Masjid Kampung Laut

masjid di Kelantan, Malaysia

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-13 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

Masjid Kampung Laut
مسجد کامڤوڠ لاءوت
Masjid Kampung Laut
Maklumat am
Cabang/mazhabSunah
Dibuka pada1349 (674tahun)
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamWan Mat Zin Bin Wan Yusoff 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-TPT-00207
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
JajahanKota Bharu
LokasiJalan Kuala Krai, Kampung Nilam Puri
Koordinat6°01′38″N 102°14′28″E / 6.027294°N 102.241121°E / 6.027294; 102.241121Koordinat: 6°01′38″N 102°14′28″E / 6.027294°N 102.241121°E / 6.027294; 102.241121
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Keluasan406 meter persegi
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Kampung Laut

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penamaan sunting

Masjid ini dinamakan sempena Kampung Laut, sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat, yang mana terletaknya lokasi asal masjid tersebut sebelum ianya dipindahkan ke tempat sekarang.[1]

Lokasi sunting

Masjid Kampung Laut terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah kampung dalam Jajahan Kota Bharu di Kelantan. Masjid ini terletak di Jalan Kuala Krai, berhadapan dengan kampus Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sejarah sunting

Terdapat dua sumber yang Kita boleh peroleh di sini.

Sumber yang Pertama :

Menurut Dr. Abdul Rahman Al -Ahmadi,Beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh pendakwah-pendakwah dari Champa. Mereka dikatakan berasal dari pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan membina tiga pusat Islam di negeri Kelantan.

Abd Rahman Al-Ahmadi mendakwa bahawa komponen binaan masjid itu telah dibawa bersama dalam misi pelayaran mereka untuk membina di tapak yang ditentukan. Dua daripada nya di Timur Pulau Jawa yang salah satunya dikenali dengan Masjid Agung Demak. Manakala Masjid Kampung Laut merupakan masjid pertama yang didirikan oleh mereka sebelum merekamendarat di Pulau Jawa. Dengan ini menjadikan masjid Kampung Laut merupakan masjid terawal yang telah dibangunkan berbanding Masjid Agung Demak dan sebagai masjid terawal di rantaunya.

Sumber yang kedua :

Menurut cerita penduduk Masjid ini juga dikatakan telah ada semenjak era zaman Sayyid Hussein Jamadil Kubra iaitu anak sulung kepada Amir al-Mu’azhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Shah Jalal), seorang pendakwah dari Deccan, India datang ke negeri Kelantan untuk menyebarkan Islam di situ pada tahun 1349 (Abad Ke-13). Pada ketika itu jugalah telah terbina sebuah masjid lama yang diberi nama masjid Kampung Laut pada tahun yang sama 1349 Masehi(674 tahun sehingga kini).

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki) iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal. .

Seni bina sunting

Masjid ini dibina dengan unsur seni bina Nusantara.[1] Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya ditukarkan kepada atap genting kerana atap genting lebih kukuh daripada atap rumbia

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :1 tidak disediakan

Pautan luar sunting