Mamat Khalid

Pengarah filem Malaysia (1963-2021)

Mohamad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid (6 April 1963 – 24 Oktober 2021)[1] ialah seorang pengarah filem, penulis dan lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]

Mamat Khalid
Mamat di Maskara Shorties 2008.
Kelahiran
Mohamad bin Mohd Khalid

(1963-04-06)6 April 1963
Meninggal dunia24 Oktober 2021(2021-10-24) (umur 58)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak
PekerjaanPengarah filem, penulis, lakon layar, penyunting filem, pelakon
Tahun aktif1996–2021
Karya terkenal
Lang Buana
Rock
Man Laksa
Zombi Kampung Pisang
Kala Malam Bulan Mengambang
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Rock Oo!
PasanganHasmah Hassan (k. 1987–2021)
Anak-anak5 (termasuk Amen Khalid)
Ibu bapaMohd Khalid Mohd Noh (bapa)
Norazian Said (ibu)
SaudaraDatuk Lat (abang)

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang kerani kerajaan dan isterinya seorang suri rumah, Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.[3][4]

Kehidupan awal sunting

Mamat dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak, lima bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dan dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh. Ketika zaman kanak-kanaknya, Mamat pernah pergi ke pawagam setiap hari untuk mengikuti filem terkini. Malangnya, hobinya tidak disukai oleh bapanya, yang juga mengharamkannya daripada menonton panggung wayang walaupun pada saat kematiannya, pada tahun 1974. Namun, itu tidak menghalang minat Mamat untuk menceburi bidang perfileman.

Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian.[5] Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi Kampung Boy karya abangnya, Lat. Mamat juga merupakan peminat tegar muzik rock dan pernah menyertai kumpulan rock Drop Out yang mana beliau merupakan pemain keyboard.[6]

Kerjaya sunting

1998–2005: Kerjaya awal dan filem pertama sunting

Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang. "Pada mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7 dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL, malah sarat dengan hikayat lain seperti Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya." Bagaimanapun, Enfiniti Productions yang menerima cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam, arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.[7] Filem Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal dalam sejarah,[8] sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004.[9] Namun demikian, filem ini turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice[10] dan di Los Angeles.[11]

Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutif Grand Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai 'formula yang serba berlainan' seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.[5] Filem yang menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta daripada 27 buah pawagam.[12]

Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan ingin menyampaikan mesej mengenai dilema yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an: "Itu yang cuba Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan teman wanita."[13] Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat daripada Festival Filem Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.

2006–2013: Kejayaan dan Hantu Kak Limah Balik Rumah sunting

Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia,[14] biarpun tidak dikenali memegang sebarang peranan dalam industri muzik selain menjadi pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.[15] Di samping itu, beliau juga diberi kepercayaan menulis skrip untuk filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham lakonan kumpulan Ruffedge dan Intan Ladyana.[16][17] Beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).[18]

Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21, iaitu Kala Malam Bulan Mengambang (2008),[19][20] sebuah filem noir yang dibintangi Rosyam Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani ulasan positif,[21] namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik.[22] Mamat membuat kemunculan khas dalam filem My Spy arahan Afdlin Shauki.

Filem Estet arahan Mamat keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.[23] Sungguhpun mendapat pujian pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000 daripada 47 buah pawagam.[24] Meskipun begitu, Mamat sekali lagi merasai kejayaan besar selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta daripada 39 buah pawagam, mengekori filem Ngangkung sahaja.[24]

Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.[25] Filem kelapan arahan beliau, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di pawagam pada 7 Februari 2013, dengan mengekakan sebahagian besar pelakon asalnya termasuk Awie dan Delimawati serta penambahan beberapa pelakon baru termasuk Ezlynn dan Rashidi Ishak. Dengan kos pembikinan sebanyak RM1.65 juta, filem ini mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM5.89 juta.[26][27]

2014–2021: Apokalips X, projek filem dan penghujung kerjaya sunting

Pada 3 April 2014, filem Apokalips X yang menjadi filem cereka sains fantasi pertama arahan beliau memperlihatkan Mamat lari dari kebiasaan dari filem-filem terdahulunya sekaligus mencuba sesuatu yang berbeza dari filem Melayu Malaysia.[28] Filem ini menggunakan 70 peratus imej janaan komputer (CGI) dan menggambarkan keadaan Malaysia pada 2046.[29][30] Walau bagaimanapun, Apokalips X merupakan kegagalan komersial dan hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 253,446.[31] Beliau kemudiannya mengarahkan filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut lakonan Shuib Sepahtu dan Shuk Sahar.[32]

Pada tahun 2015, Mamat melancarkan tiga filem arahan serentak, komedi seram Rumah Pusaka Di Simpang Jalan,[33] komedi gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.[34] dan komedi sejarah Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium[35] yang kedua-duanya menampilkan Usop Wilcha yang sebelum ini pernah bekerja dengan beliau menerusi beberapa filem terdahulu.

