Tapak Manusia Peking di Muzium Zhoukoudian - (di ambil Julai 2004). Di tengah rupa Manusia Peking.

Manusia Peking (kini kadangkala dikenali sebagai Manusia Beijing), juga dikenali sebagai Sinanthropus pekinensis (masa ini Homo erectus pekinensis), merupakan suatu contoh Homo erectus. Rangka ini mulai pertama sekali dijumpai pada 1923-27 semasa penggalian di Zhoukoudian (Choukoutien) berhampiran Beijing (Peking), China. Jumpaan ini bertarikh sekitar 250,000-400,000 tahun ketika pada zaman Pleistocene.

Fosil Asli sunting

Kajian pertama bermula di Zhoukoudian pada 1921 dengan suatu penyiasatan mengenai sebilangan gua batu kapur di sana. Menurut kisah oleh Otto Zdansky, yang berkhidmat bagi ahli geologi Johan Andersson, seorang lelaki tempatan membawa ahli arkeologi barat keapa yang dikenali hari ini sebagai Bukit Tulang Naga, satu tempat yang dipenuhi dengan tulang-tulang fosil. Zdansky memulakan pencarigaliannya sendiri dan akhirnya menemui tulang yang kelihatan seperti molar manusia. Pada tahun 1926, beliau telah membawanya ke Kolej Kesatuan Perubatan Peking, di Peking, dimana ahli anatomi Kanada Davidson Mengisytiharkan mengkajinya. Beliau kemudiannya menerbitkan jumpaannya dalam jurnal Nature.

Spesimen pertama Homo erectus telah ditemui di pulau Jawa pada 1891 oleh Eugene Dubois, dan Manusia Jawa pada mulanya dinamakan Pithecanthropus erectus tetapi kemudiannya ditukar sebagai genus Homo.

Yayasan Rockefeller bersetuju untuk membiayai kerja pencarigalian di Zhoukoudian. Pada tahun 1929, ahli arkeologi Cina Yang Zhongjian dan Pei Wenzhong, dan kemudiannya Jia Lanpo, telah mengambil alih pencarigalian. Dalam tempoh tujuh tahun kemudiannya, mereka menjumpai lebih 40 spesimen fosil termasuk 6 hampir lengkap bahagian atas tengkorak. Pierre Teilhard de Chardin dan Franz Weidenreich turut terlibat.

Pencarigalian berakhir dalam Julai 1937 apabila Jepun menyerbu Beijing. Fosil Manusia Peking telah diletakkan dalam peti besi di Makmal Cenozoic Kesatuan Kolej Perubatan Peking. Akhirnya, pada November 1941, setiausaha Hu Chengzi memgemas fosil agar ia boleh dihantar ke USA untuk diserah-simpan sehingga perang berakhir. Ia hilang dalam perjalanan ke bandaraya pelabuhan Qinghuangdao. Ia kemungkinannya dalam simpanan sekumpulan tentera laut As yang ditawah tentera Jepun apabila perang meletus di antara Jepun dan Amerika Syarikat.

Pelbagai pihak telah cuba untuk mendapatkan kembali fosil-fosil tersebut tetapi, setakat ini, tidak berhasil. Pada 1972, seorang dermawan Amerika Syraikat, Christopher Janus menjanjikan ganjaran sebanyak $5,000 (U.S.) untuk tengkorak yang hilang itu; seorang wanita menghubungi beliau, meminta $500,000 (U.S.) tetapi wanita itu kemudiannya menghilangkan diri. Janus kemudiannya didakwa kerana mengelapkan wang. Pada Julai 2005, kerajaan Cina menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mencari tulang tersebut untuk bersamaan ulangtahun Ke-60 berakhir Perang Dunia II.

Terdapat juga pelbagai teori mengenai apa yang mungkin berlaku, termasuk satu teori yang tulang-tulang tersebut telah ditenggelamkan bersama kapal Awa Maru Jepun pada 1945.

Tapak Manusia Peking di Zhoukoudian kemudiannya disenaraikan oleh UNESCO sebagai satu Tapak Warisan Dunia pada 1987.

kesimpulan-kesimpulan Paleontological sunting

Oleh kerana kesemua penemuan sebelum perang di Zhoukoudian telah hilang semasa perjalanan ke Amerika Syarikat, penyelidik terkemudian bergantung pada jadual dan penulisan dari penemuan asal.

Jumpaan berterusan sisa haiwan dan bukti api dan penggunaan perkakasan, termasuk penghasilan perkakasan, telah digunakan bagi menyokong H. erectus sebagai "faber" atau penghasil perkakasan pertama. Analisa sisa "Manusia Peking" mendorong kesimpulan bahawa Zhoukoudian dan fosil Manusia Jawa adalah contoh bidang luas ('broad stage') tahap evolusi manusia. Ini juga merupakan pendapat rasmi Parti Komunis Cina.

Tafsiran ini dicabar pada tahun 1985 oleh Lewis Binford, yang mendakwa bahawa Manusia Peking merupakan pengutip sisa, dan bukannya pemburu. Pada tahun 1998 pasukan Steve Weirner dari Institut Sains Weizmann menyimpulkan bahawa mereka tidak menemui bukti bahawa Manusia Peking pernah menggunakan api.

Budaya popular sunting

Penemuan Manusia Peking adalah dirujuk untuk dalam buku Anak Perempuan Pembetul Tulang oleh Amy Tan.

Manusia Peking merupakan sebahagian daripada plot pusat dalam misteri "Tulang Terlena" oleh Katherine V Forrest.

Sebuah fosil Manusia Peking adalah antara watak yang boleh didapati di Nintendo DS permainan video Palang Kebinatangan: Dunia Liar. (Animal Crossing: Wild World)

Rujukan sunting

  • Jake Hooker - The Search for the Peking Man (Archaeology magazine March/April 2006)