Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid (Jawi: ماور رشيد; lahir 3 Januari 1994) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.

Mawar Rashid
ماور رشيد
Kelahiran
Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid

(1994-01-03) 3 Januari 1994 (umur 30)
PekerjaanPelakon, usahawan
Tahun aktif2014–kini
Ketinggian1.60 m (5 ka 3 in)
PasanganRaden Ahmad Faizal Yaakob (k. 2017; c. 2023)
Anak-anak3

Kerjaya sunting

Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif, Fify Azmi dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.[1]

Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy. Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.

Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.

Kehidupan peribadi sunting

Mawar dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mempunyai darah campuran Melayu dan Siam. Beilau juga fasih berbahasa Melayu dan Thai.

Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.[2] Pada bulan awal muharram tahun 2020 beliau mula memakai hijab dan menutup aurat sepenuhnya.[3] dia dan suami nya rasmi bercerai pada 2023.

Kontroversi sunting

Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan beliau tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015.[4] Mawar dikatakan tidak jelas ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST. Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjuran beliau yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.[5][6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Ruj.
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Permaisuri Melaka Mamat Khalid
2019 Bu, Kasih Suci Dania Jeany Amir
TBA Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Mona Pierre Andre Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Super Gameboy[7] Peach Astro Ceria
Puasa Oh Puasa (Musim 2) Cikgu Aida
2016 Tundukkan Playboy Itu Elfira TV3
2000km Ke al-Haram Marhalah TV1
2017 Suamiku Paling Sweet Qisya Iris TV3
Dia Anissa
2018 Kalis Kasih Amanda
Pencuri Cinta Kelas Satu Hanisa Astro Oasis
Isteriku Mem Besar Melissa TV3
Raisha 2 Zulaikha
2019 Aurora Aisyah Eryna TV1
Dia Pengantinku Aimi Najwa
TQ Captain Mikayla Mirza Astro Ria
2021 Malaysian Ghost Stories Umaira Episod: “Buka Hijab”
2022 Villa Kristal Rose WeTV

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Husin Peninglah Mawaria TV3
2017 Rajuk Rujuk TV9
M4TI Khalid Astro Citra
Imam Samar-Samar Siti TV9
Cinta Bersegi-Segi Wilmari
2018 Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Senahah Astro Citra
2019 Penaklukan Syaitan Mizan
2021 Diam Tanda Setuju Mila
2022 Anugerah Kamelia TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014-2015 Dewi Remaja Peserta Astro Ria
2016 Ketuk-Ketuk Ramadan Tetamu jemputan TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014/15
Dewi Remaja
Dewi Favourite Menang
2017
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
2021 Succesful Person In Malaysia 2021 Sucessful Businesswoman Menunggu

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  2. ^ Meen Tahrim (9 November 2017). Raf, Mawar langsung pernikahan petang ini Sinar Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  3. ^ "Hijrah Mawar Rashid Terbuka Hati Bertudng Suami Paling Gembira Dia Tak Tanggung Dosa Saya Dedah Aurat". Mstar 22 Ogos 2020.
  4. ^ Zaidi Mohamad (28 Mei 2015). Mawar Rashid lemah semangat gara-gara GST Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  5. ^ Mawar Rashid mohon maaf kerana tak tahu makna GST Astro Awani (27 April 2015). Dicapai pada 19 Jun 2015.
  6. ^ Mawar mohon maaf kurang peka isu semasa Sinar Harian (27 April 2015). Diperoleh pada 19 Jun 2015.
  7. ^ Super Game Boy: Pengembaraan empat sekawan Harian Metro (6 Mac 2015). Dicapai 14 Mac 2017.

Pautan luar sunting