Marko Pjaca (sebutan Croatia: [mâːrko pjâtsa]; lahir 6 Mei 1995) merupakan pemain bola sepak Croatia yang bermain di posisi sayap untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Croatia.

Marko Pjaca
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-05-06) 6 Mei 1995 (umur 28)
Tempat lahir Zagreb, Croatia
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Kerjaya remaja
2004–2009 Dinamo Zagreb
2009–2010 ZET
2010–2012 Lokomotiva
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Lokomotiva 49 (9)
2014–2016 Dinamo Zagreb 61 (19)
2016– Juventus 14 (0)
2018Schalke 04 (pinjam) 7 (2)
2018–2019Fiorentina (pinjam) 17 (1)
Pasukan kebangsaan
2011 Croatia B17 8 (1)
2012 Croatia B18 4 (0)
2012 Croatia B19 1 (0)
2013–2015 Croatia B20 5 (0)
2013–2017 Croatia B21 7 (0)
2014– Croatia 23 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:37, 13 Februari 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Oktober 2018

Pjaca memulakan kariernya di Croatia bersama kelab Lokomotiva pada tahun 2012 sebelum berpindah ke Dinamo Zagreb pada tahun 2014. Selepas merangkul kejuaraan "double" di peringkat domestik bersama Dinamo, beliau berpindah ke Juventus pada tahun 2016 dan turut merangkul kejuaraan "double" di Itali pada musim pertamanya di sana. Beliau telah dipinjam ke Schalke 04 pada musim berikutnya.

Di peringkat antarabangsa, Pjaca telah mewakili pasukan Croatia ke kejohanan UEFA Euro 2016 dan meraih pingat perak dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Kehidupan awal sunting

Bapa Pjaca, Željko merupakan seorang ahli gusta manakala ibunya pula, Višnja merupakan seorang pelatih judo. Pjaca memiliki dua kakak yang bernama Martina dan Iva. Ketika usia mudanya, beliau aktif dalam sukan bola baling, bola keranjang dan ping pong.

Kerjaya kelab sunting

Lokomotiva sunting

Pjaca memulakan kariernya bersama kelab Croatia iaitu Lokomotiva. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 24 Februari 2012 dalam perlawanan liga ketiak menentang Zadar yang menyaksikan pasukannya menang 3-0. Pjaca turut mencetak nama sebagai pembantu jaringan bagi menyumbang kejayaan pasukannya.[2] Perlawanan tersebut merupakan satu-satunya penampilannya pada musim tersebut. Pada musim seterusnya, Pjaca memainkan peranan penting dalam pasukannya. Beliau telah menamatkan musim dengan menjaringkan 2 gol sepanjang 17 penampilan. Kemudian pada musim 2013–14, beliau telah berjaya menarik minat beberapa kelab yang lebih besar berikutan prestasinya yang tampil dalam 31 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.

Dinamo Zagreb sunting

Pada musim panas 2014, Pjaca telah melakukan perpindahan ke kelab gergasi Croatia iaitu Dinamo Zagreb dengan bayaran perpindahan yang menelan kos sebanyak €1 juta.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan pembukaan liga, di mana beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut ketika menentang Slaven Belupo.[4] Pada 11 Disember 2014, beliau telah menjaringkan hatrik untuk membantu Dinamo menumbangkan Celtic 4–3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa.[5] Pjaca menghabiskan musim tersebut dengan menjaringkan 14 gol sepanjang 47 kemunculan dalam semua kejohanan. Dinamo turut dinobatkan sebagai juara liga buat kali ke-10 berturut-turut.[6] Pjaca beraksi sepanjang perlawanan ketika perlawanan akhir Piala Croatia yang menyaksikan Dinamo muncul juara selepas menundukkan RNK Split menerusi tendangan penalti. Pada 20 Julai 2016, Pjaca mengesahkan perlawanan terakhirnya bersama Dinamo semasa pusingan kelayakan Liga Juara-Juara menentang wakil Macedonia, Vardar. Beliau menjaringkan dua gol dan menyumbang satu jaringan gol pasukannya sebelum meraih tepukan gemuruh dari peminat yang hadir menonton penampilan terakhirnya di Stadion Maksimir.