Filem arahan beliau, Lebuhraya Ke Neraka,[36][37] merupakan filem pertamanya yang bergenre kerohanian dan juga filem pertamanya yang tidak mengetengahkan genre komedi.[38] Ditayangkan pada 4 Mei 2017, ia berkisarkan sekumpulan remaja yang dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma semasa berkonvoi merentas desa. Filem ini mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan.[39][40]

Pada 8 Jun 2017, Mamat muncul dengan supertelefilem arahannya, 16 Puasa yang dibintangi oleh Sabri Yunus, Bell Ngasri, Aziz M. Osman dan Jue Aziz dan bersiaran di Astro First Eksklusif. Ia mengisahkan kisah sekumpulan kawan baik di sebuah kampung yang ponteng puasa dan menyembunyikan aktiviti mereka daripada pengetahuan isteri masing-masing. Mereka juga menetapkan jadual siapa yang akan membeli makanan di pekan dan kemudian makan di tempat-tempat terlindung. Telefilem ini juga diselitkan dengan adegan sinis dan memperlihatkan Mamat yang dikatakan menyidir orang yang suka ponteng berpuasa,[41] menurutnya, jalan cerita tersebut dicipta untuk memberi kesedaran kepada umat Islam yang mencari alasan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.[42] Bagaimanapun, Mamat meluahkan perasaan kecewanya apabila 16 Puasa "bocor" di internet hingga dijual dalam bentuk DVD, tetapi beliau berbangga kerana telefilem itu mendapat sambutan daripada penonton.[43][44]

Pada 19 Oktober 2017, Mamat menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah, kesinambungan daripada dua siri filem Hantu Kak Limah. Filem ini masih mengekalkan barisan pelakon asal termasuk Awie dengan penambahan pelakon baru termasuk Zul Ariffin dan Uqasha Senrose. Mamat mengakui perubahan pada filem ini tidak akan disedari penonton kerana dikaburi jenaka.[45][46] Dalam temuramah bersama Astro Gempak pada November 2017, Mamat mengakui bersedih atas kehilangan tiga pelakon penting dalam siri filem Hantu Kak LimahZami Ismail, Azwan Annuar dan Man Kadir. "Tanpa kita sedar, tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah telah tiada namun filem ini tetap akan diteruskan dan saya harap ia akan menjadi filem yang paling lawak pernah saya hasilkan."[47] Ditayangkan pada 9 Ogos 2018, Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 juta dalam masa 15 hari di seluruh negara, sekaligus menjadikannya sebagai filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.[48][49]

Dua filem arahan Mamat ditayangkan pada 2020 semasa dunia berdepan dengan pandemik COVID-19. Yang pertama ialah Rock 4: Rockers Never Dai yang merupakan trilogi keempat dan terakhir dalam siri filem Rock. Filem ini dibintangi oleh Hazama Azmi, Sharwani NS, Bulan Terry dan Adam John serta penampilan khas daripada pelakon asal tiga filem Rock terdahulu seperti Khir Rahman dan Pekin Ibrahim.[50][51] Ini kemudian diikuti oleh filem Manap Karaoke yang dibintangi oleh Joey Daud, Pekin, Mona Allen dan Imuda.[52][53][54]

Beliau kemudian menulis skrip dan mengarahkan drama Kampong Pisang Bersiri-siri untuk Astro Originals yang disiarkan di Astro Citra dari 7 Disember 2020 sehingga 8 Mac 2021 sebanyak 12 episod. Drama ini disifatkan oleh Mamat sebagai satu cabaran baharu buat dirinya sebagai pengarah. Barisan pelakon terdiri daripada Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Avaa Vanja dan Nazeera Sardi.[55][56][57][58] Filem terbaharu arahannya, 18 Puasa Di Kampong Pisang ditayangkan pada 15 April 2021 di Astro First tanpa ditayangkan di pawagam. Ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dan menjadi filem terakhir arahan beliau.[59]

