Marsyal Itali

rencana senarai Wikimedia

Marsyal Itali (Bahasa Itali: Maresciallo d'Italia) ialah sejenis pangkat tentera dalam Tentera Darat Diraja Itali (Regio Esercito). Pada asalnya diwujudkan pada tahun 1924 oleh diktator Itali Benito Mussolini bagi memberi penghormatan kepada Jeneral Luigi Cadorna dan Armando Diaz, pangkat tersebut juga dianugerahkan kepada beberapa jeneral yang lain dari tahun 1926 hingga 1943. Ia setaraf dengan pangkat Fil Marsyal dan merupakan pangkat tertinggi dalam tentera Itali sebelum pelantikan pangkat Marsyal Pertama Empayar pada tahun 1938. Pangkat Marsyal Itali telah dimansuhkan pada tahun 1946 selepas penubuhan Republik Itali. Pangkat setaraf dari Tentera Laut Diraja (Regia Marina) adalah Laksamana Besar (Grande Ammiraglio), manakala pangkat setaraf dari Tentera Udara Diraja (Regia Aeronautica) ialah Marsyal Tentera Udara (Maresciallo dell'Aria), kesemuanya telah dimansuhkan selepas tertubuhnya Angkatan Tentera Republik Itali.[1]

Marsyal Itali
Maresciallo d'Italia
Lencana
pangkat di pergelangan (1933-1945)
Negara Kerajaan Itali
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Diraja Itali
Pangkat Lima bintang
Diperkenalkan 4 November 1924
Dimansuhkan 18 Januari 1947
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Marsyal Pertama Empayar

Pangkat rendah seterusnya

Generale d'Armata

Persamaan pangkat Grande ammiraglio

Senarai Marsyal Itali sunting

Marsyal Itali:

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Page Diarkibkan 2007-12-23 di Wayback Machine of the Italian Army (Esercito Italiano) home site - www.esercito.difesa.it.