Mauricio Isla

Chilean footballer

Mauricio Aníbal Isla (lahir 12 Jun 1988) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk kelab Cagliari dan pasukan kebangsaan Chile. Beliau bermain di posisi sayap.

Mauricio Isla
Mauricio Isla
Maklumat peribadi
Nama penuh Mauricio Aníbal Isla
Tarikh lahir (1988-06-12) 12 Jun 1988 (umur 35)
Tempat lahir Buin, Chile
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Sayap / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Cagliari
Nombor 3
Kerjaya remaja
1999–2007 Universidad Católica
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2012 Udinese 127 (6)
2012–2016 Juventus 30 (0)
2014–2015Queens Park Rangers (loan) 26 (0)
2015–2016Marseille (loan) 23 (2)
2016– Cagliari 26 (1)
Pasukan kebangsaan
2007 Chile B20 16 (2)
2008– Chile 90 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Mac 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Jun 2017

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Isla bermain untuk akademi Universidad Católica pada 1999 di posisi penyerang. Walau bagaimanapun, disebabkan ketinggiannya beliau diubah posisi ke pertahanan.

Udinese sunting

Isla bermain dengan baik pada aksi Piala Dunia B-20 FIFA 2007 di Kanada dan ditandatangani oleh Udinese dengan kontrak lima tahun. Isla membuat debut pada 19 Disember 2007 menentang Palermo pada Coppa Italia. Pada 8 Mac 2008, Isla bermain pada perlawanan pertama menetang Palermo, seri 1-1. Beliau dibenarkan bermain di posisi sayap kanan pada formasi 3–5–2 pada kempen Serie A 2010-11 ketika Dušan Basta mengalami kecederaan. Pada musim itu, beliau membantu Udinese di tempat keempat dan berjaya layak ke pusingan play-off Liga Juara-Juara musim hadapan.

Juventus sunting

Pada 15 Jun 2012, Juventus mengumumkan bahawa Isla telah melepasi ujian kesihatan dan sertai kelab itu ketika bermulanya musim 2012-13. Ketika perpindahannya ke Juventus, Isla berkata impiannya menjadi bernar apabila dapat bertemu dengan rakan senegara, Arturo Vidal.

Queens Park Rangers sunting

Pada 6 Ogos 2014, Isla dipinjam ke kelab Queens Park Rangers (QPR) untuk musim 2014-15 dengan bayaran yang dilaporkan 8 juta euro. Isla juga bertemu rakan rapatnya di Chile, Eduardo Vargas. Beliau membuat debut menentang untuk QPR menentang Tottenham Hotspur.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Isla bermain untuk Chile ketika aksi persahabatan menentang Sepanyol pada 2013

Jurulatih baru Chile, Marcelo Bielsa memanggil Isla ketika berusia 19 tahun pada September 2007 untuk perlawanan persahabatan menentang Switzerland. Beliau juga dipanggil pada perlawanan persahabatan seterusnya menentang Israel. Beliau membuat debut untuk Chile pada Mac 2009 ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menenntang Peru. Isla dibuang padang pada 33 minit perlawanan selepas dilayangkan kad kuning kedua menentang Uruguay. Beliau juga bermain kesemua perlawanna Chile di Piala Dunia 2010.

Beliau bermain 3 daripada 4 perlawanan di Copa América 2011 dan juga bermain 13 daripada 16 perlawanan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Beliau juga bermain kesemua perlawanan Chile di Piala Dunia 2014 di Brazil.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
7 September 2010 Kiev, Ukraine   Ukraine
1–1
2–1
Persahabatan
2
2 September 2011 San Gallo, Switzerland   Sepanyol
0–1
3-2
Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Juventus

Pautan luar sunting