Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur (Jawi: مسجد جامع كوالا لومڤور) atau nama rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad (Jawi: مسجد جامع سلطان عبد الصمد) ialah sebuah masjid jamik di Kuala Lumpur. Ia pada asalnya telah dibina oleh pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.[1]

Masjid Jamek Kuala Lumpur
مسجد جامع كوالا لومڤور
Masjid Jamek di Kuala Lumpur
Maklumat am
Dibuka pada1909
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehMajlis Islam Kuala Lumpur
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Koordinat3°08′56″N 101°41′44″E / 3.148856°N 101.695627°E / 3.148856; 101.695627Koordinat: 3°08′56″N 101°41′44″E / 3.148856°N 101.695627°E / 3.148856; 101.695627
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat1
Bahan binaanSimen, konkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pembinaan sunting

Masjid ini dibina pada tahun 1909[2], ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.

Seni bina sunting

Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Pentadbir Inggeris adalah pihak yang mula membawa kubah di bangunan-bangunan di Malaysia. sumber inspirasi mereka ialah bangunan-bangunan Moghul di India. Maka muncullah masjid berkubah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Zahir Alor Star dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kemuncaknya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ibu pejabat KTM dan Stesen kereta api Kuala Lumpur.[3]

Masalah sunting

Masjid ini menjadi mangsa pembangunan infrastruktur Kuala Lumpur. Jabatan Perancang Bandar Kuala Lumpur meluluskan pelbagai bangunan dan struktur sehingga menghilangkan keindahan masjid ini. Akibatnya tiada lagi ruang untuk pembesaran dan tempat parkir kereta. Tandas juga tidak terurus dengan baik.

Masjid ini terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang. Pada 10 Jun 2007, Lantai Masjid Jamek dan sekitarnya tenggelam hampir 1 meter.Hujan lebat bermula 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam . Tanda ukur di Sungai Klang mencapai 30 kaki iaitu angka paling tinggi pada pengukur itu.Beberapa kereta dihanyutkan air ke pekarangan Masjid Jamek. Masalah banjir pernah melanda pada tahun 1926,1971 dan 2003 . [4]Dalam Masjid Jamek diselaputi lumpur dan sebuah tembok dinding sebelah kanan masjid runtuh akibat rempuhan arus deras air banjir.[5]Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Masjid Jamek juga ditutup hampir sejam.

Sungai Gombak yang bergabung dengan Sungai Batu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan cabang terbesar jika dibandingkan dengan cabang Sungai Klang yang menyusur di bawah stesen transit aliran ringan Masjid Jamek. Sungai Ampang bergabung dengan Sungai Klang. Hujan sekitar Selayang, Kepong, Jinjang, Gombak, Segambut, Sentul, Setapak dan Melawati hingga ke Jalan Ipoh dan Chow Kit akan melimpah sebagai banjir kilat di Masjid Jamek.[6]

Satu kubah bawang di bahagian tengah masjid ini pernah runtuh sekitar 1990-an. Kemudian ia diperbaiki semula. Solat masih diteruskan kerana tidak melibatkan semua kubah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu memantau kekotoran dan ketidakselesaan akibat golongan tertentu yang beristirehat dan baring-baring .[7]

Imam dan muhadin sunting

  • Imam:
    • Ustaz Hj. Muhammad bin Awang Besar (Chief Of Imams at Jamek Mosque from 1976-1995
    • Ustaz Hj. Abdul Halim bin Yatim (90an-kini)
    • Ustaz Mohd Zamri bin Shafie (2004-2013)
    • Ustaz Mohd Faisal bin Tan Mutallib (Imam Besar di Masjid Jamek sejak 2010–kini)
    • Ustaz Mohd Saiful Azhar (bekas Imam besar di Masjid Jamek)
    • Ustaz Mohd Hisyam (2012)
    • Ustaz Mohd Syukri (2012–kini)
    • Ustaz Ahmad Firdaus (2013 - 2014)
    • Ustaz Abdul Razak (Feb 2015)
  • Muhadin:
    • Ustaz Mohd Al-Shahqafi (2011-2012)
    • Ustaz Mohd Syukri (Disember 2011-Julai 2012)
    • Ustaz Nor Azaruddin bin Ahmad
    • Ustaz Mohd Izwan bin Sharif (sehingga November 2014)
    • Ustaz Mohd Hafiz (Sejak Julai 2012)
    • Ustaz Mohd Farhan (Sejak Jun 2013)
    • Ustaz Ahmad Sayuti (Sejak Feb 2015)

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-24. Dicapai pada 2021-08-30.
  2. ^ "Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-24. Dicapai pada 2021-08-30.
  3. ^ Utamakan senggaraan
  4. ^ "Banjir besar di KL". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-06-12.
  5. ^ Premis di Kuala Lumpur diselaputi selut
  6. ^ Jangan hairan SMART tidak berkesan
  7. ^ Kembalikan imej, kesucian masjid

Pautan luar sunting