Masjid Al Askari (مسجد العكري) adalah sebuah Masjid tempat suci Muslim Syiah yang terletak di kota Samarra di Iraq. Masjid ini adalah salah satu dari Masjid-masjid Syiah yang paling suci di seluruh dunia. Masjid ini telah dibangunkan pada tahun 944. [1] Jenazah Imam Syi'ah yang bernama ke-10 dan ke-11, Ali al-Hadi dan anak lelakinya Hasan al-Asykari telah dikebumikan di Masjid ini. Di situ juga terdapatnya tempat suci untuk Imam yang ke-12, iaitu Imam yang tersembunyi menurut kepercayaan Syiah iaitu Imam Mahdi. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat suci untuk Ali al-Hadi, atau al-Hadhrah al-Askariyah.

Kubah emas sunting

Kubah emas Masjid ini buat kali terakhir telah dibangun kembali pada tahun 1905. [1] Kubahnya, yang dilihat menjulang tinggi sehingga ke kaki langit Samarra, ditutupi dengan 72,000 lapisan emas, ukurannya kira-kira 20 meter dan tingginya 68 meter.

Pengeboman sunting

 
Pasukan-pasukan keselamatan Iraq bersiap sedia untuk menyerbu Masjid Al Askari, yang pada ketika itu diduduki oleh kaum pemberontak, Oktober 2004

Pada tanggal 22 Februari, 2006, 6:55 am dua buah bom telah diledakkan oleh lima hingga tujuh orang yang berpakaian sebagai anggota Pasukan Khusus Iraq [2] yang memasuki tempat suci itu di pagi hari. [3] Ledakan terjadi di dalam Masjid itu sehingga telah menghancurkan kubah emasnya dan merosakkan struktur binaan Masjid itu pada tahap yang teruk dan kritikal. Beberapa orang lelaki, seorang diantaranya mengenakan pakaian seragam ketenteraan, sebelumnya masuk ke dalam Masjid itu, mengingatkan sejumlah pengawal di sana, lalu memasang bahan-bahan peledak sehingga terjadilah letupan tersebut.

Tembok utara Masjid rosak teruk akibat dibom dan menyebabkan kubahnya runtuh dan menghancurkan tiga perempat dari bangunan itu. [4] [5]

Setelah ledakan itu, pasukan-pasukan tentera Amerika Syarikat dan Iraq telah mengepung tempat suci ini dan mula memeriksa rumah-rumah di sekitarnya. Lima orang telah diangkat sebagai perwira polis yang bertanggung jawab melindungi masjid itu ditahan.

Tiada seorang pun yang telah mengaku dirinya untuk bertanggung jawab diatas serangan nekad terhadap Masjid itu. Kelompok Jaysh-ul-Fatiheen, salah satu kelompok tentera Sunni yang aktif dalam pemberontakan Iraq, telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk serangan itu dan menyatakan bahawa itu bukanlah perbuatan mana-mana kelompok Sunni. Mereka telah mengambil sebuah kaset pesanan baru-baru ini yang dirasakan telah direkod oleh pemimpin kedua Al-Qaeda Ayman Al-Zawahiri, yang melarang sebarang bentuk serangan terhadap mana-mana tempat suci Syiah.

Di Najaf, kedai-kedai telah ditutup, sementara penduduk berkumpul di Lapangan Revolusi 1920 untuk melakukan tunjuk perasaan terhadap serangan terburuk itu. Di Diwaniyah, semua Masjid, kedai dan pasar ditutup juga telah ditutup. [6] Pengeboman ini telah menimbulkan protes di seluruh negara di Iraq dan dilaporkan sejumlah serangan balas telah dilakukan terhadap kelompok Sunni. [7][pautan mati kekal] Sejumlah 27 masjid Sunni di Bagdad diserang oleh kaum milisiDiarkibkan 2011-05-22 di Wayback Machine

Reaksi politik sunting

Di Iraq sunting

Perdana Menteri Ibrahim al-Jaafari mengeluarkan seruan kepada seluruh rakyat Iraq agar tetap bersatu dan menjaga kedamaian, sambil mengatakan bahawa serangan itu adalah usaha untuk memancing kekerasan. [8] Beliau juga mengisytiharkan masa berkabung selama tiga hari. [9]

Sebuah organisasi pemerintah yang bernama Dana Abadi Sunni yang memelihara semua Masjid dan tempat suci Sunni turut mengutuk serangan ganas tersebut.

Di seluruh dunia sunting

Menteri Luar Britain, Jack Straw telah menyebut bahawa pengeboman itu sebagai suatu "perbuatan keganasan dan mencemarkan agama", sambil menyerukan agar bangsa Iraq dapat menahan diri dan menghindari pembalasan.

Duta besar Amerika Syarikat ke Iraq Zalmay Khalilzad, dan panglima tertinggi AS di sana, Jeneral George Casey, mengeluarkan suatu pernyataan bersama yang menyatakan bahawa AS akan memberikan sumbangan untuk pembangunan kembali tempat suci itu. [10]

Tanggapan pihak agama sunting

Pejabat Ayatollah Agung Ali al-Sistani, pemimpin keagamaan terulung di Iraq, menyeru agar rakyat tetap tenang, dan meminta dilaksanakan masa berkabung itu selama tujuh hari. [11]

Pautan luar sunting

Referensi sunting