Maut Hitam

pandemik di Eurasia pada abad ke-14

Maut Hitam atau Plag Hitam ialah pandemik yang paling teruk dalam sejarah manusia. Ia bermula di Asia barat daya dan merebak ke Eropah pada awal dekad 1340-an. Jumlah kematian di seluruh dunia akibat pandemik ini dianggarkan sebanyak 75 hingga 200 juta orang, termasuk antara satu pertiga hingga dua pertiga jumlah penduduk Eropah.[1][2]

Maut Hitam
Penyebaran Maut Hitam di Eropah dan Timur Dekat (1346–1353)
Penyebaran Maut Hitam di Eropah dan Timur Dekat (1346–1353)
PenyakitBubonic plague
LokasiSeluruh dunia
Tarikh1346–1353
Kematian
75,000,000 – 200,000,000 (Anggaran)
Ilustrasi Maut Hitam daripada kitab Bible Toggenburg (1411).

Penyakit yang sama ini dipercayai kembali ke Eropah setiap generasi dengan jumlah kematian yang berbeza-beza sehingga dekad 1700-an. Cetusan-cetusan kemudian yang terkenal termasuk:

Terdapat setakat perbalahan tentang identiti penyakit ini tetapi dari segi getirnya, ia kelihatan hilang dari Eropah pada abad ke-18.

Ilustrasi daripada salinan Si Decameron, k.k. 1492, Venice.

Maut Hitam mempunyai kesan yang amat teruk kepada penduduk-penduduk Eropah, dengan struktur sosial sejarah mereka berubah muktamad. Ia juga merupakan suatu tamparan kepada Gereja Roman Katolik, institusi agama yang terutama di Eropah ketika itu, dan mengakibatkan penyeksaan besar-besaran terhadap kaum-kaum minoriti seperti orang Yahudi, Islam, orang asing, pengemis, dan penyakit kusta. Kehidupan harian yang tidak menentu mencipta suatu suasana yang mengerikan yang mengakibatkan orang-orang "hidup dari saat ke saat", sebagaimana yang digambarkan oleh Giovanni Boccaccio dalam lukisannya, Si Decameron (1353).

Peristiwa yang berlaku di Eropah pada awal abad ke-14 dipanggil 'Mortaliti Agung' oleh penulis-penulis sezaman, dengan cetusan-cetusan kemudian dikenali sebagai 'Maut Hitam'. Ia umumnya dipercayai bahawa nama kedua ini datangnya daripada gejala penyakit yang dipanggil nekrosis akral. Gejala ini mengakibatkan kulit pesakit menjadi hitam kerana pendarahan di bawah kulit. Walaupun demikian, istilah ini sebenarnya merujuk kepada erti kiasan 'hitam', iaitu suram, muram, sedih, atau teruk.[3]

Maut Hitam dicirikan oleh bubo (bengkak nodus limfa), menurut huraian-huraian sejarah, seperti dengan hawar bubon Asia pada akhir abad ke-19. Oleh itu, para ahli sains dan ahli sejarah telah menganggap pada awal abad ke-20 bahawa Maut Hitam merupakan cetusan penyakit yang sama yang diakibatkan oleh bakteria Yersinia pestis dan direbakkan oleh pinjal-pinjal dengan bantuan haiwan-haiwan seperti tikus hitam (Rattus rattus). Bagaimanapun, bubo juga merupakan ciri untuk penyakit-penyakit yang lain dan oleh itu, pandangan ini kini dipersoalkan.[4][5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Stéphane Barry dan Norbert Gualde, "The Biggest Epidemics of History" (La plus grande épidémie de l'histoire dalam L'Histoire n°310, June 2006, m.s. 45-46. Mengatakan "antara satu pertiga hingga dua pertiga"
  2. ^ Robert Gottfried (1983). "Black Death" dalam Kamus Zaman Pertengahan, jilid 2, m.s. 257-67. Mengatakan "antara 25 hingga 45%".
  3. ^ Stéphane Barry dan Norbert Gualde, "The Biggest Epidemics of History" (La plus grande épidémie de l'histoire, dalam L'Histoire n°310, Jun 2006, m.s. 38 (rencana dari m.s. 38 - 60 dikhususkan untuk untuk Maut Hitam).
  4. ^ Penyelidikan baru mencadangkan bahawa Maut Hitam kini terpendam.
  5. ^ Cohn, Samuel K. (2003). The Black DeathTransformed: Disease and Culture in Early Renaissance Europe. A Hodder Arnold. m/s. 336. ISBN 0-340-70646-5. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Bacaan tambahan sunting

Pautan luar sunting