Mekanik permainan (bahasa Inggeris: game mechanics) terdiri daripada seberapa peraturan yang ditetapkan khasnya untuk mewujudkan suatu tatacara main yang lebih memuaskan dan kamil dalan permainan yang direka. Setiap jenis permainan menggunakan mekanik permainan yang tertentu; walau bagaimanapun, teori dan gaya yang diwujudkan berbeza mengikut kepentingan utama sesuatu permainan itu. Dalam erti kata umum, proses dan pembelajaran rekacipta permainan merupakan usaha untuk memikirkan sebuah mekanik permainan yang dapat membenarkan para pemain dalam sesebuah judul permainan untuk melalui sebuah pengalaman yang hebat.

Interaksi di antara pelbagai jenis mekanik permainan di dalam sesebuah judul menentukan tahap kesukaran serta kadar interaksi di antara pemain di dalamnya, dan dengan kerjasama persekitaran permainan dan sumber-sumber menentukan keseimbangan permainan. Sesetengah mekanik permainan telah digunakan dalam permainan untuk beberapa abad, manakala ada juga yang masih dikategorikan sebagai baharu, setelah dicipta dalam lingkungan abad terkini. Penciptaan kaedah mekanik permainan yang baru, dan cara-cara di mana masing-masing dapat berinteraksi, merupakan objektif yang ingin dicapai oleh pereka permainan.

Tahap kesukaran dalam mekanik permainan tidak seharusnya disamakan dengan tahap kedalaman mahupun kebenarannya. Go merupakan salah satu daripada permainan yang paling ringkas, namun memerlukan daya pemikiran yang dalam. Kebanyakan daripada permainan video atau komputer mempamerkan mekanik yang dianggap agak kompleks (apabila disebut dalam istilah di mana manusia harus melakukan segala pengiraan yang terlbat) mahupun dalam rekacipta yang disebut sebagai ringkas dan mudah.

Secara umum, permainan video komersial telah berubah daripada rekacipta ringkas (misalnya seperti Asteroids menjadi judul-judul yang sangat kompleks (seperti Tom Clancy's Splinter Cell), selari dengan pembangunan kuasa pemprosesan. Sebaliknya, permainan biasa selalunya telah mempamerkan rekaan yang ringkas, kelihatan seperti permainan teka-teki, meskipun sesetengah tetap berubah ke tahap yang lebih kompleks. Dalam permainan fizikal, perbezaan selalunya dilihat dari aspek gaya dan pasaran yang diinginkan.

Faqeh1011 sunting

Horangi99

zarith24Sept

iniObitasli

Hareedgaming07

1 jam

Pautan luar sunting