Gaya pengarahan sunting

Hasil karya awal Mamat adalah komedi satira. Beliau dilaporkan menyelitkan kritikan sosial dalam setiap karyanya sekaligus mewujudkan banyak watak yang disifatkan mempunyai kaitan dengan senario politik negara termasuk soal rasuah atau ketidakadilan dalam menjalankan amanah masing-masing. Dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia pada 2014, Mamat menyifatkan dirinya sebagai seorang pengarah yang suka menyelitkan satira kehidupan termasuk politik.[60] Beliau berkata: "Kalau ikutkan, kepala saya ini lebih politikus tapi saya seorang pengarah, bukan ahli politik. Jadi bukan bidang saya untuk cakap pasal hal politik,"[60]

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: "Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,".[61]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima orang anak—Mohd. Khalid Zaffa (lahir 1987), Nor Sara (lahir 1990), Mohd. Khalid Adam (lahir 1994), Mohd. Khalid Amen (lahir 1995) dan Nur Hassanah (lahir 1999).[62]

Pada Jun 2014, Mamat kehilangan hampir RM100,000 apabila tiga lelaki memecah masuk ke rumahnya dan kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda.[63]

Beliau hanya menyedari rumah dipecah masuk pada kira-kira jam 6:30 pagi apabila beliau bangun untuk menunaikan solat Subuh.[63] Hasil daripada rakaman CCTV, perompak mengumpil tetingkap untuk masuk ke rumah, kemudian melarikan diri dengan Mitsubishi Triton dan melarikan kamera antik, iPad, PlayStation dan RM500, menjadikan jumlah kerugian kira-kira RM100,000.[63] Ketika kejadian, Mamat berada di lokasi penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.[63] Isteri beliau, Hasmah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Kampung Rapat pada kira-kira pukul 11 pagi.[63]

Mamat merupakan antara selebriti kelahiran Perak yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14, beliau mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam dan merupakan kali keempat mengundi bagi kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, beliau mengakui suasana pilihan raya 2018 memberi ilham kepadanya.[64][65]

Sakit dan kematian sunting

Pada 21 April 2017, Mamat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Selangor, selepas mengadu sukar untuk bernafas kira-kira jam 3 pagi selepas pulang minum bersama rakan-rakannya. Beliau dipercayai terlalu keletihan selepas menghadiri majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka yang diadakan di pawagam di Bukit Bintang.[66] Mamat bagaimanapun berada dalam keadaan stabil,[67] namun tetap berada di bawah pemantauan doktor berikutan tekanan darahnya yang tinggi.[68][69]

Beliau meninggal dunia pada 24 Oktober 2021 pada usia 58 tahun akibat serangan jantung di Hospital Slim River pada jam 12:30 pagi. Beliau dilaporkan rebah di restoran Sarang Art Hub miliknya di Tanjung Malim. Beliau meninggalkan balu, Hasmah Hassan dan lima anak.[70] Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak selepas solat zuhur.[71]

Penerimaan dan legasi sunting

Mamat Khalid telah disifatkan sebagai seorang pengarah prolifik dan wira yang turut memperjuangkan agenda perpaduan melalui karya filem serta menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia. Kartunis terkemuka negara, Lat berkata Mamat merupakan pencinta seni tegar dan minat itu ditunjuknya sejak kecil. Beliau menyifatkan adiknya sebagai penghibur buat keluarga. Menurut beliau, kehilangan adik bongsunya itu yang dianggapnya lucu dan berkarisma amat dirasai.[72] Pelakon dan penerbit, Tiara Jacquelina, yang mengenali Mamat sejak penglibatan awalnya dalam bidang seni, menyifatkan beliau sebagai "P. Ramlee [pada] zaman moden". Menurut Tiara, Mamat bukan sahaja dilahirkan dengan bakat tetapi juga kecerdasan dan kebijaksanaan dalam menghasilkan sebuah karya seni yang mampu memberi impak kepada masyarakat.[73] Wartawan hiburan Harian Metro, Riadz Radzi pula berpendapat bahawa Mamat ialah seorang "legenda dalam kelasnya tersendiri" sambil berkata: "Apa yang pasti, pemergian Mamat sukar dicari ganti. Setakat ini, tidak ada pengarah atau penggiat filem yang memiliki aura seperti beliau [Mamat]".[74]

Pekin Ibrahim yang telah membintangi beberapa filem arahan Mamat termasuk Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock Oo!, Apokalips X dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengakui amat terhutang budi atas segala nasihat, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Mamat sejak mula bertapak dalam bidang seni. Dalam temubual eksklusif bersama Berita Harian, beliau berkata: "Separuh masa saya dalam industri seni bersama arwah... Daripada watak kecil hingga peranan utama. Arwah macam bapa saya. Arwahlah yang mengangkat saya menjadi pelakon 'berisi' daripada tiada apa-apa. Hingga saya terjun ke kancah filem hasil bimbingannya. Banyak ilmu pelbagai cabang saya serap dan belajar daripada arwah. Terlalu banyak momen kami berdua yang menjadikan saya Pekin Ibrahim seperti sekarang. Arwah jugalah yang marah saya kalau berlakon drama. Ingat lagi ayat arwah, kalau hendak main filem, jangan buat drama... Fokus di layar perak".[75] Que Haidar yang pernah membintangi trilogi filem Rock teringat rakaman iklan mempromosikan Putrajaya pada 2002 yang menjadi projek pertama Mamat yang dibintanginya. Katanya: "Saya jayakan iklan itu bersama pelakon hebat lain termasuk Bront Palarae. Selepas itu arwah 'hadiahkan' saya karakter ikonik menerusi deretan filemnya seperti watak Amy Mat Piah dan Deris. Arwah yakin dan percaya bakat saya".[75] Awie yang pernah membintangi beberapa filem arahan Mamat, pula berkata, beliau kelihatan garang tetapi disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua pelakon dan krew serta seorang yang periang.[76] Pelakon veteran, Fauziah Nawi yang juga rakan sekampung Mamat di Kampung Sungai Rokam, Ipoh pula menyifatkan Mamat cukup berbangga menjadi anak jati Perak dan banyak memperkenal budaya serta cara hidup rakyat negeri itu, yang mana ia dapat dilihat daripada filem-filemnya yang memaparkan kehidupan masyarakat negeri Perak termasuk loghat serta lokasi penggambaran.[77]

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Mamat seperti abang kandungnya sendiri. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun, beliau juga rapat dengan keluarga Mamat kerana mereka sama-sama tinggal di Kampung Sungai Rokam, Ipoh. Ahmad Faizal berkata: "Saya membesar di Kampung Sungai Rokam bersama dengan Allahyarham... amat rapat dengan keluarga Allahyarham termasuk isterinya. Kehilangan ini bukan sahaja kehilangan yang besar buat negara dan bidang seni perfileman tetapi kepada saya secara peribadi kehilangan yang amat besar".[78] Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique berkata Mamat telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum di dalam karya besarnya dan berkata: "Beliau adalah seorang pengkarya dan ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini".[79]

Dari 24 sehingga 31 Oktober 2021, Astro menayangkan 19 karya-karya Mamat Khalid di saluran Astro On Demand bagi menghargai sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air. Antara filem dan drama bersiri yang dirangkumkan dalam rel Mamat Khalid Dalam Kenangan itu termasuk Hantu Kak Limah Hantu Kak Limah Balik Rumah, Episod 10 Journey To Stardom, Klik Rider dan Yang Dulu Bersama Mamat Khalid.[80]

Kolaborasi sunting

Mamat mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Soffi Jikan ialah pelakon yang kerap bekerjasama dengan beliau, muncul dalam 10 filem, sementara Dewa Sapri dan Pekin Ibrahim masing-masing muncul dalam 9 filem, Awie muncul dalam 8 filem, Kamarool Haji Yusoff, Man Kadir dan Usop Wilcha muncul dalam 7 filem, manakala Sharwani NS masing-masing muncul dalam 6 filem. Man Kadir juga kerap muncul dalam projek telefilem dan drama arahan Mamat.

