Mauro Emanuel Icardi (lahir 19 Februari 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi penyerang dan menjadi kapten untuk kelab Galatasaray dan pasukan kebangsaan Argentina.

Mauro Icardi
Maklumat peribadi
Nama penuh Mauro Emanuel Icardi
Tarikh lahir (1993-02-19) 19 Februari 1993 (umur 31)
Tempat lahir Rosario, Argentina
Ketinggian 181 cm (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Galatasaray
Nombor 9
Kerjaya remaja
2002–2008 Vecindario
2008–2011 Barcelona
2011–2012 Sampdoria
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2013 Sampdoria 33 (11)
2013–2020 Inter Milan 188 (111)
2019–2020Paris Saint-Germain (pinjam) 20 (12)
2020–2023 Paris Saint-Germain 44 (11)
2022–2023Galatasaray (pinjam) 24 (22)
2023– Galatasaray 6 (7)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Argentina B20 5 (3)
2013– Argentina 8 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2018

Beliau memulakan kariernya di kelab remaja Barcelona sebelum berpindah ke Sampdoria. Ketika musim 2014–15, beliau mendapat gelaran Capocannoniere, anugerah yang diberikan kepada penjaring terbanyak di Serie A. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Argentina pada 2013.

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Icardi telah dilahirkan di Rosario, Argentina dan beliau berpindah ke Kepulauan Canary di Sepanyol semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya di Vecindario di Gran Canaria dan beliau hampir menjaringkan 500 gol dalam kategori remaja.

Pada 2007, beliau menjadi rebutan kelab Barcelona dan Real Madrid selepas tawaran dari kelab Valencia, Sevilla, Espanyol, Deportivo La Coruña, Arsenal dan Liverpool ditolak. Barcelona berjaya mengikat Icardi dan menandatanganinya dalam kontrak sehingga tahun 2013.[1]

Icardi sertai kelab Catalan itu pada permulaan musim 2008-09 dan beliau memasuki pasukan bawah-17. Beliau menyertai pasukan bawah-19 pada musim berikutnya sebelum dipinjamkan ke Sampdoria pada Januari 2011. Icardi kemudian menyatakan meninggalkan Barcelona bukannya keputusan yang teruk dan beliau membuat keputusan untuk berpindah dari kelab Catalan itu.[2]

Sampdoria sunting

Pada 11 Januari 2011, Sampdoria mengesahkan bahawa Icardi telah menandatangani kontrak baharu.[3] Sampdoria kemudian mengikat Icardi sebanyak 400 ribu euro pada Julai 2011 dan Icardi menandatangani kontrak tiga tahun.[4][5]

Pada 12 Mei 2012, beliau membuat debut untuk Sampdoria pada perlawanan menentang Juve Stabia selepas menggantikan Bruno Fornaroli pada minit ke-75 perlawanan. 10 minit kemudian, Icardi menjaringkan gol pertamanya untuk membantu Sampdoria menang 2-1.[6]

 
Icardi bersama Sampdoria.

Pada 26 September 2012, beliau membuat debut di Serie A untuk Sampdoria ketika menentang Roma. Beliau mengggantikan Marcelo Estigarribia pada minit ke-49.[7] Pada 12 November, Icardi menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika menentang Genoa dan Sampdoria menang 2-1.[8] Pada 6 Januari 2013, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus dan akhirnya Sampdoria menang 2-1 di tempat lawan.[9] Pada 27 Januari 2013, beliau menjaringkan empat gol untuk membantu pasukannya membelasah pasukan Pescara, 6-0 dan memberikan kelebihan kepada Sampdoria daripada zon penyingkiran.[10] Pada 18 Mei, ketika perlawanan terakhir musim musim 2012–13, Icardi menjaringkan gol sekali lagi ketika menentang Juventus dan Sampdoria berjaya sekali lagi menewaskan juara Itali itu, 3-2 di laman sendiri.[11]

