Marsyal Udara (Air Marshal) ialah pegawai udara[1] berpangkat tiga bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[2] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.

Marsyal Udara
Air Marshal

Bendera pemerintah Lencana bahu dan jalur lengan Plat bintang
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Udara
Singkatan Air Mshl/AM
Diperkenalkan 1 Ogos 1919
Pangkat Tiga bintang
Kod
NATO
OF-8
Pangkat tinggi seterusnya

Ketua Marsyal Udara

Pangkat rendah seterusnya

Marsyal Madya Udara

Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Madya (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Leftenan Jeneral (TD/RM)

Marsyal Udara ialah pangkat tiga bintang dan mempunyai kod pangkat OF-8 NATO, setaraf dengan Laksamana Madya dalam Tentera Laut Diraja atau Leftenan Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Didalam angkatan bersenjata NATO yang lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat tiga bintang yang setara ialah Leftenan Jeneral.

Pangkat Marsyal Udara adalah lebih tinggi daripada Marsyal Madya Udara dan lebih rendah daripada Ketua Marsyal Udara.

Pegawai yang berpangkat Marsyal Udara lazimnya memegang jawatan lebih kanan seperti Panglima Tertinggi sesebuah tentera udara atau sebuah formasi pasukan udara yang besar. Pegawai berpangkat Ketua Marsyal Udara dan Marsyal Madya Udara juga dirujuk secara umum sebagai Marsyal Udara.[3] Kadang-kadang, pegawai tentera udara yang berpangkat marsyal dianggap sebagai marsyal udara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.rafweb.org/Glossary.htm
  2. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2007. Dicapai pada 2007-11-26. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Forms Of Address: Air Chief Marshal, Air Marshal and Air Vice-Marshal". Debrett's. Dicapai pada 4 December 2015.

Pautan luar sunting