Medan Timur (Perang Dunia Kedua)

Barisan Timur atau Perbatasan Timur ialah medan pertempuran Perang Dunia Kedua di antara kuasa Paksi Eropah dan rakan-rakan subahatnya Finland menentang Kesatuan Soviet, Poland, Norway dan beberapa negara Sekutu lain yang merangkumi Eropah Utara, Selatan, Tengah dan Eropah Timur dari 22 Jun 1941 hingga 9 Mei 1945. Ia dikenali sebagai Perang Patriotik Agung/Perang Patriotik Besar (Rusia: Великая Отечественная Война; Bahasa Ukraine: Велика Вітчизняна війн (sebelum 2015); Bahasa Belarus: Вялікая Айчынная вайна) di bekas Kesatuan Soviet dan Rusia dan negara bekas Kesatuan Soviet yang lain, manakala di Jerman ia dipanggil Medan Timur (Jerman: die Ostfront), Kempen Timur (Jerman: der Ostfeldzug) atau Kempen Rusia (Jerman: der Rußlandfeldzug). Perang ini juga kini dikenali sebagai Perang Jerman-Soviet (Bahasa Jerman: Deutsch-Sowjetischer Krieg; Bahasa Ukraine: Німецько-радянська війна (selepas 2015)) di Jerman dan Ukraine.

Barisan Timur
Sebahagian daripada Perang Dunia Kedua

Dari atas kiri mengikut jam: Kereta kebal T-34 Soviet di Berlin; Kereta kebal Tiger I Jerman semasa Pertempuran Kursk; Pengebom junam Stuka Jerman di Barisan Timur, musim sejuk 1943–1944; Pembunuhan Yahudi oleh Einsatzgruppen Jerman di Ukraine; Wilhelm Keitel menandatangani Instrumen Penyerahan Kalah Jerman; Tentera Soviet dalam Pertempuran Stalingrad
Tarikh22 Jun 1941 (1941-06-22) – 09 Mei 1945 (1945-05-09)
(3 tahun, 10 bulan, 2 minggu dan 3 hari)
Lokasi
Timur Eropah Jerman: Tengah, Timur dan Eropah Utara; di peringkat seterusnya Eropah Selatan (Balkan), Jerman dan Austria
Keputusan

Kemenangan muktamad Bersekutu, berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah (serentak dengan Barisan Barat), kemusnahan Jerman Nazi

Perubahan
wilayah
Pembahagian Jerman
Pihak yang terlibat

Kuasa Paksi  Jerman Nazi
 Romania (hingga 1944)
 Hungary
 Itali (hingga 1943)
Bulgaria Bulgaria (hingga 1944)
 Finland (hingga 1944)


Negara boneka Paksi
 Slovakia
 Croatia

Pihak Bersekutu  Kesatuan Soviet
Poland Poland
Czechoslovakia Czechoslovakia (dari 1943)
Yugoslavia Yugoslavia (dari 1944)
Tuva (dari 1944)


Bekas kuasa Paksi atau rakan subahat perang
 Romania (dari 1944)

Bulgaria (dari 1944)
 Finland (dari 1944)


Peranan Udara sahaja

Perancis Perancis (1943–45)
United Kingdom United Kingdom (1941)

Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1944)
Komandan dan pemimpin

Jerman Nazi Adolf Hitler (Pemerintah Tertinggi)
Jerman Nazi Ernst Busch
Jerman Nazi Heinz Guderian
Jerman Nazi Ewald von Kleist
Jerman Nazi Gunther von Kluge
Jerman Nazi Georg von Kuchler
Jerman Nazi Wilhelm Ritter von Leeb
Jerman Nazi Wilhelm List
Jerman Nazi Erich von Manstein
Jerman Nazi Walter Model
Jerman Nazi Friedrich Paulus(Menyerah kalah)
Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
Jerman Nazi Fedor von Bock  
Jerman Nazi Felix Steiner
Jerman Nazi Ferdinand Schörner
Jerman Nazi Erhard Raus
Jerman Nazi Walther von Reichenau
Jerman Nazi Helmuth Weidling(Menyerah kalah)