Pelakon Lang Buana Rock Man Laksa Zombi Kampung Pisang Kala Malam Bulan Mengambang Estet Hantu Kak Limah Balik Rumah Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Rock Oo! Zombie Kilang Biskut Apokalips X Amir dan Loqman Pergi ke Laut Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Rock Bro! Lebuhraya Ke Neraka Hantu Kak Limah Rock 4: Rockers Never Dai Manap Karaoke 18 Puasa di Kampong Pisang Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Jumlah
Azlee Jaafar  N 1
Wahid Senario  N 1
Saiful Apek  N  N  N  N 4
Lan Pet Pet  N  N 2
Shamsul Ghau Ghau  N 1
Kuswadinata  N  N 2
M. Rajoli  N  N 2
Loloq  N  N  N  N 4
Bront Palarae  N  N  N 3
Hasnul Rahmat  N  N 2
S. Amin Shahab  N  N 2
Dewa Sapri  N  N  N  N  N  N  N  N  N 9
Que Haidar  N  N  N 3
Khir Rahman  N  N  N  N 4
Soffi Jikan  N  N  N  N  N  N  N  N  N  N 10
Siti Elizad  N  N  N 3
Nabila Huda  N 1
Hamid Gurkha  N  N 2
Jaafar Onn  N  N  N 3
Kamarool Haji Yusoff  N  N  N  N  N  N  N 7
Yassin Yahya  N 1
Sharifah Aleya  N 1
Kartina Aziz  N 1
Harun Salim Bachik  N 1
Zami Ismail  N  N  N  N 4
Aqasha  N 1
Man Kadir  N  N  N  N  N  N  N 7
Usop Wilcha  N  N  N  N  N  N  N 7
Nadia Mustafar  N  N  N 3
Awie  N  N  N  N  N  N  N  N 8
Ezlynn  N  N 2
AC Mizal  N 1
Ilya Buang  N  N 2
Jalil Hamid  N 1
Ruminah Sidek  N  N 2
Rosyam Nor  N  N 2
Umie Aida  N 1
Farid Kamil  N  N  N 3
Avaa Vanja  N  N  N  N 4
M. Hitler Zami  N  N  N  N 4
Johan Raja Lawak  N 1
Delimawati  N  N  N  N 4
Ummi Nazeera  N 1
Pekin Ibrahim  N  N  N  N  N  N  N  N  N 9
Azwan Annuar  N  N 2
Rab Khalid  N  N  N  N  N 5
Rashidi Ishak  N  N 2
Pyan Habib  N  N  N 3
Dayana Roza  N  N 2
Eina Azman  N 1
Shuk Sahar  N  N  N 3
Sharwani NS  N  N  N  N  N  N 6
Adam AF  N  N 2
Miera Leyana  N  N 2
Dazrin Kamarudin  N  N 2
Shuib Sepahtu  N  N 2
Kazar Saisi  N  N  N 3
Zarina Anjoulie  N 1
Bell Ngasri  N  N  N  N 4
Jihan Muse  N  N 2
Zizan Razak  N 1
Emma Maembong  N 1
Amir Amireka  N  N 2
Elizabeth Tan  N 1
Farahdhiya  N 1
Namron  N  N 2
Nasir Bilal Khan  N 1
Along Eyzendy  N 1
Ziema Din  N  N  N 3
Uqasha Senrose  N 1
Zul Ariffin  N 1
Ropie Cecupak  N  N 2
Sabri Yunus  N 1
Imuda  N  N  N 3
Hazama  N 1
Joey Daud  N  N  N 3
Aziz M. Osman  N  N 2
Mat London  N  N 2
Ahmad Yassin  N  N 2
Afea Deanna  N  N 2
Kaka Azraff  N 1
Ellie Suriati  N 1

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Penulis Pengarah Pelakon
2003 Lang Buana       Filem arahan pertama
2004 Puteri Gunung Ledang      
2005 Rock      
2006 Man Laksa      
Tipah Tertipu The Movie       Pengarah Filem Seram Filem lakonan pertama, penampilan khas
2007 Zombi Kampung Pisang       MK Pelakon undangan
2008 Kala Malam Bulan Mengambang      
Dunia Baru The Movie       Tauke Stesen Minyak Pelakon undangan
Cicakman 2 - Planet Hitam       Lelaki Melayu
2009 My Spy      
2010 Estet       Juga sebagai penerbit, cerita asal dan penataan seni
Hantu Kak Limah Balik Rumah      
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit      
Rock Oo!      
Bro, Nampak Motor Gua?       Tan Sri Bakhtiar Kartubi
2014 Apokalips X      
Zombie Kilang Biskut       Kulop
Amir dan Loqman Pergi ke Laut      
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan      
Terbaik dari Langit       Pemandu Lori Penampilan khas
2015 Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh      
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium      
2016 Rock Bro!       Juga sebagai penerbit
Pak Man Degil       Filem pendek
2017 Lebuhraya Ke Neraka      
2018 Hantu Kak Limah      
2020 Rock 4: Rockers Never Dai       Sebagai penerbit
Manap Karaoke      
2021 18 Puasa di Kampong Pisang       Juga sebagai penerbit eksekutif
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa      
Mat Bond Malaya       Dirinya sendiri Penampilan khas
Kampong Pisang Kita Setandan       Filem pendek
Budak Kripto       Dirinya sendiri Filem lakonan terakhir beliau
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali       Sebagai penerbit dan cerita asal
Rajawali       Filem arahan terakhir, beliau mengarahkannya bersama S. Amin Shahab

