Maszlee Malik

ahli politik Malaysia

Prof Dr. Maszlee Malik (Jawi: مزلي بن مالك; Cina: 马智礼; pinyin: Mǎzhìlǐ[1] lahir 19 Disember 1974) merupakan ahli politik Malaysia, Professor, pensyarah, penulis, intelektual awam dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia sejak Mac 2023.[2] Beliau juga seorang profesor di Fakulti Psikologi dan Sains Sosial di Universiti Cyberjaya sejak Mac 2023.[1] Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen (MP) Simpang Renggam dari Mei 2018 hingga November 2022.[3] Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga peletakan jawatannya pada Januari 2020[4] dan juga Presiden ke-7 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2018. Beliau merupakan ahli politik bebas, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), ketika itu parti komponen gabungan PH, dan kini Ahli Majlis Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).[2] Beliau pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 18 tahun dan telah menulis beberapa buku dan artikel di dalam negara dan luar negara.[5]


Maszlee Malik
مزلي بن مالک
马智礼

Ph.D (Universiti Durham) AP
Pengerusi, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia) Professor, University of Cyberjaya (UoC)
Memegang jawatan
7 April 2023
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih)
Dalam jawatan
2022–2022
Ketua PKR cabang Simpang Renggam
Memegang jawatan
2022
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Simpang Renggam, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Liang Teck Meng
Digantikan oleh Hasni Mohamad
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 3 Januari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Teo Nie Ching
Didahului oleh Mahdzir Khalid
Digantikan olehMohd Radzi Md Jidin
(Pendidikan)
Noraini Ahmad
(Pengajian Tinggi)
Butiran peribadi
Lahir (1974-12-19) 19 Disember 1974 (umur 49)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politik PPBM (12.03.2018 - 28.05.2020)
Bebas (28.05.2020 - 27.07.2021)
PKR (28.11.2021 - kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH (12.03.2016 - kini)
PasanganDr. Hamidah Mat
Anak-anak4
PendidikanPh.D (Sains Politik)
Alma materUniversiti Durham
PekerjaanAhli politik, Professor, Penulis, Intelektual Awam
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman web rasmimaszlee.com

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 19 Disember 1974. Beliau berketuruan Cina Hakka dari belah ibu dan Bugis dari belah bapa. Beliau bersekolah di English College (Sekarang Sultan Abu Bakar College) dan di sebuah Maahad di Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Al-Bayt Univesiti, Jordan dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Univrsiti Malaya, Malaysia. Beliau Berjaya mendapatkan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Univesity Durham; tajuk thesis beliau ialah, "Constructing the Architectonics and Formulating the Articulation of Islamic Governance: A Discursive Attempt in Islamic Epistemology".

Sebelum diundi sebagai Calon Rakyat, Maszlee Malik telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysai dan mendalami ilmu mengenai Islam dan juga Timur Tengah. Selain fasih dalama bertutur Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, Maslzee Malik juga boleh bertutur secara moderasi dalam Bahasa Perancis, Jerman, Cina Mandarin dan Hokkien.

Pendidikan sunting

Beliau telah berlajar di English College (Sekarang Sultan Abu Bakar College) dan di sebuah Maahad di Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Al-Bayt Univesiti, Jordan dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Univrsiti Malaya, Malaysia. Beliau Berjaya mendapatkan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Univesity Durham; tajuk thesis beliau ialah, "Constructing the Architectonics and Formulating the Articulation of Islamic Governance: A Discursive Attempt in Islamic Epistemology".

Sebelum diundi sebagai Calon Rakyat, Maszlee Malik telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysai dan mendalami ilmu mengenai Islam dan juga Timur Tengah. Selain fasih dalama bertutur Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, Maslzee Malik juga boleh bertutur secara moderasi dalam Bahasa Perancis, Jerman, Cina Mandarin dan Hokkien.

