Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pelajar yang ingin memohon masuk program Perubatan (Medicine) perlu mendapat Band 5, program undang-undang (Law) di UITM and UM perlu Band 4.

Ujian ini diadakan 3 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada awal, pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai. Rujuk kepada jadual MUET untuk tarikh tutup.

Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM 50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.

Syarat kemasukan sunting

  1. Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia
    2. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
    3. Malaysia Certificate of Education
    4. Federation of Malaya Certificate of Education
    5. Cambrige School Certificate
    6. Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level
  2. Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Komponen ujian sunting

  • 800/1 - Listening
  • 800/2 - Speaking
  • 800/3 - Reading Comprehension
  • 800/4 - Writing

Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 90 untuk Listening dan Speaking, Reading Comprehension dan Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 360 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 5+ yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.

Keputusan sunting

Calon sekolah/institusi boleh mengambil penyata keputusan ujian MUET mereka dari sekolah/institusi masing-masing, manakala calon persendirian individu dari Jabatan Pendidikan Negeri.

Berikut adalah band untuk lulus Muet

  • Band 1- Penguasaan bahasa Inggeris yang amat lemah dan hampir tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.
  • Band 2- Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Selalunya menyebabkan salah dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris.
  • Band 3 – Pemahaman yang sederhana tentang bahasa inggeris dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
  • Band 4- Pengguna yang fasih dan dapat menguasai bahasa inggeris. Dapat berfungsi dengan kompeten
  • Band 5- Pengguna yang bagus dan penguasaan yang bagus. Pemahaman yang baik dalam bahasa inggeris
  • Band 6- Penguasaan bahasa inggeris yang sangat bagus dan hampir-hampir tiada kesilapan dalam penguasaan MUET.

Pautan luar sunting