Matu (dikenali juga sebagai Mato dalam sebutan dialek Melanau Matu) adalah salah sebuah Daerah dalam Pentadbiran Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Daerah Matu sebelum ini merupakan sebuah Daaerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Daro sehinggalah diisytiharkan sebagai sebuah daerah penuh pada 5 Mei 1991.

Pada 1 Mac 2002, Bahagian Mukah telah diwujudkan menjadikan bahagian mukah bahagian kesepuluh dalam Sarawak manakala Pentabdiran Daerah Matu yang sebelum ini ditadbir dibawah pentadbiran bahagian sarikei telah dipindahkan dibawah pentadbiran Bahagian Mukah.

Terdapat lebih dari 20 kampung dalam daerah Matu, seperti Kampung Jemoreng, Kampung Tian, Kampung Bawang, Kampung Sekaan Kecil, Kampung Terusan, Kampung Loba Balu, Kampung Sekaan, Kampung Sok, Kampung Bertong, Kampung Pergau, Kampung Bruan Besar, Kampung Bruan Kecil, Kampung Halud, Kampung Kuala Matu, Kampung Pasar Baru dan Kampung Pasar Lama.

Pusat pentadbiran Daerah Matu terletak di Sekaan menempatkan Pejabat-Pejabat Agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bagi memudahkan penduduk daerah matu berurusan dengan pihak kerajaan.

Pekan terhampir dengan Matu ialah Daro dengan jarak perjalanan darat lebih kurang 24 kilometer. Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) yang terletak di Matu merupakan mercu tanda dan bangunan terbesar di Matu. Sekolah Menengah Kebangsaan Matu pula terkenal dengan ciri fizikalnya yang mana semua bangunannya dihubungkan dengan jambatan panjang yang dibuat dari kayu berlian.

Pautan luar sunting