Masjid Negeri Perlis

masjid negeri di Perlis, Malaysia


Masjid Negeri Perlis' terletak di Arau, Perlis, Malaysia.

Masjid Negeri Perlis
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamMuridi Bin Mohamad 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-09-AR-00001
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
LokasiMasjid Negeri Perlis, 02600 Arau
Perlis
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Negeri Perlis

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Masjid Negeri Perlis dibina pada 1973 menggantikan Masjid Lama Arau.

Sejarah Masjid Lama Arau sunting

Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini. Bahagian tengah masjid diperbuat daripada batu manakala di bahagian lain kebanyakkannya diperbuat daripada kayu.

Bahan binaan Masjid Lama terdiri daripada batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur itik dan berbagai jenis manisan. Proses membina masjid ini mengambil masa yang agak lama. Oleh kerana pada masa tersebut simen belum ada di pasaran maka ia telah digantikan dengan pasir yang dicampur dengan kapur serta batu dan kemudiannya dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik. Telur ayam dan itik hanya akan diambil telur yang berwarna putih sahaja kerana putih telur dan manisan akan bertindak sebagai simen untuk meneguhkan pegangan antara batu-bata dan juga tanah liat.

Keluasan masjid pada ketika itu berukuran 60 kaki x 60 kaki persegi iaitu berbentuk empat segi tepat. Kecubung masjid tersebut adalah jenis kecubung besar yang berdinding kaca berwarna hijau. Manakala pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada zink tebal yang mempunyai bucu empat segi sementara tiangnya diperbuat daripada batu-bata dan tanah liat yang diadun dengan putih telur ayam dan telur itik. Pintu dan alang pula diperbuat daripada kayu yang teguh sementara lantai masjid yang pada awalnya berasal daripada tanah liat namun kemudiannya telah disimen oleh generasi baru.

Semasa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail , ruang beranda telah diperbesarkan di sekeliling masjid. Beberapa tahun kemudiannya pula dibuat lagi tambahan bangunan di sebelah kanan dan kiri masjid yang kelihatannya seperti bersayap bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.

Pada waktu malam akan dipasang lampu minyak tanah untuk menerangi masjid terutamanya pada bulan puasa dan ketika diadakan sebarang sambutan dan kenduri. Tikar mengkuang, tikar menerung atau tikar rumput dijadikan hamparan di dalam masjid. Air untuk mengambil wuduk akan diangkut oleh anak jemaah secara bergilir-gilir seminggu sekali dari sungai yang berhampiran iaitu Sungai Arau dan kemudian akan dituang ke dalam kolah air yang terletak bersebelahan masjid. Kerja-kerja membersih di dalam dan luar masjid pula diusahakan secara bergotong-royong oleh anak-anak jemaah masjid.

Semasa pemerintahan Raja Syed Putra Jamalullail, Masjid Lama Arau telah mengalami pelbagai perubahan. Atap masjid, lampu, tikar dan segala kelengkapan masjid telah ditukar dengan yang baru. Walau bagaimana pun, pada tahun 1973 Masjid Negeri telah dibina di tapak masjid yang ada sekarang menggantikan Masjid Lama Arau. Justeru itu, mulai tahun tersebut fungsi Masjid Lama Arau telah berpindah ke Masjid Negeri baru tersebut.

Kelengkapan sunting

Mimbar sunting

Semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail, Masjid Lama Arau telah diperbesarkan untuk menampung jumlah jemaah yang makin bertambah. Sejajar dengan itu, baginda turut menempah sebuah mimbar kayu (tempat Imam berkhutbah) yang dibuat di Pulau Pinang. Tukang yang bertanggungjawab untuk membuat mimbar ini ialah Haji Abdullah Buyung yang juga berasal dari Pulau Pinang . Mimbar ini siap sepenuhnya pada tahun 1905 M / 1322 H dan dibawa pulang ke Perlis melalui Sungai Tebing Tinggi ke Kangar. Kemudian, mimbar ini telah dibawa ke Arau dengan menggunakan kereta kuda.

Kini, mimbar tersebut telah berusia hampir seratus tahun dan ia masih digunakan hingga ke hari ini sebagai mimbar di Masjid Negeri, Arau.

Pengurusan Masjid Lama Arau sunting

Pentadbiran Masjid Lama Arau diketuai oleh seorang Kadzi dan juga seorang Penghulu Masjid yang bertanggungjawab mengarahkan kakitangannya yang terdiri daripada Imam, Bilal dan Siak. Pada tahun 1954, Tuan Syed Ahmad bin Syed Alwi telah dilantik menjadi Imam Masjid Lama Arau. Beliau telah bermuafakat menubuhkan Jawatankuasa Lembaga Masjid yang kemudiannya dinamakan Lembaga Kariah Masjid Arau seperti butiran berikut:

Jawatankuasa Lembaga Kariah Masjid pada 1954

PENGERUSI: Encik Abid bin Ismail SETIAUSAHA: Tuan Syed Ahmad bin Syed Alwi BENDAHARI: Tengku Adnan bin Tengku Yahya

Kampung-kampung di bawah Kariah Masjid Arau

1) Kampung Kebun 2) Kampung Utan Arau 3) Kampung Utan Kandis 4) Kampung Belukar 5) Kampung Belat Batu 6) Kampung Banat 7) Kampung Rani Estate 8) Kampung Bakong 9) Kampung Behor Mengkuang 10) Kampung Batas Liku 11) Kampung Tok Naya 12) Kampung Titi Besi

Senarai Imam

1) Haji Dahaman 2) Haji Ismail 3) Tuan Syed Ahmad bin Syed Alwi 4) Haji Hassan Ismail 5) Tuan Syed Ismail bin Syed Hussain 6) Haji Abdullah Jusoh 7) Encik Ahmad Muammad Adam 8) Encik Hashim bin Osman 9) Encik Zulkarnain bin Abidin 10) Encik Idris bin Yaakob 11) Encik Shahidan

Senarai bilal

1) Tok Mat 2) Lebai Pin 3) Haji Arshad 4) Haji Husin 5) Abdul Karim 6) Wan Husin 7) Abdul Karim 8) Abdul Wahab 9) Salehuddin 10) Zubir Abdullah 11) Ismail Hashim

Senarai Siak

1) Tok Lah Ngan ( Abdullah bin Yang ) 2) Osman bin Itam 3) Syed Sultan bin Syed Alam 4) Wan Mansur 5) Ismail bin Abdullah 6) Haji Abdullah Jusoh 7) Encik Ahmad Muammad Adam 8) Encik Hashim bin Osman 9) Encik Zulkarnain bin Abidin 10) Encik Idris bin Yaakob 11) Encik Shahidan

Rujukan sunting


Pautan luar sunting