Juventus sunting

Pada 21 Julai 2016, Pjaca disahkan telah menandantangani kontrak lima tahun bersama Juventus dengan bayaran perpindahan sebanyak €23 juta.[7] Perpindahan tersebut menandakan Pjaca merupakan pemain termahal dijual oleh kelab Dinamo dan Liga Croatia.

Pjaca melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 27 Ogos dalam perlawanan Serie A menentang Lazio. Beliau tampil sebagai pemain gantian dengan menggantikan Paulo Dybala pada separuh masa kedua yang menyaksikan Juve mengalahkan Lazio 1–0 di gelanggang lawan. Pada Oktober 2016, Pjaca mengalami retakan fibula ketika beraksi untuk pasukan Croatia dan telah diketepikan selama enam minggu pada mulanya. Namun setelah tiga bulan untuk membolehkan beliau pulih, akhirnya beliau tampil ketika perlawanan Coppa Italia menentang Atalanta dan Fiorentina di Serie A.[8][9] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto.[10] Pjaca setersunya mengalami kecederaan ligamen (ACL) pada 28 Mac ketika beraksi untuk Croatia dan mengakibatkan beliau terpaksa mengambil rehat selama enam bulan.[11]

Schalke 04 sunting

Selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang, Pjaca telah diumumkan akan dipinjamkan ke FC Schalke 04 dengan pilihan untuk membeli pemain tersebut pada penghujung musim 2017–18. Beliau menerima pendapatan sebanyak €800,000 bersama bonus sebanyak €200,000.[12][13][14] Schalke mensasarkan tempat ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan dan jurulatih Domenico Tedesco memandang Marko sebagai pemain yang boleh membantu pasukan untuk mencapai sasaran tersebut. Selain itu, Marko dapat memiliki minit permainannya bagi persiapan menghadapi Piala Dunia yang akan berlangsung pada hujung musim. Pjaca melakukan penampilan sulungnya pada 13 Januari ketika menentang RB Leipzig.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika beraksi dalam perlawanan keduanya untuk Schalke pada 21 Januari ketika menentang Hannover 96.

Fiorentina sunting

Pada 7 Ogos 2018, Pjaca telah dipinjamkan ke Fiorentina selama satu musim dengan pilihan untuk membuat pembelian tetap dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Pjaca beraksi untuk Croatia dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Pjaca melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Croatia pada 4 September 2014 dengan menggantikan Mateo Kovačić dalam perlawanan persahabatan menentang Cyprus.[16] Pada 3 September 2015, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif iaitu perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Azerbaijan yang berkesudahan perlawanan terikat seri tanpa jaringan.[17] Pada 4 Jun 2016, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Croatia ketika pasukannya membelasah San Marino 10-0.[18]

Euro 2016 sunting

Pjaca telah dimasukkan ke dalam skuad Croatia untuk menghadapi kejohanan Euro 2016 di Perancis.[19] Beliau memainkan peranan penting untuk membantu Croatia menumpaskan juara bertahan, Sepanyol 2-1. Pjaca hanyak duduk di bangku simpanan dalam pertembungan menentang Portugal namun beliau telah dibawa masuk pada masa tambahan. Sebagai pemain gantian, beliau telah berhasil untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan pihak lawan.[20] Croatia akhirnya tewas tipis 1-0 kepada Portugal hasil jaringan lewat perlawanan oleh Ricardo Quaresma sekali gus menamatkan perjalanan Croatia.[21]

Piala Dunia 2018 sunting

Pada 4 Jun 2018, Pjaca disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia. Croatia telah berjaya melangkah ke final sebelum terpaksa akur kepada kekalahan 4-2 kepada Perancis.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 3 Februari 2019.[22][23]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lokomotiva 2011–12 1 0 0 0 1 0
2012–13 17 2 6 2 23 4
2013–14 30 7 0 0 2 0 32 7
Jumlah 48 9 6 2 2 0 56 11
  Dinamo Zagreb 2014–15 32 11 7 0 8 3 1 0 48 14
2015–16 28 8 3 1 12 3 43 12
2016–17 1 0 0 0 1 2 2 2
Jumlah 61 19 10 1 21 8 1 0 93 28
  Juventus 2016-17 14 0 2 0 4 1 0 0 20 1
2017-18 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 14 0 2 0 4 1 0 0 20 1
  Schalke 04 2017–18 7 2 2 0 9 2
  Fiorentina 2018–19 17 1 0 0 17 1
Jumlah kerjaya 147 31 20 3 27 9 1 0 195 43