Inter sunting

Pada lewat April, Inter Milan mengumumkan Icardi akan sertai kelab itu sebelum musim 2013–14. Icardi diikat Inter dengan bayaran sekitar 11.7 juta euro.[12] Rundingan itu kemudian disahkan oleh Sampdoria.[13] Icardi secara rasminya menjadi pemain Inter pada 16 Julai bersama penyerang Algeria, Ishak Belfodil.[14] Icardi berkata perpindahan ke Inter ibarat "impian menjadi kenyataan",[15] dan tambahnya lagi, "saya dapat menerima banyak tawaran, tetapi saya tetap memilih Inter".[16]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter pada perlawanan persahabatan pramusim menentang kelab Jerman, Hamburger SV.[17]

Musim 2013–14 sunting

Pada 25 Ogos 2013, Icardi membuat debut rasmi untuk Inter sebagai pemain gantian pada perlawanan liga menentang Genoa, Inter menang 2-0.[18] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 14 September ketika beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73 menentang Juentus di San Siro.[19]

Akibat mengalami kecederaan, Icardi banyak terlepas perlawanan pada separuh pertama musim[20] dan beliau kembali ke pasukan pada bulan Februari 2014. Pada 14 Februari 2014, Icardi kembali selepas empat bulan bergelut kecederaan pada perlawanan menentang Fiorentina. Icardi menjaringkan gol kemenangan selepas 10 minit masuk ke padang.[21] Beliau kemudian bertembung dengan kelab lamanya, Sampdoria.[22] Sebelum perlawanan bermula, beliau dicemuh oleh penyokong lawan tetapi beliau membuatkan penyokong terdiam pada minit ke-13, apabila beliau menjaringkan gol hasil hantaran Palacio.[23]

Pada 10 Mei 2014, Javier Zanetti bermain untuk perlawanan kali terakhirnya di San Siro menentang Lazio dan Inter menang 4-1 untuk menempah slot ke pusingan play-off Liga Europa musim hadapan. Icardi menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-37 selepas hantaran baik oleh Kovačić dan kemudian Icardi meraikan golnya bersama Zanetti.[24] Beliau menamatkan musim 2013-14 dengan bermain 23 perlawanan semua kejohanan dan beliau telah menjaringkan 9 gol dan secara puratanya beliau menjaringkan satu gol setiap 145 minit.

2014–15 sunting

 
Icardi bermain untuk Inter pada 2014

Pada 20 Ogos 2014, Icardi menjaringkan gol pertamanya pada musim ini ketika menentang kelab Iceland, Stjarnan pada perlawanan pertama pusingan play-off Liga Europa, Inter menang 3-0.[25] Gol ini merupakan gol pertama Icardi dalam perlawanan Eropah pertamanya. Pada perlawanan timbang balik, beliau menjadi pemain gantian menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 6-0 di San Siro dengan agregat 9-0.[26]

Ketika perlawanan kedua liga pada 15 Septemer, beliau menjaringkan hatrik pertamanya di Serie A dengan membelasah Sassuolo 7-0.[27] 10 hari kemudian, Icardi mengalami kecedeaan pada minit ke-24 perlawanan ketika menentang Atalanta dan perlawanan berkesudahan Inter menang 2-0.[28] Pada 26 Oktober, Icardi kembali semula dan menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Cesena di tempat lawan.[29] Beliau sekali lagi menjaringkan penalti pada minit ke-90 menentang Sampdoria.[30]

Pada 9 November, Icardi menjaringkan dua gol selepas dua hantaran oleh Palacio berhasil pada perlawanan seri 2-2 menentang Hellas Verona di San Siro.[31] Keputusan seri ini menyebabkan pemecatan jurulatih Walter Mazzarri dan digantikan oleh pengurus lama Inter, Roberto Mancini.[32] Pada 6 Januari tahun berikutnya, Icardi menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika seri 1-1 bertemu Juventus di tempat lawan.[33] Ketika perlawanan, Icardi mengahadapi konflik dengan rakan sepasukan, Pablo Osvaldo yang marah kepadanya selepas Icardi hendak cuba menyepak ke arah gawang lawan namun sebaliknya membuat hantaran kepada rakan lain yang berada di posisi lebih baik untuk menjaringkan gol.[34] Akibat peristiwa ini, Osvaldo meninggalkan Inter pada penghujung Januari.[35]