Kerajaan Romania Ion Antonescu
Kerajaan Romania Petre Dumitrescu
Kerajaan Romania Constantin Constantinescu
Kerajaan Romania Gheorghe Avramescu 
Kerajaan Romania Radu Korne
Kerajaan Romania Ioan Dumitrache
Kerajaan Romania Mihail Lascăr
Kerajaan Romania Leonard Mociulschi
Finland Carl Gustaf Emil Mannerheim
Finland Karl Lennart Oesch
Kerajaan Hungary (1920–1946) Gusztáv Vitéz Jány
Kerajaan Hungary (1920–1946) Miklós Horthy
Kerajaan Itali (1861–1946) Benito Mussolini
Kerajaan Itali (1861–1946) Giovanni Messe
Kerajaan Itali (1861–1946) Italo Gariboldi
Kerajaan Itali (1861–1946) Vincenzo LaCorte di Leuca I
Croatia Viktor Pavičić 
Croatia Marko Mesić
Slovakia Ferdinand Čatloš
Slovakia Augustín Malár
Kesatuan Soviet Joseph Stalin (Pemerintah Tertinggi)
Kesatuan Soviet Georgy Zhukov
Kesatuan Soviet Nikandr Chibisov
Kesatuan Soviet Ivan Konev
Kesatuan Soviet Vasily Chuikov
Kesatuan Soviet Rodion Malinovsky
Kesatuan Soviet Ivan Bagramyan
Kesatuan Soviet Ivan Fedyuninsky
Kesatuan Soviet Valerian Frolov
Kesatuan Soviet Vasiliy Gordov
Kesatuan Soviet Leonid Govorov
Kesatuan Soviet Mikhail Kirponos 
Kesatuan Soviet Mikhail Khozin
Kesatuan Soviet Fyodor Kuznetsov
Kesatuan Soviet Ivan Maslennikov
Kesatuan Soviet Kirill Meretskov
Kesatuan Soviet Dmitry Pavlov(Dihukum mati)
Kesatuan Soviet Ivan Petrov
Kesatuan Soviet Markian Popov
Kesatuan Soviet Maxim Purkayev
Kesatuan Soviet Pavel Rotmistrov
Kesatuan Soviet Semyon Timoshenko
Kesatuan Soviet Fyodor Tolbukhin
Kesatuan Soviet Aleksandr Vasilevsky
Kesatuan Soviet Nikolai Vatutin(Mati cedera)
Kesatuan Soviet Kliment Voroshilov
Kesatuan Soviet Andrei Yeremenko
Kesatuan Soviet Matvei Zakharov
Kesatuan Soviet Aleksei Antonov
Kesatuan Soviet Konstantin Rokossovsky
Yugoslavia Josip Broz Tito
Yugoslavia Koča Popović
Yugoslavia Peko Dapčević
Yugoslavia Kosta Nađ
Yugoslavia Petar Drapšin
Poland Zygmunt Berling
Poland Karol Świerczewski
Poland Michał Rola-Żymierski
Kerajaan Romania Mihai I dari Romania
Kerajaan Romania Nicolae Rădescu
Kerajaan Romania Constantin Sănătescu
Perancis Pierre Pouyade
United Kingdom Winston Churchill
Czechoslovakia Heliodor Píka
Kekuatan

1941

  • 3,767,000 anggota tentera

1943

  • 3,933,000 anggota tentera

1945

  • 1,960,000 anggota tentera

1941

  • 2,680,000 anggota tentera

1943

  • 6,724,000 anggota tentera

1945

  • 6,410,000 anggota tentera

Pertempuran di Barisan Timur merupakan konfrontasi tentera yang terbesar dalam sejarah. Medan perang ini telah disifatkan dengan keganasan yang belum pernah berlaku, kemusnahan yang sangat dahsyat, pengusiran besar-besaran dan kehilangan nyawa yang begitu banyak sekali akibat peperangan, kebuluran, terdedah pada cuaca sejuk, penyakit, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain faktor kematian kesan daripada perperangan. Medan Timur, iaitu tempat majoriti kesemua kem penghapusan, kawat maut, ghetto, lokasi majoriti penghapusan etnik atau genosid yang berlaku di Kancah Eropah Perang Dunia Kedua dan juga merupakan pusat utama Holokus ketika Perang Dunia Kedua. Daripada lebih kurang 70 juta orang terkorban disebabkan Perang Dunia II, hampir 30 juta maut yang kebanyakannya orang awam berlaku di Barisan Timur. Medan Timur memuktamadkan perjalanan Perang Dunia Ketua yang akhirnya menyebabkan punca utama kekalahan Jerman. Ia mengakibatkan kekalahan dan kehancuran Reich Ketiga, pembahagian Jerman selama hampir setengah abad dan kebangkitan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar tentera dan industri sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991.

Dua kuasa utama yang berperang adalah Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet, bersama dengan sekutu dan negara rakan subahat (seperti Finland sebelum tahun 1944) masing-masing. Walaupun tidak terlibat di Barisan Timur, United Kingdom dan Amerika Syarikat memberi banyak bantuan material kepada Kesatuan Soviet, tapi mereka gagal memenuhi kuota spesifik yang dipersetujui sebelum ini. Perang Soviet-Finland Kedua pula berlaku di rusuk utara Medan Timur. Di tambah lagi, operasi bersama Jerman-Finland yang merentasi sempadan paling utara Finland–Soviet dan di Wilayah Murmansk yang juga dianggap sebahagian daripada Medan Timur.

Mangsa perang sunting

 
Kematian tentera di Eropah mengikut medan dan tahun
Kerugian tentera di Barisan Timur semasa Perang Dunia II
Negara yang berperang bersama Paksi
Jumlah Kematian KIA/MIA Tawanan yang ditahan oleh Soviet Tawanan yang mati dalam Tahanan
Jerman Raya 4,300,000 4,000,000 3,300,000 374,000
Penduduk Soviet yang menyertai tentera Jerman 215,000+ 215,000 1,000,000 Tidak diketahui
Romania 281,000 81,000 500,000 200,000
Hungary 300,000 100,000 500,000 200,000
Itali 82,000 32,000 70,000 27,000
Jumlah 5,178,000+ 4,428,000 5,450,000 800,000
Kerugian tentera di Barisan Timur semasa Perang Dunia II
Negara yang berperang bersama Soviet Union
Jumlah Kematian KIA/MIA Tawanan yang ditahan oleh Paksi Tawanan yang mati dalam Tahanan
Soviet 10,600,000 7,000,000 5,200,000 3,600,000
Poland 24,000 24,000 Tidak diketahui Tidak diketahui
Romania 17,000 17,000 80,000 Tidak diketahui
Bulgaria 10,000 10,000 Tidak diketahui Tidak diketahui
Jumlah 10,651,000 7,051,000 5,280,000 3,600,000

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting