Menara benteng (keep) sering dibangunkan dalam pekarangan-pekarangan istana oleh kaum bangsawan Eropah semasa Abad Pertengahan sebagai tempat berlindung akhir saat sisa-sisa istana asal tumbang akibat peperangan yang meletus.

Menara benteng yang memuncak dalam pekarangan Istana Rochester, England

Menara-menara ini mula dibuat dari kayu sebagai bahagian penting istana kota yang berdiri di Normandy dan Anjou pada abad ke-10; senibina ini tersebar ke England akibat penaklukan orang Norman pada 1066 sebelum sampai Wales pada separuh kedua abad ke-11 dan ke Ireland pada 1170-an.