Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

masjid negeri di Johor, Malaysia

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia.[1] Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

مسجد السلطان أبو بكر
Masjid Sultan Abu Bakar
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Besar Johor Baharu
Cabang/mazhabAhli Sunnah Wal Jamaah
Maklumat pentadbiran
Imam2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-01-JB-00001
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiMasjid Sultan Abu Bakar, Pusat Islam Iskandar Johor Jalan Masjid Abu Bakar
Laman sesawang
Masjid Sultan Abu Bakar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Koordinat: 1°27′25.04″N 103°45′3.79″E / 1.4569556°N 103.7510528°E / 1.4569556; 103.7510528

Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai Masjid Putih,Terengganu serta negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Datuk Yahya bin Awaluddin. Masjid ini juga merupa mercu yang memperbuktikan bahawa jurutera Melayu juga berkebolehan bina bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Tanah Arab di hujung kurun 19.

Bangunan berempat persegi dan dipengaru oleh ciri-ciri senibina Islam. Masjid ini berbujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Sultan Abu Bakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-12. Dicapai pada 2017-11-10.