Pada perlawanan menentang Sassuolo, Inter tewas 1-3 dan Icardi menjaringkan gol tunggal pasukannya selepas kesilapan di barisan Sassuolo. Selepas perlawanan itu, beliau bersama Fredy Guarín mengahadapi konflik dengan peminat di Stadium Mapei. Peminat meluhakan rasa hina kepada Icadi dan Guarin.[36] Pada 7 Februari, Icardi menjaringkan dua gol ketika menentang Palermo namun beliau tidak meraikan golnya, Inter menang 3-0.[37] Selepas perlawanan, Icardi memberitahu media bahawa alasan beliau tidak meraikan golnya adalah kerana bukan konflik dengan peminat namun gagal untuk mencari jalan untuk memperbaharui kontrak dengan direktor kelab. Beliau kemudian dikritik oleh Mancini oleh kerana tidak raikan.[38]

Pada 11 April, Icardi menjaringkan gol untuk menang 3-0 ke atas Hellas Verona di tempat lawan dan membantu Inter untuk menang buat kali pertama selepas enam perlawanan berturut-turut.[39] Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan terakhir musim dengan menang 4-3 ke atas Empoli dan menamatkan musim ini dengan menjadi Capocannoniere iaitu penjaring terbanyak Serie A bersama 22 gol dan anugerah ini dikongsi bintang Hellas Verona, Luca Toni.[40] Walaupun Inter gagal untuk layak ke kejohanan Eropah buat pertama kali sejak 1999, aksi Icardi menjadi tarikan kelab luar, walau bagaimanapun beliau menandatangani kontrak baru iaitu selama empat tahun pada penghujung musim.[41]

2015–16: Kapten sunting

Sebelum bermulanya musim 2015-16, Inter mmengumumkan Icardi sebagai kapten pasukan yang baharu selepas menggantikan Andrea Ranocchia yang kehilangan status kapten akibat aksi hambar pada musim 2014-15.[42] Pada perlawanan pertamanya sebagai ketua pasukan, beliau digantikan oleh Stevan Jovetić selepas 15 minit, yang menjaringkan gol kemenangan pada tiga minit masa tambahan.[43] Selepas penelitian, Icardi mengalami kecederaan paha dan beliau terlepas perlawanan liga berikutnya menentang Carpi.[44] Beliau kembali semula pada 13 September ketika menentang musuh setempat, Milan, Inter menang 1-0. Seminggu kemudian, beliau menjaringkan gol keitka menentang Chievo Verona dan membantu Inter meraih kemenangan keempat berturut-turut.[45][46] Pada 27 September, Icardi sekali lagi dalam senarai penjaring namun kali ini tewwas 1-4 kepada Fiorentina menamatkan rekod tanpa kalah Inter untuk musim 2015-16.[47]

Sebulan kemudian iaitu pada 28 Oktober, berikut kemenangan 1-0 ke atas Bologna di tempat lawan dan Icardi hanya menjaringkan gol tunggal perlawanan,[48] Icardi merungut kekurangan servisnya untuk pasukan itu. Icardi memberitahu media bahawa "Dalam sepuluh perlawanan saya menerima empat peluang untuk menjaringkan gol dan saya ambil tiga daripadanya. Saya rasa ia purata yang bagus."[49] Selepas itu, beliau hanya duduk di bangku simpnan pada perlawanan berikutnya menentang Roma, dan Inter menang 1–0.[50] Selepas perlawanan itu, pengurus Roberto Mancini berkata meletakkan Icardi di bangku simpanan merupakan "keputusan taktikal" dan tambahnya lagi, Icardi perlu meningkatkan permainananya.[51][52] Beliau kembali ke sebelasan utama pada perlawanan liga berikutnya menentang Torino dan Inte menang 1-0.[53]