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Penulis Pengarah Pelakon
1996 Namaku Yassin       TV3
1997 Mengejar Bintang      
1998 Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel       ntv7
1999 Pukul 2 Petang      
Arbaie Bujang Kembali       TV3
2000 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys       ntv7
Pinang Durian       TV3
2004 15 Puasa       ntv7
2007 Aku Bukan Buaya      
2014 Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya       Astro First Eksklusif
2015 Idris MLM       Astro Warna
2017 16 Puasa       Astro First Eksklusif
Semerah Darah       Astro Citra
2019 17 Puasa       Astro First Eksklusif

Drama sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Penulis Pengarah Pelakon
1997–2000 Kampung Boy       Astro Ria Penterjemah skrip
1999–2005 Spanar Jaya       ntv7 Konsep
2002 Hari Raya Abdullah Rauf      
2011 Cer Citer       Astro Warna
2020–2021 Kampong Pisang Bersiri-siri       Astro Citra Juga sebagai penerbit eksekutif
2021 Klik Rider       Astro Warna Drama arahan terakhir beliau, juga sebagai penerbit eksekutif

Iklan sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Untuk Catatan
Pengarah Penulis
2021 Bank Rakyat Raya 2021: Raya Tetap Raya!!     Bank Rakyat

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Warong Pak Jabit Dirinya sendiri Astro Ria Penampilan terakhir beliau, sebagai penerbit eksekutif

