Mateo Pablo Musacchio (Sebutan Sepanyol: [maˈte.o muˈsakjo]; lahir 26 Ogos 1990) merupakan pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Itali, A.C. Milan.

Mateo Musacchio
Maklumat peribadi
Nama penuh Mateo Pablo Musacchio
Tarikh lahir (1990-08-26) 26 Ogos 1990 (umur 33)
Tempat lahir Rosario, Argentina
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 22
Kerjaya remaja
25 de Mayo
1999–2006 River Plate
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 River Plate 10 (0)
2009–2010 Villarreal B 22 (3)
2010–2017 Villarreal 189 (7)
2017– Milan 10 (0)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Argentina B17 15 (1)
2008–2010 Argentina B20 3 (0)
2011– Argentina 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Disember 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mac 2017

Beliau banyak menghabiskan kariernya di kelab Villarreal selepas beliau ditandatangani pada usia 19 tahun. Beliau seterusnya tampil dalam 249 perlawanan kompetitif dan menjaringkan tujuh gol sepanjang lapan musim bersama kelab Sepanyol itu.

Kerjaya kelab sunting

River Plate sunting

Beliau merupakan produk daripada akademi Club Atlético River Plate dan melakukan penampilan sulung untuk skuad senior ketika berusia 16 tahun pada musim 2006-07. Beliau seterusnya melakukan empat kemunculan pada musim tersebut..[2] Beliau ialah sebahagian daripada pasukan River Plate yang menjuarai Clausura pada tahun berikutnya tetapi beliau tidak tampil dalam sebarang perlawanan.

Villarreal sunting

Pada Ogos 2009, Musacchio melakukan perpindahan ke kelab Sepanyol, Villarreal CF. Seterusnya, beliau diserap ke dalam pasukan-B di divisyen kedua. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 5 September menentang Córdoba CF yang berkesudahan Villarreal tewas 1-3. Pada musim pertamanya di Sepanyol, pasukannya menduduki tangga ketujuh liga.

Pada 13 Februari 2010, selepas beliau berhenti menjadi pemain bukan-EU, Musacchio melakukan penampilan sulungnya di La Liga dengan beraksi selama 15 minit terakhir ketika menentang Athletic Bilbao yang berkesudahan skor 2-1 berpihak kepada Villarreal. Sejak itu, beliau dimasukkan ke dalam skuad senior Villarreal dan mengatasi pemain-pemain berpengalaman seperti Iván Marcano dan Gonzalo Javier Rodríguez bagi merebut posisi bek tengah.

Sepanjang tempohnya di Estadio El Madrigal, Musacchio bergelut dengan beberapa masalah kecederaan.

Milan sunting

Pada 30 Mei 2017, lapan hari selepas beliau berjaya lulus ujian perubatan,[3] Musacchio berpindah ke kelab Itali, A.C. Milan dan menandatangani kontrak empat tahun.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

Musacchio telah dipanggil buat pertama kali oleh pasukan kebangsaan Argentina pada Mei 2011. Semua pemain yang dipanggil oleh jurulatih Sergio Batista ialah pemain-pemain yang berusia bawah 25 tahun untuk perlawanan persahabatan menentang Nigeria dan Poland. Beliau melakukan penampilan sulungnya menentang Nigeria yang menyaksikan Argentina tewas 1-4 pada 2 Jun.

Kehidupan peribadi sunting

Datuk dan nenek sebelah bapa Musacchio merupakan orang asal Albania dan menjadi orang Arbëreshë yang berasal dari Portocannone yang terletak di bahagian Molise, Itali. Nama keluarga Musacchio berasal daripada Muzaka di Albania dan telah digunakan meluas oleh komuniti Albania di Itali.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 10 Disember 2017
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  River Plate 2006–07 5 0 0 0 5 0
2007–08 1 0 0 0 1 0
2008–09 4 0 0 0 1 0 5 0
Jumlah 10 0 0 0 1 0 11 0
  Villarreal 2009–10 7 0 0 0 1 0 8 0
2010–11 31 0 6 0 15 0 52 0
2011–12 30 0 2 0 7 0 39 0
2012–13 39 2 1 0 40 2
2013–14 32 1 3 0 35 1
2014–15 14 3 3 0 7 0 24 3
2015–16 13 1 3 0 5 0 21 1
2016–17 23 0 1 0 6 0 30 0
Jumlah 189 7 19 0 41 0 249 7
  Milan 2017-18 10 0 0 0 7 1 17 1
Jumlah kerjaya 209 7 19 0 49 1 277 8

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2011 2 0
2012 0 0
2013 0 0
2014 0 0
2015 1 0
2016 1 0
2017 2 0
Jumlah 6 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

River Plate

Catatan sunting

  1. ^ "Official: Musacchio is now red and black". A.C. Milan. 30 May 2017. Dicapai pada 30 May 2017.
  2. ^ River Plate Squad – Closing '07; at Argentine Soccer
  3. ^ "Mateo Musacchio undergoing his medicals". A.C. Milan. 22 May 2017. Dicapai pada 22 May 2017.
  4. ^ name=Milan

Pautan luar sunting