Pada 22 November, Icardi bermain pada perlawanan Serie Anya ke-100 dan beliau menjaringkan gol menentang Frosinone, Inter menang 4-0 dan keputusan itu memaparkan pasukannya meraih kemenangan terbesar pada musim ini.[54] Pada perlawanan terakhir Inter untuk tahun 2015, gol Icardi tidak cukup untuk menghalang Lazio menang 2-1 di San Siro,.[55] Pada penghujung tahun, Icardi berada di kedudukan ke-82 pemain bola sepak terbaik dunia oleh akhbar Inggeris, The Guardian.[56]

Pada 6 January 2016, Icardi menyudahkan hantaran Ivan Perišić untuk membantu Inter menang 1-0 ke atas Empoli di tempat lawan dan meletakkan Inter di tangga teratas Serie A.[57] Sebulan kemudian iaitu pada 3 Februari, Icardi menjaringkan gol ke-50nya untuk Inter dalam semua kejohanan pda perlawanan menentang Chievo dan Inter mendapatkan kemenangan pertamanya selepas empat perlawanan berturut-turut.[58][59] Pada Februari 2016, sesetengah akhbar melaporkan Inter telah menolak bidaan 30 juta euro oleh kelab Manchester United untuk mendapatkan Icardi.[60][61][62] Pada 9 April, beliau menjaringkan gol ke-50nya di Serie A ketika menang 1-0 menentang Frosinone di tempat lawan.[63]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada Ogos 2012, Icardi membuat debut untuk pasukan bawah-20 Argentina menentang Jerman.

Pada Februari 2013, Icardi menyatakan hasratnya untuk mewakili pasukan kebangsaan Argentina dengan berkata, "Saya orang Argentina, dan saya berhasrat untuk menyarung pakaian negara saya. Untuk benar-benar berbuat demikian menjadi maksimum bagi diri saya."[64]

Pada 15 Oktober 2013, beliau membuat debut untuk pasukan senior dengan menggantikan Augusto Fernández pada minit ke-82 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Uruguay, Argentina tewas 2-3.[65]

Statistik sunting

Sehingga 21 January 2016[66]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2013 1 0
Total 1 0

Statitik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 7 Mei 2016.[67][68]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Sampdoria 2011–12 2 1 0 0 2 1
2012–13 31 10 0 0 31 10
Jumlah 33 11 0 0 33 11
  Internazionale 2013–14 22 9 1 0 23 9
2014–15 36 22 2 1 10[a] 4 48 27
2015–16 29 16 1 0 30 16
Jumlah 88 47 4 1 10 4 102 52
Jumlah kerjaya 121 58 4 1 10 4 135 63
  1. ^ Semua penampilan di Liga Europa.

