Marakas adalah sepasang alat muzik jenis perkusi terdiri dari bekas berisi butiran biji atau manik digoncang-goncangkan mengeluarkan bunyi berdesir atau menggersik. Ia dimainkan dalam muzik banyak genre dari rantau Caribbean, Amerika Latin (seperti rumba dan salsa) malah juga di alam Melayu Nusantara (seperti ghazal,[1] zapin[2] dan dikir barat[3]). Alat ini dibuat dari kayu atau tempurung kelapa[3] malah juga buah labu yang dikeringkan; alat marakas moden boleh dihasilkan daripada plastik.[4]

Marakas
Sepasang marakas
Sepasang marakas
Sepasang marakas
Alat perkusi
PengelasanPerkusi
Pengelasan Hornbostel-Sachs112.1
(Idiofon digoncang)
Alat muzik berkaitan

Alat ini mula digunakan dalam kalangan masyarakat peribumi yang menduduki Amerika Selatan terutamanya dalam kalangan orang Tupinambá di pesisiran Brazil serta orang Guarani (yang memberi nama mbaracás dalam bahasa mereka)[5] dan penduduk sepanjang sungai Orinoco untuk tujuan kepawangan atau menyembuhkan orang sakit.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Rahmah Bujang (2003). Glosari seni: istilah kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. m/s. 57.
  2. ^ Mohd. Anis Md. Nor (2000). Zapin Melayu di Nusantara. Yayasan Warisan Johor. m/s. 252. ISBN 983-99328-7-X.
  3. ^ a b Bajunid, Omar Farouk (1989). Warisan kesenian Kelantan. Asrama Zaʼba, Universiti Malaya. m/s. 3–5. ISBN 9789839963182.
  4. ^ Blades, James (1992). Percussion instruments and their history (ed. Rev.). Westport, Conn.: Bold Strummer. ISBN 0-933224-61-3.
  5. ^ Antonio Ruiz de Montoya (1876), Vocabulario y tesoro de la lengua Guarani (ó mas bien Tupi), 2, Frick, m/s. 212b
  6. ^ Robert Southey (1810), History of Brazil, 1, Longman & Hurst, m/s. 187–188, 635