Anugerah dan penghargaan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Skrin 2001 Pengarah Terbaik Pinang Durian Menang
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Lakonlayar Terbaik (bersama Saw Teong Hin) Puteri Gunung Ledang Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Lakonlayar Terbaik Man Laksa Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tercalon
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Anugerah Khas Juri Zombi Kampung Pisang Menang
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pengarah Terbaik Kala Malam Bulan Mengambang Menang
Lakonlayar Terbaik Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tercalon
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Anugerah Khas Juri Estet Menang
Pengarah Terbaik Tercalon
Lakonlayar Terbaik Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tercalon
Penataan Seni Terbaik Tercalon
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Terbaik Hantu Kak Limah Balik Rumah Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Mamat Khalid di Sinema Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 2008-10-21.
  2. ^ a b Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-04-24.
  3. ^ Rosman Shamsudin (19 Mei 2015). "Mamat 'buat' sarang". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  4. ^ Ahmad A. Talib (28 Ogos 2016). "A hippie with a cause". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  5. ^ a b Zieman (28 Jun 2003). "New formula for Senario film". The Star. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  6. ^ Abd. Aziz Itar (29 November 2005). "Rock - Cetusan pengalaman Mamat Khalid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 March 2017.
  7. ^ Suzan Ahmad (14 Mei 2003). "Keampuhan Mamat Lahir PGL". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  8. ^ Mumtaj Begum (14 Oktober 2005). "Puteri Gunung Ledang musical". The Star. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  9. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  10. ^ "Puteri Gunung Ledang To Be Shown In Venice". Malay Mail. 7 Ogos 2004. Dicapai pada 20 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  11. ^ Suraiya Mohd Nor (23 Disember 2004). "PGL 'cemar duli' di Los Angeles". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  12. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2003, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  13. ^ Shakilawati Abd Rahman (27 November 2008). "Rock Papar Dilema Anak Seni". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  14. ^ Azhariah Kamin (7 Ogos 2006). "Most popular one wins". The Star. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  15. ^ Festival Filem Malaysia Ke 19 (2006) Diarkibkan 2011-08-31 di Wayback Machine, Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  16. ^ "Tipah Tertipu". filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-09. Dicapai pada 24 April 2007.
  17. ^ "Tipah Tertipu filem jalanan karya Mamat Khalid". Utusan Malaysia. 16 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 24 April 2017.
  18. ^ Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid, Budiey.com, 7 April 2007. Dicapai pada 21 Feb 2011.
  19. ^ Shakilawati Abdul Rahman (30 Disember 2007). "Neo-noir gaya Mamat". Metro Ahad. Dicapai pada 6 April 2019.
  20. ^ Shazryn Mohd Faizal (3 Januari 2008). "Kala Malam Bulan Mengambang - filem hitam putih Mamat Khalid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2008. Dicapai pada 8 April 2015.
  21. ^ "Kutipan Rendah Kerana Hollywood". Utusan Malaysia. 6 Jun 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009.[pautan mati kekal]
  22. ^ [Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008)], Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  23. ^ Bissme S. (5 Mac 2009). "Unity through Estet". theSun. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  24. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Diambil 21 Feb 2010.
  25. ^ Siti Azira Abd Aziz (20 Oktober 2008). "'Kelip-Kelip' Siti Nurhaliza masuk pawagam". mStar. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  26. ^ Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  27. ^ "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit" mula ditayang hari ini Astro Awani (7 Februari 2013). Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  28. ^ "Mamat Khalid Bawa Kelainan Dalam 'Apokalips X' - Wayang | mStar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2017-06-13.
  29. ^ Azyyati Ahmad (8 April 2014). "Apokalips X, Mamat Khalid lari dari kebiasaan". Astro Awani. Dicapai pada 13 Jun 2017.
  30. ^ Angelin Yeoh (8 April 2014). "Apokalips X: Dawn of a new era". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 13 Jun 2017.
  31. ^ "Mamat tidak kecewa filem kurang dapat sambutan". Kosmo!. 10 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-09. Dicapai pada 13 October 2014.
  32. ^ Syed Musaddad (14 September 2014). "Kisah gengster Ipoh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  33. ^ "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan taruhan Mamat Khalid". Sinar Harian. 20 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  34. ^ Shazryn Mohd Faizal (9 Mac 2015). "Sinikal Mamat Khalid Masih Tajam Dalam 'Werewolf Dari Bangladesh'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-26. Dicapai pada 26 November 2017.
  35. ^ Mohd Al Qayum Azizi (14 September 2015). "'Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium' Sarat Fakta Sejarah". mSTAR Online. Dicapai pada 26 November 2017.
