Masidi Manjun

Menteri Kewangan II Sabah

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Karanaan sejak tahun 2004. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.[1] Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak 3 Ogos 2020. Datuk Masidi Manjun merupakan bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.[2]


Masidi Manjun

SPDK, PGDK (Sab); KMN, AMN
Menteri Kewangan Sabah
Memegang jawatan
11 Januari 2023
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
PembantuJulita Mojungki
Tan Lee Fatt
Didahului olehYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Kawasan pilihan rayaKaranaan
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Karanaan
Memegang jawatan
2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Menteri Kewangan II Sabah
Dalam jawatan
29 September 2020 – 11 Januari 2023
Berkhidmat dengan
Hajiji Noor (Menteri I)
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
PembantuIsnin Aliasnih
Mohd Hamsan Awang Supian
Kawasan pilihan rayaKaranaan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Dalam jawatan
29 September 2020 – 11 Januari 2023
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
PembantuIsnin Aliasnih
Mohd Hamsan Awang Supian
Didahului olehBung Moktar Radin
Digantikan olehJoachim Gunsalam
Kawasan pilihan rayaKaranaan
Butiran peribadi
LahirMasidi bin Manjun @ Masdi
(1951-06-02) 2 Jun 1951 (umur 72)
Ranau, Sabah
Parti politik BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
Ahli kolektif GRS (Sejak 2022-)
GAGASAN (Sejak 2023-)
PasanganDatin Seri Panglima Nur Farizah Abdullah @ Molly Lantai
Anak-anak6
Alma materUniversiti London
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Sabah

Kehidupan awal sunting

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima merupakan anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Ranau, Sabah. Beliau telah berkahwin dengan Datin Nur Farizah Abdullah dan mempunyai 6 orang anak.[3] Datuk Masidi Manjun telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London pada tahun 1977 dan menjadi Barrister-at-Law dengan Kepujian di Lincoln's Inn, London pada tahun 1979.


(Masidi's Morning Quote)

Kerjaya sunting

Amalan undang-undang dan perkhidmatan awam sunting

Datuk Masidi memasuki Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1977 sebagai penasihat undang-undang dan pendakwa raya di Jabatan Perhutanan. Beliau diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1980. Pada tahun yang sama, beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Daerah Tuaran. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Sandakan dalam posisi yang sama pada tahun 1982 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983. Pada tahun 1987, beliau dilantik sebagai Peguam Negara Kanan di Jabatan Peguam Negara. Namun, Datuk Masidi meninggalkan Perkhidmatan Awam Negeri pada tahun 1990 untuk bergabung dengan sektor swasta.

Sektor swasta sunting

Datuk Masidi berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Pengajian Pembangunan Sabah dari tahun 1994 hingga 2004 dan menjadi ahli Lembaga Pengarah Sabah Development Bank pada masa itu. Beliau memegang jawatan pengarah di pelbagai syarikat termasuk Chase Perdana Berhad, Sitt Tatt Berhad dan Bank Rakyat. Beliau juga merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia sejak 24 Julai 2020.

Bidang politik sunting

Datuk Masidi menyertai politik pada tahun 2004 kerana beliau dicalonkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebagai calon DUN Karanaan. Beliau kemudian memenangi pilihan raya dan memegang kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut. Beliau kini menjalani tugas untuk penggal kelima di Karanaan berikutan kemenangannya dalam pilihan raya negeri ke-16 di bawah PARTI BARISAN NASIONAL (BN) sebelum bertindak meninggalkan parti tersebut dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Datuk Masidi naik sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2004. Beliau kemudian menjadi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dari tahun 2006 hingga 2018 dan juga Menteri yang bertanggungjawab dalam hal hal pendidikan Negeri Sabah. Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-14 selama dua hari. Datuk Masidi meninggalkan UMNO pada tahun 2018 untuk bergabung dengan BERSATU dan kemudian menjadi Timbalan Pengerusi Negeri yang terakhir.

Pada 29 September 2020, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerja Raya Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah. Namun, Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa Datuk Masidi telah bertukar portfolio dari Menteri Kerja Raya Sabah kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah manakala Datuk Bung Moktar yang menyandang jawatan Sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah beralih kepada Menteri Kerja Raya Sabah.[4] Pada waktu yang sama, Datuk Masidi turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan II Sabah.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah[5][6][7]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratus Penentang Undi Peratus Pungutan suara Majoriti Muncul sebagai
2004 N30 Karanaan, P179 Ranau Masidi Manjun (UMNO) 6,519 90.72% Mohd Mian Mohd Ali (BEBAS) 413 5.75% 7,332 6,106 68.90%
Sutian Kendilong (SETIA) 254 3.53%
2008 Masidi Manjun (UMNO) 6,505 82.40% Atin Naisin (PKR) 1,389 17.60% 8,010 5,116 72.45%
2013 Masidi Manjun (UMNO) 6,292 58.44% Muhiddin Anas Yusin (PKR) 2,792 25.94% 10,331 3,500 83.10%
Jalibin Paidi (STAR) 1,067 9.91%
Mat Jaili Samat (BEBAS) 615 5.71%
2018 Masidi Manjun (UMNO) 6,849 63.98% Chong Peck Hing (PKR) 3,067 28.65% 10,928 3,782 80.80%
Aman Manaf (PHRS) 685 6.40%
Juhaili Sidek (PKAN) 104 0.97%
2020 N37 Karanaan, P179 Ranau Masidi Manjun (BERSATU) 6,696 73.70% Yasin Abdul Ghani (WARISAN) 1,882 20.71% 9,086 4,814 67.68%
Hadzrul Masnin (PCS) 434 4.78%
Md Tajuddin Sadi (USNO (Baru)) 74 0.81%

Anugerah sunting

Datuk Masidi Manjun dikurniakan dengan kepujian berikut:

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Maklumat calon DUN Karanaan, Sabah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-20. Dicapai pada 2019-08-20.
  2. ^ Profil ADUN Karanaan
  3. ^ Menteri Pelancongan Sabah bersama isteri
  4. ^ "Hajiji umum Bung Moktar dan Masidi tukar portfolio". www.malaysiakini.com. 2020-09-29. Dicapai pada 2020-10-02.
  5. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
  6. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  7. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.