Antarabangsa sunting

Sehingga 15 Oktober 2018.[24]
Pasukan kebangsaan Croatia
Tahun Kmncln Gol
2014 1 0
2015 5 0
2016 6 1
2017 1 0
2018 10 0
Jumlah 23 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
4 Jun 2016 Rijeka, Croatia   San Marino
1–0
10–0
Persahabatan

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Dinamo Zagreb
Juventus

Antarabangsa sunting

Croatia

Individu sunting

  • Football Oscar: Pemain Terbaik Prva HNL 2015, 2016

Pingat sunting

Catatan sunting

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Dicapai pada 19 June 2018.
  2. ^ "Marko Pjaca's Profile". Dicapai pada 13 February 2017.
  3. ^ "Hrvatski mercato: Velik promet, mala zarada".
  4. ^ "Video: Dinamo rutinskom pobjedom protiv Slaven Belupa otvorio novu sezonu". Sportnet. Dicapai pada 18 July 2014.
  5. ^ "Dinamo Zagreb 4-3 Celtic". BBC Sport. 11 December 2014. Dicapai pada 11 December 2014.
  6. ^ "M. Pjaca". Soccerway. Dicapai pada 11 August 2016.
  7. ^ "Official: Juventus sign Pjaca". Football Italia. 21 July 2016. Dicapai pada 21 July 2016.
  8. ^ "Pjaca plots successful second half to season". juventus.com. Dicapai pada 19 January 2017.
  9. ^ "Pjaca injured on Croatia duty". Football Italia. Dicapai pada 19 January 2017.
  10. ^ "Pjaca: 'Waiting for my moment'". Football Italia. 22 February 2017. Dicapai pada 22 February 2017.
  11. ^ "Pjaca out for six months". Football Italia. 31 March 2017. Dicapai pada 31 March 2017.
  12. ^ "Marko Pjaca joins on loan from Juventus". schalke04.de. 5 January 2018. Dicapai pada 21 January 2018.
  13. ^ "Schalke sign Juventus attacker Marko Pjaca on loan". www.bundesliga.com. 4 January 2018. Dicapai pada 21 January 2018.
  14. ^ "Official: Schalke loan Pjaca". Football Italia. 4 January 2018. Dicapai pada 21 January 2018.
  15. ^ "Bundesliga, Lipsia-Schalke 3-1: esordio ufficiale per Pjaca" (dalam bahasa Italian). Il Corriere dello Sport. 13 January 2018. Dicapai pada 21 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Croatia 2-0 Cyprus". eu-football.info. Dicapai pada 11 December 2014.
  17. ^ "Azerbaijan 0 - 0 Croatia". Sky Sports. 3 September 2015. Dicapai pada 29 August 2016.
  18. ^ "Croatia 10 - 0 S. Marino". Sky Sports. 4 June 2016. Dicapai pada 29 August 2016.
  19. ^ Aleksandar Holiga (6 June 2016). "Croatia Euro 2016 team guide: tactics, key players and expert predictions". The Guardian. Dicapai pada 29 August 2016.
  20. ^ name="scouting">Digby, Adam. "Scouting Juventus Transfer Target Marko Pjaca". Bleacher Report. Dicapai pada 7 September 2016.
  21. ^ Dunbar, Graham (25 June 2016). "Portugal beats Croatia 1–0 at European Championship". The Washington Times. Associated Press. Dicapai pada 25 June 2016.
  22. ^ "Marko Pjaca » Club matches". Worldfootball.
  23. ^ "M. Pjaca". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 11 January 2018.
  24. ^ (Inggeris) Profil Marko Pjaca di National-Football-Teams.com
  25. ^ name="McNulty">McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  26. ^ "News: President Decorates Croatian National Football Team Players and Coaching Staff". Office of the President of the Republic of Croatia. 13 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-09. Dicapai pada 11 January 2019. the Order of Prince Branimir with Ribbon was awarded to Mr. Marko Pjaca...

Pautan luar sunting