  36. ^ Shazryn Mohd Faizal (8 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-23. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  37. ^ "'Lebuhraya Ke Neraka' filem sakti Mamat Khalid". Kosmo!. 29 April 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  38. ^ "Filem Pertama Tidak Kelakar Mamat Khalid - 'Lebuhraya Ke Neraka'". Oh Media!. Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-15. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  39. ^ Azmi A. (9 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Karya Mamat Khalid Yang 'Deep' Dan Pasti Akan Buat Anda Sentap". Vocket. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  40. ^ Mohd Al Qayum Azizi (21 April 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Terperap Enam Tahun". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  41. ^ '16 Puasa' sarat sindiran: Reaksi Pengarah, Mamat Khalid. Astro Awani. 18 Jun 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  42. ^ "Mamat Khalid Sindir Orang Yang Suka Ponteng Puasa?". Astro Gempak. 19 Jun 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  43. ^ "Drama '16 Puasa' bocor di internet, Mamat bangga dalam kecewa". The Malay Mail. 20 Jun 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  44. ^ Ifqdar Rahman (19 Jun 2017). "Mamat Khalid bengang karya 16 Puasa 'bocor'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  45. ^ ‘Hantu Kak Limah 3’ back to haunt fans[pautan mati kekal] The Malay Mail (23 November 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
  46. ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  47. ^ Hantu Kak Limah Tanpa Arwah Pak Jabit & Pak Zami, Memang Dirasai - Mamat Khalid Astro Gempak (23 November 2017). Dicapai pada 26 Jun 2018.
  48. ^ "RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari, Hantu Kak Limah pecah rekod lagi!". mSTAR Online. 24 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-24. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  49. ^ Haryati Karim (21 Ogos 2018). Hantu Kak Limah cipta rekod Diarkibkan 2018-08-21 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 21 Ogos 2018. "Filem arahan Mamat Khalid berjaya catat kutipan sebanyak RM20.5 juta".
  50. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Januari 2020). "'Jangan risau, filem keempat masih ada rock kapak'". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  51. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 Februari 2020). "Mamat Khalid kental siapkan Rock 4 - Rockers Never Dai". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  52. ^ Yuzir Harafi (8 Ogos 2018). "'Manap Karaoke' naskhah terbaru Mamat Khalid". Astro Awani. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  53. ^ Qarami Hashim (5 Mei 2020). Manap Karaoke karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan, masa paling sesuai hiburkan penonton mStar Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  54. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Mei 2020). Manap Karaoke terus di rumah Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  55. ^ Khadijah Ibrahim (28 November 2020). "Mamat Khalid popularkan Kampung Pisang". Bebas News. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  56. ^ Siti Athirah Dzulkifly (7 Disember 2020). "Kampung Pisang Bersiri-Siri, Mamat Khalid sindir isu semasa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 November 2021.
  57. ^ Asyraf Roslan (29 November 2020). "Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula". Astro Awani. Dicapai pada 3 November 2021.
  58. ^ "Daripada Francais Filem Komedi No 1 Malaysia, Kini 'Kampung Pisang' Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri Eksklusif di Astro" (Kenyataan media). Astro Mediaroom. 30 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 30 November 2020.
  59. ^ Mohd Haikal Isa (18 April 2021). "Barkoba 'beg hitam' tular, 18 Puasa Mamat Khalid raih RM1 juta". Kosmo!. Dicapai pada 6 April 2022.
  60. ^ a b Maliah Surip (5 Mei 2018). "'Melacurkan' politik dalam karya seni". Kosmo!. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  61. ^ Mungkin Hantu Kak Limah terakhir Diarkibkan 2018-08-08 di Wayback Machine Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  62. ^ Shazryn Mohd. Faizal (1 Oktober 2008). "Keluarga pengikat kasih Mamat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.
  63. ^ a b c d e "Film director Mamat Khalid robbed of almost RM100k". Astro Awani. 19 Jun 2014. Dicapai pada 25 April 2015.
  64. ^ Muhammad Apendy Issahak (22 April 2017). "Suasana PRU-14 beri ilham kepada Mamat Khalid". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  65. ^ Muhammad Apendy Issahak (9 Mei 2018). "'Mamat, Iqram tunai tanggungjawab mengundi' [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  66. ^ Riadz Radzi (21 April 2017). "Mamat Khalid masuk ICU". Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2017.
  67. ^ Kemalia Othman (21 April 2017). "Mamat Khalid Stabil Selepas Dimasukkan Ke ICU". mSTAR Online. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  68. ^ Farhana Ab Rahman (21 April 2017). "Mamat Khalid masuk ICU". Berita Harian. Dicapai pada 25 April 2017.
  69. ^ "Mamat Khalid sesak nafas". Harian Metro. 22 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  70. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 Oktober 2021). "Mamat Khalid meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  71. ^ Zaki Salleh (24 Oktober 2021). "Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan". Kosmo Online. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  72. ^ Noor Ainon Mohamed (24 Oktober 2021). "Mamat Khalid penghibur keluarga: Datuk Lat". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  73. ^ "Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita: Tiara Jacquelina". Sinar Harian. 24 Oktober 2021. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  74. ^ Riadz Radzi (24 Oktober 2021). "Kreativiti Mamat Khalid unik, ada 'trademark' tersendiri". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  75. ^ a b Zaidi Mohamad (24 Oktober 2021). "Anak didik kenang jasa Mamat". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  76. ^ Balqis Jazimah Zahari (24 Oktober 2021). "'Hingga akhir hayatnya dia panggil saya Husin' - Awie". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  77. ^ Hafizi Rosli (24 Oktober 2021). "Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi". Astro Awani. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  78. ^ "'Mamat Khalid seperti abang kandung saya' - Ahmad Faizal". Sinar Harian. 24 Oktober 2021. Dicapai pada 19 Julai 2022.
  79. ^ Farihad Shalla Mahmud (24 Oktober 2021). "Perginya wira perpaduan - Halimah Sadique". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  80. ^ Nickyson Nyambar (24 Oktober 2021). "Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 22 Julai 2022.

Pautan luar sunting