan RNA.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Stryer L, Berg JM, Tymoczko JL (2002). Biochemistry (ed. 5th). San Francisco: W.H. Freeman. ISBN 978-0-7167-4955-4.
  2. ^ Life cycle of a plastic product Diarkibkan 2010-03-17 di Wayback Machine. Americanchemistry.com. Retrieved on 2011-07-01.
  3. ^ Gullapalli, S.; Wong, M.S. (2011). "Nanotechnology: A Guide to Nano-Objects" (PDF). Chemical Engineering Progress. 107 (5): 28–32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-08-13. Dicapai pada 2015-06-28.

Pautan luar sunting

Templat:Organisasi biologi