Masakan Azerbaijan

Masakan Azerbaijan (Jawi: ماسقن اذربایجان; Azeri: Azərbaycan Mətbəxi, آذربایجان مطبخی) mengacu pada gaya memasak dan hidangan orang Azeri di Republik Azerbaijan dan Azerbaijan (Iran). Masakan negara ini memiliki banyak kesamaan dengan Masakan Iran dan Turki. Banyak makanan yang berasal dari Azerbaijan kini dapat dilihat dalam masakan negara jiran. Bagi orang Azerbaijan, makanan merupakan bagian penting dari budaya mereka dan berakar dalam sejarah, tradisi dan nilai-nilai mereka.

Dari sebelas zon iklim yang dikenali di dunia, Azerbaijan mempunyai sembilan iklim.[1] Hal Ini mempengaruhi kesuburan tanah yang ikut menghasilkan kekayaan masakan Azerbaijan.

Sejarah sunting

Negara ini dikenal dengan sayuran dan sayuran hijau yang digunakan secara bermusim dalam hidangan. Rempah segar seperti pudina, ketumbar, jintan manis, selasih, pasli, tarragon, daun bawang, kucai, taim, marjoram, daun bawang, dan selada air sangat popular dan sering menemani hidangan utama. Laut Kaspia adalah rumah bagi banyak spesies ikan yang boleh dimakan, termasuk ikan sturgeon, salmon Kaspia, kutum, sardin, mullet kelabu, dan lain-lain. Kaviar hitam dari Laut Kaspia adalah salah satu daripada makanan lazat yang terkenal dari Azerbaijan dan juga dicari di negara lain, termasuk negara-negara bekas Soviet.

Salah satu hidangan masakan Azerbaijan yang paling terkenal adalah plov daripada nasi yang diberi kuma-kuma dan disajikan dengan pelbagai rempah dan sayur-sayuran, suatu kombinasi yang benar-benar berbeza daripada yang ditemui dalam plov masakan Uzbekistan. Masakan Azerbaijan merangkumi lebih daripada 40 resipi Plov berbeza. Hidangan lain termasuk pelbagai jenis kebab dan shashlik, termasuk kebab daging kambing, lembu, ayam, itik dan ikan (baliq). Sturgeon, ikan yang biasa digunakan, biasanya dicucuk dan dibakar sebagai shashlik, dan disajikan dengan sos delima yang dikenali sebagai narsharab. Buah kering dan kacang walnut digunakan dalam pelbagai hidangan. Bahan perisa tradisional antara lain adalah garam, lada hitam, sumac, dan kuma-kuma yang tumbuh di dalam negeri di Semenanjung Absheron

Teh hitam adalah minuman kebangsaan dan diminum selepas memakan makanan. Minuman ini juga ditawarkan kepada para tetamu sebagai tanda selamat datang, sering disertai dengan jem.[2]

Makanan ringan sunting

 
Makanan ringan dari masakan Azerbaijan.

Masakan Azerbaijan mempunyai sejumlah makanan ringan dan lauk untuk membuka atau menemani makanan utama: sepinggan daun hijau aromatik yang dikenali sebagai goy, potongan chorek (roti), choban (salad tomato dan timun), dan kadang-kadang keju putih atau qatik (yogurt masam).

Makanan ringan sejuk biasanya disajikan secara berasingan daripada minuman.

Hidangan sunting

 
Dolma Azerbaijan
 
Dushbara Azerbaijan (Azeri: düşbərə)

Hidangan utama boleh termasuk pilihan berikut:

Daging sunting

Nama Deskripsi
Balıq Ikan, biasanya ikan sturgeon, dicucuk dan dipanggang seperti kebab, disajikan dengan sos plum masam.
Dolma Resipi tradisional untuk daging kambing cincang yang dicampur dengan nasi dan diperisakan dengan pudina, jintan, dan kayu manis, lalu dibungkus dengan daun anggur (yarpaq dolması) atau daun kubis (kələm dolması). Terdapat juga kubis dolma masam manis (turş şirin kələm dolması) dan dolma ikan (balıq dolması).
Badımcan Dolması Tomato, lada, dan terung diisi dengan daging kambing cincang yang dicampur dengan kacang buncis.
Dushbara Ladu kecil diisi dengan daging kambing dicincang dan rempah-rempah, dihidangkan dalam kuah rebusan.
Lavangi Daging ayam atau ikan diisi dengan bawang, walnut, kismis, albukhara dan rempah alcha. Khas dari wilayah Talysh di selatan Azerbaijan.
Lyulya kabab Campuran daging kambing, perisa, dan rempah ratus segar sekitar pencucuk dan panggang, sering dihidangkan dengan lavash (kepingan tipis yang tidak beragi).
Qutab Seperti penkek yang diisi dengan daging kambing dicincang, keju, atau bayam.
Tika kabab Potongan daging kambing direndam dalam campuran bawang besar, cuka, dan jus delima, dicucuk pada lidi besar dan dibakar di atas pembakar. Dalam bahasa Rusia dikenali sebagai шашлык daripada bahasa Turki: shishlyk (secara harfiah, "lidi sate").
Qovurma Potongan daging kambing atau biri-biri pada tulang direbus dengan bawang besar, tomato, dan kuma-kuma.[3] Ada juga sabzi qovurma, rebusan domba dengan bumbu.
Sogan dolmasi Istilah dolma meliputi pelbagai sayur-sayuran inti, tersebar luas di Timur Tengah dan Mediterranean. Dolma bawang adalah alternatif yang lazat pada musim sejuk untuk terung, tomato, dan lada.[4]
Bastirma Perkataan "Bastir" berasal dari bahasa Turki: bastırma et ("daging yang ditekan"), pastırma [pastɯɾˈma] dalam bahasa Turki moden. Masakan dimasak seperti kebab, tetapi sebelumnya perlu direndam dalam sos khas dan rempah.

Sup sunting

Nama Penerangan
Piti Sup kebangsaan Azerbaijan terbuat dari potongan daging bebiri pada tulang, dimasak dengan sayuran dalam air rebusan; disiapkan dan dihidangkan dalam periuk crock.
Kufta bozbash Sup kacang pea dengan bebola daging bebiri dan kentang rebus. Bebola daging di kufta bozbash berbentuk besar dan diperbuat daripada daging bebiri dicincang dan nasi, kadang kala dengan plum kering di dalamnya.
Sulu khingal Sup daging bebiri dengan mi.
Toyuq shorbasi Sup ayam
Dovga Sup berasaskan yogurt (matsoni) dengan warna merah bata, bayam, nasi, kacang pea kering dan bebola daging kecil diperbuat daripada daging bebiri; dihidangkan panas atau sejuk bergantung pada musim.[5]
Ovdukh Sup sejuk berbahan campuran air-matsoni yang dituang di atas kepingan timun, daging rebus cincang, suku bahagian telur rebus, dan sayur-sayuran (dil, ketumbar, selasih, tarragon, dan kadang-kadang pudina).[6]
Dogramach Sama seperti ovdukh, tetapi tanpa daging.[6]
Bolva Diperbuat dengan susu masam.

Jenis plov sunting

 
Pilaf Azerbaijan. Kiri: gara (bebiri, aprikot dibelah dua, plum, biji aprikot). Kanan: nasi (sebahagian diwarna dengan kunyit)

Plov adalah salah satu hidangan yang tersebar luas di Azerbaijan dengan lebih daripada 40 resipi berbeza.[2] Plov mempunyai nama yang berbeza bergantung pada bahan utama yang mengiringi nasi:

Nama Bahan-bahan
Kourma plov Plov daging bebiri dengan bawang
Chilov plov Plov kacang dengan ikan
Sabzi Qovurma plov Plov daging bebiri
Toyug plov Plov ayam
Shirin plov Plov buah kering
Syudli plov Nasi yang dimasak dalam susu
Sheshryanch plov Plov enam warna[5]

