Melanin (Yunani: μέλας, hitam) merupakan pigmen yang sentiasa ada dalam alam, terdapat pada kebanyakan organisma (labah-labah adalah antara organisma yang belum dikesan melanin). Bagi haiwan, pigmen melanin merupakan terbitan asid amino tirosina. Bentuk melanin biologi yang paling banyak ditemui ialah eumelanin, iaitu sejenis polimer hitam keperangan yang terdiri daripada asid karboksilik dihidroksiindola, dan bentuk-bentuk terturunnya. Semua melanin merupakan terbtan poliasetilena. Kebanyakannya berpunca daripada asid amino tirosina. Satu lagi jenis melanin yang kerap ditemui ialah feomelanin, iaitu polimer perang kemerahan yang mengandungi sisteina dan terdiri daripada unit-unit benzotiazina yang banyak menyumbang kepada rambut merah dan tetua. Kehadiran melanin dalam alam-alam arkea dan bakteria masih dipertikaikan oleh para penyelidik dalam bidang ini.

Pigmen melanin (bahan berbutir-butir hitam di tengah-tengah gambar) dalam melanoma berpigmen. Smer Papanicolaou.

Pengeluaran melanin yang bertambah dalam kulit manusia dipanggil melanogenesis. Penghasilan melanin dirangsang oleh kerosakan DNA yang dicetuskan oleh sinaran ultralembayung-B,[1] lantas menyebabkan perkembangan samak kulit terbantut. Samak berasaskan melanogenesis ini mengambil masa yang lebih lama untuk berkembang, tetapi lebih tahan lama.[2]

Sifat-sifat fotokimia melanin menjadikannya sebagai pemfotolindung yang berkesan sekali, kerana ia menyerap sinaran ultralembayung yang berbahaya dengan cekap lalu menukarkan tenaga itu kepada haba yang tidak berbahaya.[3][4][5] Ini terjadi secara proses yang dipanggil "penukaran dalaman ultracepat". Sifat ini membolehkan melanin untuk menghamburkan lebih daripada 99.9% sinaran ultralembayung yang terserap kepada haba[6]. Ini mencegah kerosakan DNA tak langsung yang menyumbang kepada pembentukan melanoma dan lain-lain jenis barah kulit.

Rujukan sunting

  1. ^ Agar N, Young AR (2005). "Melanogenesis: a photoprotective response to DNA damage?". Mutation research. 571 (1–2): 121–32. doi:10.1016/j.mrfmmm.2004.11.016. PMID 15748643. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ tanning tips
  3. ^ McGinness J, Proctor P (1973). "The importance of the fact that melanin is black". J. Theor. Biol. 39 (3): 677–8. PMID 4730027. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Proctor PH, McGinness JE (1986). "The function of melanin". Arch Dermatol. 122 (5): 507–8. PMID 3707165. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  5. ^ Hill HZ (1992). "The function of melanin or six blind people examine an elephant". Bioessays. 14 (1): 49–56. doi:10.1002/bies.950140111. PMID 1546980. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  6. ^ Meredith P, Riesz J (2004). "Radiative relaxation quantum yields for synthetic eumelanin". Photochemistry and photobiology. 79 (2): 211–6. doi:10.1562/0031-8655(2004)079<0211:RCRQYF>2.0.CO;2. ISSN 0031-8655. PMID 15068035. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting