Marion Jones juga dikenali sebagai Marion Jones-Thompson (lahir 12 Oktober 1975 di Los Angeles, California), atlet wanita Amerika Syarikat sukan olahraga. Dia merupakan pemenang lima pingat di Sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia yang mana pada akhirnya kemenangannya dibatalkan.

Rekod pingat
Center
Marion Jones
Olahraga
Sukan Olimpik
Dibatalkan 2000 Sydney 100 m
Dibatalkan 2000 Sydney 200 m
Dibatalkan 2000 Sydney 4x100 m Berganti-ganti
Dibatalkan 2000 Sydney 4x400 m Berganti-ganti
Dibatalkan 2000 Sydney Lompat jauh
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama 1997 Athens 100 m
Pingat emas – tempat pertama 1997 Athens 4x100 m Berganti-ganti
Pingat emas – tempat pertama 1999 Seville 100 m
Pingat gangsa – tempat ketiga 1999 Seville Lompat jauh
Dibatalkan 2001
Edmonton
100 m
Dibatalkan 2001
Edmonton
200 m
Dibatalkan 2001
Edmonton
4x100 m Berganti-ganti

Pada bulan Oktober 2007, Jones mengaku mengambil steroid semasa Olimpik Sydney 2000 di Sydney dan dengan itu digantung selama 2 tahun. United States Anti-Doping Agency menyatakan semua kemenanganya dibatalkan sejak 1 September 2000. Pada 5 Oktober 2007, dia mengaku bersalah kerana berbohong kepada penyiasat persekutuan di BALCO dalam Mahkamah Daerah Amerika Syarikat. Dia diumumkan bersara daripada balapan dan padang pada hari yang sama.

Kehidupan peribadi sunting

Pada 1998, Marion Jones berkahwin dengan jaguh lontar peluru, C J Hunter, seorang jurulatih di UNC. Hunter didesak meletak jawatan kerana ada hubungan intim dengan atlet. Marion Jones ditahan semasa Sukan Olimpik 2000 kerana ujian dadah positif menggunakan steroid nandrolone. Mereka bercerai pada tahun 2002.

Pada 28 Jun 2003, Marion Jones melahirkan seorang anak bernama Tim Montgomery Jr. hasil hubungan sulitnya dengan rakan karibnya Tim Montgomery. Montgomery seorang pelari pecut dunia dan memecahkan rekod dunia 100 m pada 2002. Akibat hamil, Marion Jones tidak menyertai Kejohanan Dunia 2003 tetapi menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik 2004. Montgomery ditahan daripada menyertai sebarang acara sukan dan semua rekod ditarik balik kerana menggunakan arak berlebihan.

Pada 24 Februari 2007 Marion berkahwin dengan warga Barbados iaitu pelari Obadele Thompson dalam satu majis perkahwinan ringkas di bandar Wilson Mill, Carolina Utara. Thompson menang pingat gangsa acara 100m di Sukan Olimpik 2000.

Marion memegang dua kerakyatan iaitu Amerika Syarikat dan Belize (negara kelahiran ibunya). Marion Jones merupakan lulusan Universiti Carolina Utara di Chapel Hill.

Kerjaya sunting

Rekod peribadi sunting

Tarikh Acara Venue Prestasi
12 September 1998 100 m Johannesburg, Afrika Selatan 10.65A
22 Ogos 1999 100 m Seville, Sepanyol 10.70
11 September 1998 200 m Johannesburg, Afrika Selatan 21.62A
13 Ogos 1997 200 m Zürich, Switzerland 21.76
22 April 2001 300 m Walnut, California 35.68
16 April 2000 400 m Walnut, California 49.59
31 Mei 1998 Lompat jauh Eugene, Oregon 7.31 m

Pencapaian sunting

Tahun Kejohanan Venue Kedudukan Acara Keputusan
1992 Kejohanan Junior Dunia IAAF Seoul, Korea Selatan ke-5 100 m
ke-7 200 m
1997 Kejohanan Dunia IAAF Athens, Greece Pertama 100 m 10.83
ke-10 Lompat jauh
1998 Piala Dunia IAAF Johannesburg, Afrika Selatan Pertama 100 m 10.65A
Pertama 200 m 21.62A
ke-2 Lompat jauh 7.00A
1999 Kejohanan Dunia IAAF Sevilla, Sepanyol Pertama 100 m 10.70
ke-3 Lompat jauh 6.83
2000 Olimpik Sydney 2000 Sydney, Australia Tidak layak 100 m 10.75
Tidak layak 200 m 21.84
Tidak layak Lompat jauh 6.92
2001 Kejohanan Dunia IAAF Edmonton, Kanada ke-2 100 m 10.85
Pertama 200 m 22.39
2002 Piala Dunia IAAF Madrid, Sepanyol Pertama 100 m 10.90
  • Jones menyerahkan kesemua pingat yang diterimanya selepas 1 September 2000 seperti yang diarahkan oleh Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat selepas menghadapi skandal berhubung dadah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • New York Times Topic: People: Marion Jones
  • 10-05-2007 Federal Plea Bargain Agreement Diarkibkan 2007-10-25 di Archive-It
  • 12-28-2007 Marion Jones' Legal Filing Requesting Parole
  • Marion Jones di World Athletics
  • Complete text, audio, video of Marion Jones-Thompson apology speech
  • "Profiles in Speed: Marion Jones". Top Speed. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-23. Dicapai pada 2008-01-13.