Plot Azerbaijan terdiri daripada tiga komponen berbeza yang dihidangkan secara serentak namun pada pinggan-pinggan berasingan: nasi (panas, tidak panas), gara, daging goreng, buah kering, telur, atau ikan disiapkan sebagai pelengkap untuk nasi, dan rempah-rempah aromatik. Nasi tidak dicampur dengan komponen lain bahkan ketika memakan plov.[7]

Makanan penutup sunting

 
Pakhlava
 
Halva pistachio

Hidangan penutup khas Azerbaijan berupa pastri melekit seperti pakhlava dan Shaki Halva. Pastri tradisional lain seperti shakarbura (berbentuk bulan sabit dan diisi dengan kekacang), peshmak (gula-gula berbentuk silinder yang diperbuat daripada nasi, tepung, dan gula), dan girmapadam (kuih yang diisi dengan kacang cincang).

Manisan umumnya dibeli dari kedai kek dan dimakan di rumah atau pada acara-acara khas seperti perkahwinan. Di restoran dihidangkan sepinggan buah-buahan segar yang sedang musim, seperti plum, ceri, aprikot, atau anggur.

Nama Penerangan
Samani halva Samani halva diperbuat daripada gandum, dan mempunyai rasa pedas, melekit, kenyal. Satu tradisi samani halva di Azerbaijan adalah dengan membuat kuih bersama-sama dan menggunakan tepung dari tujuh rumah yang berbeza.[8]
Shekerbura Shekerbura (şəkərbura) adalah pastri manis popular daripada Azerbaijan yang diisi dengan badam, kacang hazel, atau walnut cincang.

Shekerbura, shor gogal, dan pakhlava semua dimakan di Baku pada liburan musim semi Novruz.[9]

Roti sunting

 
Salyan çörəyi (roti tandoor)

Roti tandoor adalah jenis roti yang dibakar dalam ketuhar tanah liat bernama tandoor.[10][11]

Minuman sunting

 
Ayran di pinggir jalan
 
Teh hitam ialah minuman kebangsaan Azerbaijan

Teh hitam ialah minuman kebangsaan Azerbaijan.

Ayran ialah minuman yogurt sejuk yang dicampur dengan garam.

Serbat Azerbaijan (Azeri: şərbət) adalah minuman sejuk manis yang diperbuat daripada campuran jus buah atau direbus dengan gula, sering diberi haruman dengan air mawar. Serbat (jangan keliru dengan ais sorbet) berasal daripada Iran dan mereka mungkin sangat berbeza dalam ketekalan, daripada yang sangat pekat dan seperti jem (seperti dalam masakan Tajikistan) sehingga sangat cair dan berair, seperti di Azerbaijan.[12]

Jenama air botol tempatan antara lain:

Jenama Asal Berasal dari daerah
Aysu
Badamlı Badamli, Nakhchivan
Sirab Sirab, Nakhchivan
Shollar Desa Shollar Timur laut
Tamiz gazh su
Qax Distrik Qakh
Utara
Kakh

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Climate zones of Azerbaijan
  2. ^ a b Based on the book Azerbaijani Cooking, Ishyg Publ. House, Baku (Rusia)
  3. ^ "Kourma recipe". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-01. Dicapai pada 2016-12-16.
  4. ^ [1]
  5. ^ a b Azerbaijan cookery by category of dishes, a section of Large Guide to Home Cooking (Rusia)
  6. ^ a b Dogramach and ovdukh Diarkibkan 2008-10-14 di Wayback Machine. Recipes for Azerbaijani soups (Rusia).
  7. ^ Interview with Jabar Mamedov Diarkibkan 2008-12-21 di Wayback Machine, Head Chef at the "Shirvan Shah" Azerbaijani restaurant in Kiev, 31 January 2005.
  8. ^ [2]
  9. ^ [3]
  10. ^ http://kabobcentral.com/tandoorbpage.html
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-21. Dicapai pada 2016-12-16.
  12. ^ "Azerbaijani sherbets". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18. Dicapai pada 2016-12-16.

Pautan luar sunting