Maria Bachok, anak kelahiran Singapura, merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar akhir tahun 1960an hingga pertengahan 1970an.

Maria_Bacok
Maria Bachok.
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenyanyi
Maria Bachok bersama The Commandos.
Maria Bachok bersama The Commandos.

Beliau mula dikenali dalam bidang seni suara Melayu setelah merakam rekod pertamanya pada tahun 1969. Selain membuat rakaman solo, Maria juga merakam lagu-lagu paduan suara bersama beberapa penyanyi lelaki seperti Jamal Awang, Salim I., R. Ismail, A. Ramlie dan pelawak Jaafar Onn.

Maria Bachok mula digandingkan dengan A. Ramlie dalam rancangan hiburan TV Singapura bertajuk Istana Pesta pada tahun 1971. Mereka akhirnya berkahwin pada tahun berikutnya dan dikurniakan anak tunggal perempuan iaitu Marliana, yang lahir pada tahun 1973. Dari perkahwinan Marliana pula, mereka dikurniakan dua orang cucu.

Semenjak perkahwinan mereka, Maria dan Ramlie banyak merakam lagu-lagu duet hingga akhir tahun 1970an. Selain lagu-lagu baru, mereka berdua juga banyak merakam lagu-lagu saduran Hindi dan lagu-lagu lama dari filem-filem Melayu klasik. Mereka turut diundang menyanyi dalam rancangan-rancangan hiburan terbitan Radio & Television of Singapore (RTS) baik di radio mahupun TV.

Ketika zaman kebangkitan semula irama pop yeh yeh di pertengahan tahun 1980an, mereka berdua terus mendapat sambutan hangat. Pada waktu ini jugalah, pasangan ini nekad menetap di Johor Bahru keran mendapat tawaran menyanyi di Juwita Lounge milik penyanyi seangkatan mereka, Hasnah Haron di sana. Namun begitu, jodoh mereka tidak panjang setelah becerai pada tahun 1988.

Maria kemudiannya bernikah dengan Mohd. Ashiq, juruhebah Radio 2 Singapore Broadcasting Corporation (SBC) iaitu saluran radio Bahasa Melayu di Singapura.

Meskipun sudah bercerai, hubungan Maria Bachok dan A. Ramlie tetap baik hinggakan mereka kembali merakam semula lagu-lagu duet mereka terdahulu dalam sebuah album kompilasi bertajuk Itulah Sayang terbitan SRC keluaran 1996.

Diskografi sunting

1969: Rakaman split EP bersama Jamal Awang iringan The Times keluaran Olympic Records.

1970: Rakaman split EP bersama R. Ismail iringan The Times keluaran Olymic Records.

1971: Rakaman split EP bersama Salim I. keluaran Panda Records.

1971 - 1972: Rakaman bersama A. Ramlie iringan The Commandos (dari Indonesia) dan The Nite Walkers (dari Johor Bahru) dalam beberapa siri EP keluaran Panda Records.

1974 - 1978: Rakaman bersama A. Ramlie dalam beberapa siri EP dan LP (bertajuk Kasih Berbunga Sepanjang Musim dan Kisah Hidup Ini) terbitan Senada Records.

1996: Rakaman bersama A. Ramlie dalam album kompilasi Itulah Sayang keluaran SRC.

Lagu-lagu sunting

  • Bunga Kembang
  • Jauh Dikenang dekat Disayang
  • Kasih Di Hati Sayang Di Mata
  • Malam Tujuh Likur
  • Pantai Cinta Sayang

Pautan luar sunting