Penglibatan politik sunting

Maslee Malik mula berkecimpung dalam bidang polik dengan berdaftar sebagar ahli PKR, cawangan Ampang pada 2017. Bagaimanapun, beliau kemudiannya telah menyertai komponen lain Pakatan Harapan yang dikenali sebagai BERSATU pada Mac 2018 iaitu sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (GE14); dimana beliau telah bertanding dan berjaya mengalahkan penyandang Liang Teck Meng bagi Kawasan Simpang Renggam, Johor. Pada tanggal 18 Mei 2018, Maszlee Malik telah dilantik menjadi Menteri Pendidikan yang baru selepas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengosongkan jawatan itu hanya sehari selepas mengambilnya. Selepas berkhidmat selama 20 bulan, beliau telah menyerahkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020 kepada Perdana Menteri seperti yang diminta oleh beliau.

Keahlian beliau dalam BERSATU kemudiannya telah digugurkan pada Mei 2020 selepas kejatuhan Kerajaan PH; keputusan itu diambil setelah parti politik berkenaan membuat keputusan untuk meninggalkan PH selepas krisis politik berlaku yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton” pada tahun yang sama. Kemudiannya, beliau mula berkhidmat sebagai MP Bebas.  Setelah menjadi ahli bebas mesra-PH selama lebih setahun, Maszlee Malik kembali menyertai PKR dan PH pada November, 2021.

Pada tanggal 14 February 2022, beliau telah disahkan bakal bertanding bagi Kerusi Negeri Layang-Layang mewakili PH dan PKR pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022. Kerusi Negeri berkenaan berada di bawah Kerusi Persekutuan Simpang Renggam yang dipimpin Maszlee Malik. Walaubagaimanapun, beliau akhirnya kalah kepada penyandang dari parti politk UMNO, Abd. Mutalip Abd.Rahim.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[6][7][8]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 Simpang Renggam Maszlee Malik (BERSATU) 18,157 49.61% Liang Teck Meng (Gerakan) 14,682 40.11% 36,601 3,475 83.19%
Mohd Jubri Selamat (PAS) 2,983 8.15%
2022 Maszlee Malik (PKR) 16,491 37.37% Hasni Mohammad (UMNO) 18,312 41.49% 44,131 1,821 74.76%
Mohd Fazrul Kamat (PPBM) 9,077 20.57%
Kamal Kusmin (PEJUANG) 251 0.57%

Penglibatan pendidikan sunting

Pada November 2020, Maszlee menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan, Untuk Malaysia yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan pendidikan negara.[9] Pada Januari 2021, beliau melancarkan sebuah laman sesawang akses percuma khusus untuk warga pendidikan sekolah Malaysia yang memiliki kumpulan video subjek-subjek seperti dalam sukatan pelajaran negara.[10]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Taruh Banduan 237 Filem pendek berperanan watak antagonis
2022 Kudeta Jamal Banna Astro Ria Drama bersiri berperanan watak antagonis

Bibliografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 马智礼:任教长首要任务·让师生教学快乐 [Main task as Education minister - to make teachers and students' teaching happy] (dalam bahasa Cina). Sin Chew Daily. 19 Mei 2018. Dicapai pada 2018-09-25.
  2. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/04/07/maszlee-malik-appointed-chairman-of-islamic-think-tank/ Free Malaysia Today. 7 April 2023. Retrieved 7 April 2023.
  3. ^ https://www.malaysiakini.com/news/425675 18 May 2018.
  4. ^ "Senarai Menteri Pendidikan". MOE. Dicapai pada 4 September 2017.
  5. ^ "Dr Maszlee Malik menteri pelajaran baru". Malaysiakini.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ Joseph Kaos Jr (11 November 2020). "Maszlee launches education movement 'Untuk Malaysia'". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2021.
  10. ^ Akmal Hakim (2 Januari 2021). "Former Education Minister Launches Free Education Portal Accessible To Everyone" Check |url= value (bantuan). The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2021.

Pautan luar sunting