Penghargaan sunting

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ Barcelona compró a un argentino de 14 años (Barcelona buy a 14 year-old Argentine); Clarín, 17 July 2008 (Sepanyol)
  2. ^ "Inter-bound Icardi: I don't regret leaving Barcelona". Goal.com. 10 June 2013. Dicapai pada 16 July 2013.
  3. ^ name="a">Mauro Icardi seguirá en la Sampdoria (Mauro Icardi will continue at Sampdoria); Sport, 16 July 2011 (Sepanyol)
  4. ^ name="a"
  5. ^ Sampdoria use the option to buy Mauro Icardi; Total Barça, 17 July 2011
  6. ^ Mauro Icardi debuta y marca con el primer equipo de la Sampdoria (Mauro Icardi debuts and scores with Sampdoria's first team); Air Futbol, 15 May 2012 (Sepanyol)
  7. ^ "Roma vs. Sampdoria 1 – 1". Soccerway. 26 September 2012. Dicapai pada 24 August 2015.
  8. ^ "Sampdoria vs. Genoa 3 – 1". Soccerway. 18 November 2012. Dicapai pada 24 August 2015.
  9. ^ Sampdoria's Mauro Icardi comes of age to stun Juventus in week of upsets; Paolo Bandini, Guardian Football, 7 January 2013
  10. ^ "Sampdoria 6–0 US Pescara". ESPNFC. 27 January 2013.
  11. ^ "Sampdoria vs. Juventus 3 – 2". Soccerway. 18 May 2013. Dicapai pada 24 August 2015.
  12. ^ "Inter Milan announce swoop for quintet". ESPN FC. 25 April 2013.
  13. ^ "Sampdoria confirm Mauro Icardi will join Inter Milan this summer". Sky Sports. 14 May 2013.
  14. ^ Mike Whittaker (16 July 2013). "Introducing Belfodil and Icardi". ESPN FC. Dicapai pada 13 April 2016.
  15. ^ name="ESPN"
  16. ^ name="ESPN FC">Christopher Hansson (16 July 2013). "Icardi: "I only wanted to join Inter, I will do all I can to keep improving"". Sempre Inter. Dicapai pada 13 April 2016.
  17. ^ "Mauro Icardi delighted to score first Inter Milan goal". Tribal Football. 28 July 2013. Dicapai pada 12 August 2013.
  18. ^ "Inter 2–0 Genoa". Football Italia. 25 August 2013. Dicapai pada 22 April 2014.
  19. ^ "Inter 1–1 Juventus". Football Italia. 14 September 2013. Dicapai pada 22 April 2014.
  20. ^ "Icardi hoping for dream Milan derby debut". Goal.com. 19 December 2013. Dicapai pada 28 December 2013.
  21. ^ "Fiorentina 1–2 Inter Milan". BBC Sport. 14 February 2014. Dicapai pada 24 August 2015.
  22. ^ "Sampdoria vs. Internazionale 0 – 4". Soccerway. 13 April 2014. Dicapai pada 24 August 2015.
  23. ^ "Sampdoria 0-4 Inter: Icardi strikes twice to thrash former side". Goal.com. 13 April 2014. Dicapai pada 24 August 2015.
  24. ^ "Inter 4-1 Lazio". inter.it. Dicapai pada 13 May 2014.
  25. ^ "Inter Milan Defeat Stjarnan 3-0". Iceland Review. 20 August 2014. Dicapai pada 25 August 2015.
  26. ^ "Europa League round-up: Inter Milan through easily but Real Sociedad shocked". Daily Mail. 28 August 2014. Dicapai pada 25 August 2015.
  27. ^ "Inter repeat 7-0 Sassuolo thrashing as Milan edge nine-goal Parma thriller". The Guardian. 25 August 2015. Dicapai pada 14 September 2014.
  28. ^ "Internazionale vs. Atalanta 2 – 0". Soccerway. 24 September 2014. Dicapai pada 25 August 2015.
  29. ^ "Cesena 0 - 1 Inter Milan : Inter Milan edge past Cesena". Sport195. 26 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-30. Dicapai pada 26 October 2014.
  30. ^ "Internazionale vs. Sampdoria 1 – 0". Soccerway. 29 October 2014. Dicapai pada 25 August 2015.
  31. ^ "Internazionale vs. Hellas Verona 2 – 2". Soccerway. 9 November 2014. Dicapai pada 25 August 2015.
  32. ^ "FC INTERNAZIONALE CLUB STATEMENT". FC Internazionale Milano. 14 November 2014. Dicapai pada 14 November 2014.
  33. ^ "Juventus 1–1 Inter Milan". BBC Sport. 6 January 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  34. ^ "Dani Osvaldo tries to fight Inter Milan teammate Mauro Icardi during Serie A draw against Juventus". Metro.co.uk. 6 January 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  35. ^ Jones, Simon (21 January 2015). "Dani Osvaldo offered to QPR after Southampton outcast goes AWOL during loan spell at Inter Milan". Daily Mail. Dicapai pada 23 January 2015.
  36. ^ "Fans throw Icardi and Guarín's shirt back at them!". Marca. 1 February 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  37. ^ "Inter 3-0 Palermo: Icardi At The Double". Forza Italian Football. 7 February 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  38. ^ "Mauro Icardi criticised by Mancini for not celebrating with Inter Milan fans". ESPN.FC. 9 February 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  39. ^ "Hellas Verona 0-3 Inter: Handanovic the hero after Icardi and Palacio strike". Goal.com. 11 April 2015. Dicapai pada 25 August 2015.
  40. ^ name=top>"Luca Toni: Hellas Verona striker shares Serie A golden boot at 38". BBC Sport. 31 May 2015. Dicapai pada 1 June 2015.
  41. ^ "Icardi pens Inter extension". FourFourTwo. 3 June 2015. Dicapai pada 3 June 2015.
  42. ^ "Icardi starts with the captains armband". Sepmpre Inter. 23 August 2015. Dicapai pada 22 September 2015.
  43. ^ Banerjee, Rohan (23 August 2015). "Inter Milan 1-0 Atalanta: Manchester City flop Stevan Jovetic marks San Siro debut with last-minute wonder strike". Daily Mail. Dicapai pada 24 August 2015.
  44. ^ "Inter forward not included in squad to face Carpi". Forza Italian Football. 29 August 2015. Dicapai pada 22 September 2015.
  45. ^ "Inter Milan 1-0 AC Milan: Fredy Guarin proves the difference for Roberto Mancini's men as substitute Mario Balotelli twice comes close to long-range equalisers". Daily Mail. 13 September 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  46. ^ "Chievo 0-1 Inter: Icardi gives Nerazzurri four wins in four". Goal.com. 20 September 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  47. ^ "Inter Milan 1–4 Fiorentina". BBC Sport. 27 September 2015. Dicapai pada 30 September 2015.
  48. ^ "Bologna 0-1 Inter". inter.it. 28 October 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  49. ^ "Inter's Icardi fires back despite lack of service". Gazzetta World. 28 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 21 January 2016.
  50. ^ "Inter 1 – 0 Roma". Football Italia. 31 October 2015. Dicapai pada 31 October 2015.
  51. ^ "Mancini insists dropping Icardi a tactical decision". Goal.com. 31 October 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  52. ^ "Mancini: 'Icardi a tactical choice'". Football Italia. 31 October 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  53. ^ "Torino 0-1 Inter: Kondogbia's First Nerazzurri Goal Makes The Difference". Forza Italian Football. 8 November 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  54. ^ "Inter 4-0 Frosinone: Mancini's men go top with simple win". Goal.com. 22 November 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  55. ^ "Inter 1–2 Lazio". inter.it. 20 December 2015. Dicapai pada 21 January 2016.
  56. ^ "The 100 best footballers in the world 2015 – interactive". The Guardian. 21 December 2015. Dicapai pada 29 January 2016.
  57. ^ "Empoli 0-1 Inter Milan". BBC Sport. 6 January 2016. Dicapai pada 6 January 2016.
  58. ^ "Mauro Icardi scores crucial goal as Inter get deserved 1-0 win vs. Chievo". BBC Sport. 3 February 2016. Dicapai pada 4 February 2016.
  59. ^ "Inter 1-0 Chievo: Icardi on target as Nerazzurri return to winning ways". Goal.com. 3 February 2016. Dicapai pada 4 February 2016.
  60. ^ "Manchester United transfer news: Inter Milan reject bid for Mauro Icardi". Squawka.com. 6 February 2016. Dicapai pada 8 February 2016.
  61. ^ Justin Powell (7 February 2016). "Inter Milan blocks Man. Utd's Icardi bid". 366football.com. Dicapai pada 8 February 2016.
  62. ^ Aaron Flanagan (7 February 2016). "Manchester United transfer news and rumours: Inter Milan knocked back United's £23m striker bid in January". Mirror.co.uk. Dicapai pada 8 February 2016.
  63. ^ "Mauro Icardi hits timely 50th Serie A goal for Inter". The Peninsula Qatar. 9 April 2016. Dicapai pada 10 April 2016.
  64. ^ "Striker Icardi: I want to play for Argentina". ESPN. 20 February 2013. Dicapai pada 6 August 2013.
  65. ^ "Uruguay 3–2 Argentina: Enthralling win not enough for Oscar Tabarez's team". Goal.com. 15 October 2013. Dicapai pada 22 April 2014.
  66. ^ (Inggeris) Icardi Profil Mauro Icardi di National-Football-Teams.com
  67. ^ Biodata Mauro Icardi di Soccerway
  68. ^ "Mauro Icardi". inter.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-29. Dicapai pada 9 February 2015.
  69. ^ name=top

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Andrea Ranocchia
Kapten pasukan Inter
2015–kini
Pemegang jawatan kini