Masjid Babri (Hindi: बाबरी मस्जिद, Urdu: بابری مسجد‎) atau Masjid Babur ialah sebuah masjid bersejarah yang terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Pada mulanya masjid ini dinamakan Masjid-i Janmasthan. Ia dimusnahkan pada tahun 1992 apabila perhimpunan politik 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan.[1] Bangunan ini terletak di atas bukit Ramkot dan ia masjid terbesar di Uttar Pradesh. Masjid lain di Ayodhya ialah Masjid Hazrat Bal yang dibina oleh Raja Shariqi.

Masjid Babri
Masjid-i-Janmasthan
Babri Masjid
Gambar abad ke-19 oleh Samuel Bourne
Masjid Babri is located in Bumi
Masjid Babri
Masjid Babri (Bumi)
Info asas
LokasiAyodhya, Uttar Pradesh, India
Koordinat geografi26°47′44″N 82°11′40″E / 26.7956°N 82.1945°E / 26.7956; 82.1945Koordinat: 26°47′44″N 82°11′40″E / 26.7956°N 82.1945°E / 26.7956; 82.1945
AgamaIslam
NegaraIndia, Raj British, Empayar Mughal
Penerangan seni bina
Gaya seni binaTughlaq
Disiapkan pada1528–29
Diruntuhkan pada1992

Sejarah sunting

Masjid ini sekian lama menjadi pertikaian antara penganut Islam dan Hindu. Puncanya pertikaian ini ialah masjid ini dikatakan dibina di atas tempat kelahiran Sri Rama. Ia juga menjadi tapak jelmaan dewa Vishnu dan pemerintah Ayodhya. Manuskrip Hindu Brahma Purana [4.4.91] menyatakan Ayodhya merupakan salah satu daripada enam bandar suci bagi agama Hindu. Bandar lain ialah Mathura, Haridvar, Kashi, Kanchi dan Ujjain. Penyair kuno Tulsidas telah menulis tentang Shri Rama Charit Manas di Ayodhya pada tahun 1574. Tetapi Tulsidas tidak menyatakan Masjid Babri sebagai tapak pemujaan Hindu. Inskripsi yang dijumpai di dalam gua Nasik menyatakan tentang kewujudan Rama sekitar tahun 150 M.

Penganut Islam dan Hindu bersembahyang bersama di dalam masjid itu dalam keadaan penuh harmoni pada awal tahun 1857.

Perobohan Masjid Babri sunting

Pada 6 Disember 1992, 150,000 penganut Hindu yang nasionalis merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India.[1] Mereka dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India. Umat Islam terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan. Seramai 2000 penganut Hindu dan Islam terbunuh.[2]

Laporan Suruhanjaya Liberhan sunting

Selepas tahun 1992, kajian telah dilakukan oleh Professor Ram Sharan Sharma bersama sejarawan Suraj Bhan, M.Athar Ali dan Dwijendra Narayan Jha bagi menentukan kebenaran persepsi masyarakat Hindu dan Islam di sana. Kajian arkeologi juga dilakukan oleh Jabatan Arkeologi India bagi mencari kesahihan batu-batu purba, serpihan seramik dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan Shri Rama sekitar 150 M itu.


Pada 23 November 2009, persidangan parlimen India kecoh kerana kebocoran maklumat risikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa India. Suruhanjaya Liberhan telah ditubuhkan oleh kerajaan India pada 16 Disember 1992 bagi menyiasat tindakan penganut fanatik Hindu merobohkan Masjid Babri.

Pada Jun 2009, Perdana Menteri India Manmohan Singh telah menerima laporan Suruhanjaya Liberhan. Siasatan itu memakan masa 17 tahun. Surat khabar Indian Express telah menyiarkan butiran siasatan itu. BJP menuduh parti pemerintah Parti Kongres membocorkan laporan itu untuk memenangi pilihan raya negeri di bahagian timur Jharkhand.

Siasatan itu mendapati adanya penglibatan yang jelas nyata pemimpin kanan nasionalis Hindu dari Parti Bhartiya Janata (BJP) termasuk Atal Behari Vajpayee, LK Advani dan Murli Manohar Joshi. Mereka mendapat kuasa politik dan menguasai parlimen India dengan memainkan sentimen agama sehingga mendorong penganut Hindu merobohkan masjid tersebut.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Tearing down the Babri Masjid - Eye Witness BBC's Mark Tully BBC - Thursday, 5 Disember 2002
  2. ^ a b Tragedi Masjid Babri: BJP didakwa dalang, Utusan Online. 24 November 2009
  • Goel, S. R. (2009). Hindu temples, what happened to them. New Delhi: Voice of India.
  • Narain, Harsh (1993). The Ayodhya temple-mosque dispute: Focus on Muslim sources. Delhi: Penman Publishers.
  • Elst, K. (2002). Ayodhya: The case against the temple. New Delhi: Voice of India.
  • Jain, Meenakshi (2013). Rama and Ayodhya. Delhi:Aryan Books International.