Matriks ketaksamaan pendapatan

Konsep ketaksamaan adalah jauh berbeza dengan kemiskinan[1] dan pengagihan saksama. Matriks ketaksamaan pendapatan atau Matriks pengagihan pendapatan digunakan oleh pakar sains sosial bagi mengukur pengagihan pendapatan, dan ketaksamaan ekonomi dikalangan peserta dalam ekonomi tertentu, seperti pada negara khusus atau dunia secara amnya. Ketika teori berlainan mungkin cuba untuk menjelaskan bagaimana ketaksamaan pendapatan timbul, matriks ketaksamaan pendapatan secara ringkas sekadar memberikan sistem ukuran yang digunakan bagi menentukan pengagihan pendapatan.

Pengagihan pendapatan sentiasa menjadi tupuan utama bagi teori ekonomi dan polisi ekonomi. Ekonomi klasik seperti Adam Smith, Thomas Malthus dan David Ricardo memberi tumpuan kepada faktor pengagihan pendapatan, ia itu, pengagihan pendapatan antara faktor pengeluaran utama, tanah, buruh dan modal. Ia sering berkait dengan pengagihan kekayaan sungguhpun fkator berasingan mempengaruhi ketaksamaan kekayaan.

Ekonomi moden turut menangani isu ini, tetapi lebih menumpukan kepada pengagihan pendapatan merentasi individual dan isi rumah. Teori penting dan polisi berkait termasuk hubungkait dengan ketaksamaan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Rencana ketaksamaan ekonomi membincangan aspek sosial dan polisi pada persoalan pengagihan pendapatan.

Takrifan pendapatan sunting

Kesemua matrik digambarkan di bawah boleh dipakai bagi menilai ketaksamaan pengagihan pelbagai sumber. Tumpuan di sini adalah pada pendapatan sebagai sumber. Oleh kerana terdapat pelbagai bentuk "pendapatan", jenis pendapatan yang dibincangkan perlu digambarkan dengan jelas.

Satu bentuk pendapatan adalah jumlah keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang diterima seseorang, dan ia tidak semestinya membabitkan wang atau tunai. Sekiranya petani sara diri di Uganda menanam bijirannya sendiri ia akan dikira sebagai pendapatan. Perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan umum juga dikira. Sering kali perbelanjaan atau penggunaan (yang adalah sama dari segi ekonomi) digunakan bagi mengukur pendapatan. Bank Dunia menggunakan apa yang dikenali sebagai "soal selidik pengukuran piwaian taraf hidup"[2] bagi mengukur pendapatan. Ini terdiri dari soal selidik dengan lebih 200 soalan. Kaji selidik juga telah disempurnakan di kebanyakan negara membangun.

Penggunaan analisa bagi ketaksamaan pendapatan dalam negara, "pendapatan" sering kali mewakili bagi cukai pendapatan setiap individual atau setiap rumah. Di sini ukuran ketaksamaan pendapatan juga boleh digunakan bagi membandingkan pengagihan pendapatan sebelum dan selepas cukai bagi mengukur keberkesanan kadar cukai berterusan.

Ciri-ciri metriks ketaksamaan sunting

Dalam penulisan ekonomi bagi ketaksamaan empat ciri biasanya disiratan bahawa sebarang ukuran ketaksamaan perlu memenuhi:

Ketanpanamaan sunting

Nota sunting

  1. ^ Bagi kemiskinan lihat matriks Foster Greer Thorbecke.
  2. ^ Living Standard Measurement Surveys: http://www.worldbank.org/lsms/

Kesusteraan sunting

  • Yoram Amiel (Author), Frank A. Cowell: Thinking about Inequality: Personal Judgment and Income Distributions, 2000
  • Philip B. Coulter: Measuring Inequality, 1989

Pautan luar sunting