Maryam Mirzakhani (Parsi: مریم میرزاخانی‎; 3 Mei 1977 – 14 Julai 2017) merupakan warganegara Iran, [6] pakar dalam bidang matematik dan berkhidmat sebagai professor di Universiti Stanford. [7][8] [9] Thesis beliau yang terkenal ialah Teori Teichmüller, hyperbola geometri, teori ergodic dan geometri simplektik.

Maryam Mirzakhani
Parsi: مریم میرزاخانی
Kelahiran(1977-05-03)3 Mei 1977
Meninggal dunia14 Julai 2017(2017-07-14) (umur 40)
WarganegaraIran,[1][2] Amerika Syarikat[3]
Pusat pendidikan
PasanganJan Vondrák
Anak-anak1
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangMatematik
Institusi
Tesis'Simple geodesics on hyperbolic surfaces and the volume of the moduli space of curves' (2004)
Penasihat kedoktoranCurtis T. McMullen[4][5]

Pada 13 Ogos 2014, Maryam Mirzakhani menjadi wanita pertama dan rakyat Iran yang menerima Pingat Fields, pingat yang paling berpestrij dalam bidang matematik. [10][11] Anugerah itu diberikan kepada beliau berikutan projeknya berjaya yang bertajuk the dynamics and geometry of Riemann surfaces and their moduli spaces. [12]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Maryam Mirzakhani dilahirkan pada 3 Mei 1977 di Tehran, Iran. [13] Beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Farzanegan, sebuah sekolah yang didaftarkan sebagai medium pencungkil bakat, National Organization for Development of Exceptional Talents.

Pada tahun 1994, Maryam Mirzakhani dianugerahkan pingat emas dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa, beliau merupakan peserta wanita dari Iran yang pertama menerima penganugerahan tersebut. Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan dua pingat emas dalam pertandingan yang sama. [14][15][16]

Selepas tamat belajar di peringkat sekolah menengah, beliau menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1999 di Universiti Teknologi Sharif di Tehran. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Havard, Amerika Syarikat. Disana beliau merupakan murid kepada penerima Pingat Fields 1998, Curtis McMullen.

Kerjaya sunting

Tesis sunting

Kehidupan peribadi sunting

Kematian sunting

Maryam Mirzakhani disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2013. [17] Selepas 4 tahun bertarung melawan dengan penyakitnya, keadaan beliau semakin kritikal ekoran jangkitannya telah merebak sehingga ke bahagian sumsum tulang. [18] Maryam Mirzakhani disahkan meninggal dunia [19] pada 14 Julai 2017 ketika berumur 40 tahun. [20]

Anugerah dan pencapaian sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mirzakhani, Maryam. "Curriculum Vitae" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 November 2005. Dicapai pada 13 Ogos 2014.
  2. ^ Valette, Alain. "The Fields Medalists 2014" (PDF). Neuchâtel, Switzerland: Institut de mathématiques, Université de Neuchâtel. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  3. ^ "3 Mei 2016: NAS Members and Foreign Associates Elected". www.nasonline.org. National Academy of Sciences. Dicapai pada 16 Julai 2017.
  4. ^ Mirzakhani, Maryam. "Curriculum Vitae" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Ogos 2008. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  5. ^ Jonathan, Webb (2014). "First female winner for Fields maths medal". BBC News. Dicapai pada 13 Ogos 2014.
  6. ^ "Maryam Mirzakhani, first woman to win maths' Fields Medal, dies - BBC News". Bbc.com. 2014-08-12. Dicapai pada 2017-07-16.
  7. ^ Mirzakhani, Maryam (2007). "Weil-Petersson volumes and intersection theory on the moduli space of curves" (PDF). Journal of the American Mathematical Society. 20: 1–23. doi:10.1090/S0894-0347-06-00526-1. MR 2257394.
  8. ^ Mirzakhani, Maryam (Januari 2007). "Simple geodesics and Weil-Petersson volumes of moduli spaces of bordered Riemann surfaces". Inventiones Mathematicae. Springer-Verlag. 167 (1): 179–222. doi:10.1007/s00222-006-0013-2. ISSN 1432-1297.
  9. ^ "Report of the President to the Board of Trustees". Stanford University. 9 April 2008. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  10. ^ "President Rouhani Congratulates Iranian Woman for Winning Math Nobel Prize". Fars News Agency. 14 Ogos 2014. Dicapai pada 14 Ogos 2014.
  11. ^ "IMU Prizes 2014". International Mathematical Union. Dicapai pada 12 Ogos 2014.
  12. ^ Sample, Ian (13 Ogos 2014). "Fields Medal mathematics prize won by woman for first time in its history". the Guardian. Dicapai pada 9 Jun 2016.
  13. ^ "Maryam Mirzakhani, Only Woman to Win a Fields Medal, Dies at 40". New York Times, 2017/07/16 Kenneth Chang
  14. ^ Templat:IMO results
  15. ^ "Iranian woman wins maths' top prize". New Scientist. 12 Ogos 2014. Dicapai pada 13 Ogos 2014.
  16. ^ Newhall, Marissa (13 September 2005). "'Brilliant' minds honored: Maryam Mirzakhani". USA Today.
  17. ^ "PressTV-Iranian math genius battles cancer at US hospital". Presstv.ir. Dicapai pada 2017-07-16.
  18. ^ France-Presse, Agence. "Sorrow as Maryam Mirzakhani, the first woman to win mathematics' Fields Medal, dies aged 40". The Telegraph. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  19. ^ Chang, Kenneth (16 July 2017). "Maryam Mirzakhani, Only Woman to Win a Fields Medal, Dies at 40". The New York Times.
  20. ^ "Maryam Mirzakhani died" (dalam bahasa Parsi). Mehr news Agancy. 15 Julai 2017.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.