Masjid Azizi

Masjid bersejarah di Langkat, Indonesia

Masjid Besar Azizi ialah masjid peninggalan Kesultanan Langkat yang terletak di Kota Tanjung, Daerah Langkat, Sumatera Utara, ibu kota Kesultanan Langkat lalu. Masjid terletak di tepi jalan utama Sumatera yang menghubungkan kota utama Medan, Bandar Aceh.

مسجد عزيز
Masjid Besar Azizi
Masjid Azizi
Info asas
LokasiKota Tanjung, Langkat, Sumatera Utara
AgamaIslam Ahli As-Sunnah Wal Jamaah
NegaraIndonesia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1902

Dibangun oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Langkat Haji Musa pada tahun 1899, masjid siap dan dirasmikan oleh waris, Tunku Abdul Aziz Jalil Rahmat Syah pada 13.6.1902. Masjid Azizi ini dijadi rujukan bangunan Masjid Zahir di Kota Setar, Kedah, Malaysia, hingga masjid tersebut memiliki kemiripan satu dengan yang lain.

Sejarah Masjid Azizi Langkat sunting

 
Masjid Azizi pada tahun 1921

Masjid Azizi berdiri di atas tanah seluas 18,000 meter persegi. Masjid Azizi dibangunkan atas anjuran Syekh Abdul Wahab Babussalam pada zaman pemerintahan Sultan Musa al-Muazzamsyah. Masjid mula dibangunkan pada tahun 1320 H (1899 M) atau setidaknya 149 tahun sejak Langkat rasmi berdiri sebagai Kesultanan. Walau bagaimanapun, Sultan Musa meninggal dunia sebelum pembangunan masjid selesai. Pembangunan diteruskan oleh putranya yang bergelar Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah (1897-1927) Sultan Langkat ke-7.[1]

Rancangan masjid ditangani oleh seorang arkitek berbangsa Jerman, sementara pekerjanya banyak daripada etnik Cina Tionghoa dan masyarakat Langkat sendiri. Bahan bangunan didatangkan dari Pulau Pinang, Malaysia, dan Singapura dengan menggunakan kapal ke Tanjung Pura. Pada masa itu sungai Batang Serangan masih berfungsi baik dan kapal-kapal dengan keberatan 600 ton dapat melayarinya.

Rancangan masjid ditangani oleh seorang arsitek berkebangsaan Jerman, para pekerjanya banyak dari etnis Tionghoa dan masyarakat Langkat sendiri. Sedangkan bahan bangunan didatangkan dari Pulau Pinang, Malaysia dan Singapura dengan menggunakan kapal ke Tanjungpura. Pada masa itu sungai Batang Serangan masih berfungsi baik dan kapal-kapal dengan tonase 600 ton dapat melayarinya.

Masjid Azizi diresmikan sendiri oleh Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah bertepatan dengan perayaan Maulid Nabi Muhammad SAW dan peringatan perubahan kerajaan Langkat menjadi Kesultanan Langkat pada 12 Rabiul Awal 1320H (13 Jun 1902 M) dan menghabiskan dana sekitar 200,000 Ringgit (wang zaman Belanda), dan dinamakan Masjid Azizi sempena nama Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah.

Seni bina sunting

Masjid Azizi bercorak campuran Timur Tengah dan India dengan banyak kubah, dan boleh menampung sekitar 2000 jemaah sekaligus. Bangunan induk berukuran 25 × 25 m dan tinggi ± 30 m. Ketiga sisi Masjid dilengkapi dengan serambi masing-masing di sisi timur, utara dan selatan; masing-masing serambi ini berhubungan langsung dengan koridor di tiga sisi masjid dan langsung menuju ke pintu masuk. Tiang serambi yang berdiri di sisi kiri dan kanannya berbentuk segi lapan mirip menara dalam ukuran kecil dengan bahagian hujungnya berbentuk kuncup bunga. Serambi dan teras masjid dilengkapi dengan tiang-tiang dan lengkungan khas Timur Tengah dihias dengan penulisan Khat , bentuk bentuk geometri dan ukiran berbunga. [2]

Ruang utama masjid memilki dinding empat persegi panjang berukuran 20 × 20 m. Lantai ruang utama asalnya berlapis seramik tetapi kini diganti dengan batu marmar; sisa lantai seramiknya masih dapat dilihat di bahagian tengah lantai ruang utama. Bahagian dinding luar ruang utama dihiasi dengan khat ayat-ayat al-Quran, hiasan geometri, dan hiasan berbunga. Dinding bahagian dalam ruang utama penuh dengan hiasan, sisi bawahnya dilapisi marmar, sementara sisi atasnya dihiasi seni khat ayat-ayat al-Quran, bentuk geometri dan juga hiasan berbunga. Mihrab dan mimbar Masjid Azizi terbuat daripada marmar.

Menara masjid terletak di timur laut masjid dengan tinggi sekitar 60 meter. Bahagian bawah menara dilengkapi sebuah pintu. Bahagian kedua dihiasi dengan sebuah jendela lengkung pada setiap sisinya. Bahagian atapnya berbentuk kubah dengan bulan di puncaknya. Secara keseluruhan seni bina Masjid Azizi ini memiliki beberapa kemiripan dengan Masjid Raya Al-Mashun dan Masjid Al-Osmani di Medan, terutama pada pelan bangun kubahnya yang khas.

Perayaan Azizi sunting

Sebuah perayaan, Festival Azizi, diakan pada setiap tahun di masjid ini. Kegiatannya beragam, mulai daripada peraduan berzanji, pembacaan azan, marhaban, dan pembacaan puisi. Festival tersebut diselenggarakan untuk memperingati wafatnya Tuan Guru Besilam Babussalam Syeikh Abdul Wahab Rokan, yang dikenal sebagai ulama penyebar Tariqat Naqsyabandiah. Pengikutnya menyebar hingga ke Aceh, Sumut, Sumbar, Riau, Jambi, dan negara-negara Asia Tenggara. Festival bercorak Islam itu sebenarnya tidak ada hubungannya dengan Masjid Azizi dan sejarahnya. Ia digelar "Festival Azizi" hanya kerana bertempat di Masjid Azizi.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Azizi, Saksi Bisu Langkat". 16 Juni 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Wisata Masjid Azizi Langkat". 16 Juni 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-14. Dicapai pada 2013-10-13. Check date values in: |date= (bantuan)