Menara Maybank yang terletak di Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244m (799 kaki) merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998 sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.

Menara Maybank
Map
Nama alternatifMenara Maybank
Malayan Bank Headquarters
Maklumat umum
JenisPejabat komersial
Lokasi100 Jalan Tun Perak
Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia
Pembinaan bermula1984
Disiapkan pada
1987
Maklumat ketinggian
Bumbung243.54 m (799.0 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
50
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekHijjas Kasturi Associates
Taisei Construction Co.
Rujukan
[1][2][3][4]
Menara Maybank

Bangunan ini mempunyai 50 tingkat dan siap pada tahun 1987. Ia direkabentuk oleh Hijjas Kasturi.

Sejarah sunting

Pembinaan Menara Maybank telah dimulakan pada tahun 1984 di Court Hill, di atas tapak bangunan mahkamah seksyen era koloni, dan telah disempurnakan pada tahun 1988. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada ketinggian 244 m (801 ka), hampir separuh dari Menara Berkembar Petronas Twin Towers. Menara masih lagi menjadi sebahagian daripada pencakar langit bandaraya.

Seni bina sunting

 
Lukisan puncak Menara Maybank

Pelan lantai menara terdiri daripada dua blok berasaskan persegi yang saling berpaut di salah satu sudut mereka. Setiap satu daripada dua blok ini mempunyai bumbung dan pangkalan yang lebih rendah yang mengarah ke arah yang bertentangan dengan blok lain, manakala bahagian tengahnya berada pada sudut tegak lurus. Titik akses utama menara adalah di dua sudut struktur yang mempunyai ruang yang terbentuk daripada gabungan dua blok struktur, yang ditutupi oleh bumbung segi tiga bertingkat.

Pengangkutan sunting

Menara boleh diakses dalam jarak berjalan kaki ke utara  SP8  AG8  SBK17  Stesen LRT Plaza Rakyat atau barat daya  SP7  AG7  Stesen Masjid Jamek Rapid Rail.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Menara Maybank di Emporis
  2. ^ Menara Maybank di Glass Steel and Stone
  3. ^ "Menara Maybank". SkyscraperPage.
  4. ^ Menara Maybank di Structurae

Bacaan lanjut sunting

  • Dupré, Judith (1996). Skyscrapers. New York: Black Dog & Loventhal. m/s. 96–97. ISBN 1884822452.
  • Dupré, Judith (2008). Skyscrapers (ed. 2nd). New York: Black Dog & Leventhal. m/s. 100–101. ISBN 1579127878.