Mawar Merah (filem)

filem Malaysia 1987

Mawar Merah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Mawar Merah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Mawar Merah
PengarahRosnani Jamil
DibintangiRaja Ema
Mustaffa Noor
Tarikh tayangan
1987
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Mawar Merah mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Raja Ema, Mustaffa Noor dan ramai lagi.

Pengarah sunting

Filem Mawar Merah diarah oleh pengarah Datin Hajah Rosnani Jamil pada 1987.

Ringkasan sunting

Templat:Spoiler Kartika atau Arti gadis Jakarta yang suka bersosial. Tetapi ibu bapa Kartika tidak suka perangai Kartika yang liar dan suka bersosial dengan teman - teman ke disko. Suatu malam setelah pulang dari disko Arti dan kawan-kawannya ditimpa kemalangan.

Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijaga oleh nenek Arti dan bapa saudaranya. Arti yang mulanya membantah cadangan itu terpaksa menurut permintaan ibu bapanya.

Di Kuala Lumpur Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk memhubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sofyan seorang arkitek yang masih bujang.

Arti dihantar ke sekolah antarabangsa Indonesia di Kuala Lumpur. Hubungan Arti dan Sofyan semakin rapat dan mereka berdua saling jatuh cinta.

Razis seorang peguam juga kawan kepada Sofyan turut jatuh cinta dengan Arti. Manakala Mardiana seorang kawan Sofyan meminati Sofyan sehingga Mardiana cemburu dengan hubungan rapat Sofyan dan Arti.

Sofyan pula cuba menyembunyikan perasaannya kerana tahu perasaan cintanya terhadap Arti adalah dilarang agama walaupun Arti juga mencintainya. Mereka berdua terpaksa menerima hakikat dan takdir percintaan mereka. Sofyan dan Kartika cuba mencari jalan penyelesaian.

Pelakon sunting

  • Raja Ema sebagai Kartika aka Arti
  • Mustaffa Noor sebagai Sofyan
  • Razis Ismail sebagai Razis
  • Noraini Hashim sebagai Ibu Sufyan dan Nenek Kartika
  • Fauziah Nawi sebagai Sharifah, ibu Kartika dan kakak Sufyan
  • Zu Ghairi sebagai Mardiana
  • Isma Aliff sebagai Isma
  • Halim Sabil sebagai Halim

Lagu sunting

  • Satu Tragedi-Mustafa Noor
  • Lirik dan Lagu-Raja Ema & Razis Ismail
  • Mawar Merah-Razis Ismail
  • Dendang Remaja- Raja Ema

Pencapaian sunting

  • Festival Filem Malaysia ke- 7 1987 - Pelakon Lelaki Terbaik - Mustaffa Noor dan Bintang Harapan - Raja Ema.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting