Marko Marin (lahir 13 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Anderlecht secara pinjaman dari kelab Chelsea di posisi pemain tengah menyerang atau sayap.

Marko Marin
Maklumat peribadi
Nama penuh Marko Marin[1]
Tarikh lahir (1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir Bosanska Gradiška, RPS Yugoslavia
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Anderlecht
(pinjaman dari Chelsea)
Nombor 11
Kerjaya remaja
0–1996 SG 01 Hoechst
1996–2005 Eintracht Frankfurt
2005–2006 Borussia Mönchengladbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Borussia Mönchengladbach II 16 (3)
2007–2009 Borussia Mönchengladbach 68 (8)
2009–2012 Werder Bremen 87 (8)
2012– Chelsea 6 (1)
2013–2014Sevilla (pinjaman) 18 (0)
2014–2015Fiorentina (pinjaman) 0 (0)
2015–Anderlecht (pinjaman) 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Jerman B16 9 (0)
2005–2006 Jerman B17 16 (5)
2006–2007 Jerman B18 4 (2)
2007–2009 Jerman B21 12 (1)
2008–2010 Jerman 16 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Januari 2011

Kehidupan awal sunting

Marin telah dilahirkan di Bosanska Gradiška, Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, RPS Yugoslavia. Ibu bapa Marko ialah bangsa Bosnia dan Serbia. Marin berusia dua tahun semasa keluarganya berpindah ke Jerman pada thaun 1991 oleh kerana pekerjaan ibunya. Beliau membesar di Frankfurt dan mula bermain bola sepak di kelab tempatan. Pada zaman kanak-kanaknya, idola bola sepaknya adalah Dejan Savićević dan kelab kesukaannnya ialah Red Star Belgrade.

Kerjaya kelab sunting

Marin memulakan kerjaya bola sepaknya bersama SG 01 Hoechst dan kemudian Eintracht Frankfurt.

Borussia Mönchengladbach sunting

Pada tahun 2005, Marin berpindah ke akademi remaja Borussia Mönchengladbach. Selepas setahun di akademi Mönchengladbach, beliau ke kelab amatur dan ditawarkan kontrak tiga tahun dan beliau menandatanganinya kemudian. Beliau membuat deubt untuk kelab pada 31 Mac 2007 menentang Eintracht Frankfurt. Pada 9 Ogos 2008, beliau menjaringkan hatrik dalam masa 16 minit pertama semasa Mönchengladbach membelasah VfB Fichte Bielefeld 8-1 pada pusingan pertama DFB-Pokal.

Werder Bremen sunting

Pada 24 Jun 2009, Marin telah dijual sebanyak 8.2 juta euro kepada Werder Bremen. Beliau termasuk dalam jentera serangan yang disertai Aaron Hunt dan Mesut Özil. Pada musim 2010-11, beliau menjaringkan empat gol liga dan membuat 11 hantaran.

Selepas Özil berpindah ke Real Madrid pada Ogos 2010, beliau hanya menjaringkan satu gol dan membuat satu hantaran ketika kempen Bundesliga 2011-12. Gol tunggal Marin pada kempen Bundesliga ini pada 18 Februari 2012 ketika beliau menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-9 semasa menewaskan Hamburger SV, 3-1. Pada perlawanan terakhirnya untuk Bremen, beliau membuat hantaran kepada Markus Rosenberg untuk menjaringkan gol dan pasukannya menang 4-1 ke atas VfB Stuttgart pada 13 April. Marin menamatkan kerjayanya di Bremen selepas menjaringkan lapan gol dalam 87 perlawanan Bundesliga.

Chelsea sunting

Pada 28 April 2012, Marin bersetuju untuk berpindah ke Chelsea. Beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama Chelsea sehingga 2007. Marko Marin diberi jersi 21 yang dipakai sebelum ini oleh Salomon Kalou selepas meninggalkan Chelsea untuk berpindah ke Lille OSC.

Pada 18 Julai, Marin membuat debut untuk Chelsea pada perlawanan persahabatan pramusim menentang kelab Seattle Sounders FC dan menjaringkan gol ketiga Chelsea dan menang 4-2. Marin terlepas perlawanan Perisai Komuniti FA 2012 akibat kecederaan hamstring.

Marin membuat debut kejohanan bersama Chelsea pada perlawanan Piala Liga menentang Wolves pada 25 September, Chelsea menang 6-0. Beliau membuat debut liga pada 28 November dan menggantikan Eden Hazard pada minit ke-82 pada perlawanan menentang Fulham, seri 0-0. Pada 2 Januari 2013, Marin buat pertama kali termasuk dalam kesebelasan utama Chelsea pada perlawanan tewas 1-0 kepada Queens Park Rangers. Pada 9 Februari 2013, Marin menjaringkan gol liga buat pertama kalinya untuk Chelsea selepas masuk ke padang pada minit ke-91 dan menjaringkan gol seminit kemudain melalui tandukan pada perlawanan menentang Wigan Athletic, Chelsea menang 4-1.

Sevilla sunting

Pada 28 Jun 2013, Chelsea mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan apabila Marin akan dipinjam ke Sevilla. Marin menjaringkan gol pertamanya untuk Sevilla pada perlawanan persahabatan menentang Manchester United. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan kedua play-off Liga Europa menentang Śląsk Wrocław, Sevilla menang 4–1 di halaman sendiri pada 22 Ogos.

Fiorentina sunting

Pada 18 Ogos 2014, Fiorentina mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk meminjam Marin dari Chelsea. Pada 23 Oktober, Marin membuat debut untuk Fiorentina pada perlawanan Liga Europa menentang PAOK.

Anderlecht sunting

Pada 20 Januari 2015, selepas meneruskan musim yang tidak membanggakan di Fiorentina, Marin menyertai kelab Belgium Anderlecht untuk perlawanan baki musim.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada tahun 2010, Marin menyatakna bahawa beliau tidak menerima sebarang panggilan oleh Bosnia dan Herzegovina, jadi beliau bermain untuk Jerman.

Pada tahun 2007, Marin menerima panggilan oleh pasukan bawah-21 Jerman. Pada 16 Mei 2008, Marin akan termasuk dalam skuad 26 pemain oleh jurulatih Joachim Löw ke UEFA Euro 2008 tetapi beliau tidak termasuk dalam senarai akhir. Beliau membuat debut untuk skuad senior Jerman pada 27 Mei 2008 semasa seri 2-2 bertemu Belarus.

Pada tahun yang sama iaitu pada 20 Ogos, beliau membuat kemunculan keduanya untuk Jerman dan menjaringkna gol pertamanya pada perlawanan persahabatan menentang Belgium. Marin merupakan pemain bola sepak antarabangsa pasukan bawah-21 yang terpilih dalam skuad Piala Meridian UEFA-CAF.

Marin termasuk dalam skuad akhir Jerman ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan pada Mei 2010. Beliau hanya bermain dua perlawanan di Afrika Selatan iaitu perlawanan menentang Australia menang 4-0 dan tewas 1-0 kepada Serbia. Kedua-dua perlawanan itu di peringkat kumpulan.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 20 Ogos 2008 Nuremberg, Jerman   Belgium 2–0 2–0 Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Borussia Mönchengladbach
Chelsea
Sevilla

Antarabangsa sunting

Jerman

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA Club World Cup Japan 2012 presented by TOYOTA – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). m/s. 3. Dicapai pada 26 July 2013.
  2. ^ "Player Profile: Marko Marin". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-25. Dicapai pada 3 July 2012.

Pautan luar sunting