Mendatarkan keluk

strategi kesihatan awam

Mendatarkan keluk (Jawi: منداترکن کلوق) atau meratakan lengkung (Jawi: مراتكن لڠكوڠ) ialah strategi kesihatan awam untuk memperlahankan penyebaran virus SARS-CoV-2 semasa pandemik COVID-19. Lekuk yang didatarkan ialah keluk epidemik, gambaran visual jumlah orang yang dijangkiti yang memerlukan rawatan kesihatan dari masa ke masa. Semasa epidemik, sistem penjagaan kesihatan boleh merosot apabila jumlah orang yang dijangkiti melebihi kemampuan sistem penjagaan kesihatan untuk merawatnya. Mendatarkan keluk bermakna memperlambat penyebaran epidemik sehingga jumlah puncak orang yang memerlukan rawatan pada satu masa berkurang, dan sistem rawatan kesihatan tidak melebihi kapasitinya. Mendatarkan keluk bergantung pada teknik mitigasi seperti penjarakan sosial.

Langkah-langkah seperti arahan penjarakan sosial dan duduk di rumah mengurangkan dan menunda puncak kes aktif, yang membolehkan lebih banyak masa untuk kapasiti penjagaan kesihatan meningkat dan mengatasi beban pesakit dengan lebih baik.[1] Waktu yang diperoleh melalui pendataran keluk dapat digunakan untuk meningkatkan garis kapasiti penjagaan kesihatan untuk memenuhi permintaan yang meningkat dengan lebih baik.[2]
Tanpa tindakan pencegahan pandemik - seperti jarak sosial, vaksinasi, dan penggunaan topeng muka - patogen dapat menyebar secara eksponensial.[3] Grafik ini menggambarkan bagaimana penggunaan awal pencegahan cenderung melindungi kawasan penduduk yang lebih luas, sehingga mengurangkan dan menunda puncak kes aktif.
Model SIR menunjukkan kesan mengurangkan kadar jangkitan (jingga) sebanyak 76%

Langkah pelengkap adalah untuk meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan, untuk "meningkatkan garis".[4] Seperti yang dijelaskan dalam sebuah rencana dalam The Nation, "masyarakat harus melakukan dua perkara agar mencegah sistem rawatan kesihatan daripada kewalahan: 'mendatarkan keluk'—iaitu, memperlambat kadar jangkitan sehingga tidak terlalu banyak kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dalam satu masa—dan 'tingkatkan garis'—iaitu, meningkatkan kemampuan sistem hospital untuk merawat sejumlah besar pesakit."[5] Pada April 2020, dalam kes pandemik COVID-19, dua langkah utama adalah untuk menambah bilangan katil dan ventilator ICU yang tersedia, yang kekurangan secara sistematik.[2]

Mendatarkan keluk sunting

Campur tangan bukan farmasi seperti membasuh tangan, penjarakan sosial, pengasingan dan pembasmian kuman[4] mengurangkan jangkitan harian, oleh itu meratakan keluk wabak. Keluk yang berjaya diratakan akan memperluaskan lagi keupayaan penjagaan kesihatan dari masa ke masa dan puncak kemasukan ke hospital di bawah garis kapasiti penjagaan kesihatan.[2] Dengan pelaksanaannya, sumber daya, baik material atau manusia, tidak habis dan kekurangan. Di hospital, kakitangan perubatan menggunakan peralatan dan prosedur pelindung yang tepat, tetapi juga untuk memisahkan pesakit yang tercemar dan pekerja yang terdedah dari populasi lain untuk mengelakkan penyebaran intra-hospital.[4]

Mendatarkan 'infodemik' sunting

Sebuah rencana dari Universiti Teknologi Malaysia juga berpendapat bahawa mendatarkan keluk 'infodemik' juga penting dalam memastikan usaha memperlambatkan penyebaran COVID-19 tidak terganggu. Infodemik disifatkan boleh memburukkan keadaan apabila ia membuatkan sesetengah individu tidak mematuh garis panduan serta arahan oleh pihak berkuasa yang menyeru penjarakan sosial dan juga kempen Duduk Di Rumah yang membantu dalam mendatarkan keluk. Komen-komen negatif di media sosial juga dijangka memberi persepsi dan fikiran negatif dalam mendepani pandemik COVID-19.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wiles, Siouxsie (9 Mac 2020). "The three phases of Covid-19—and how we can make it manageable". The Spinoff (dalam bahasa Inggeris). Morningside, Auckland, New Zealand. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  2. ^ a b c Barclay, Eliza (2020-04-07). "Chart: The US doesn't just need to flatten the curve. It needs to "raise the line."". Vox (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 April 2020.
  3. ^ Maier, Benjamin F.; Brockmann, Dirk (15 Mei 2020). "Effective containment explains subexponential growth in recent confirmed COVID-19 cases in China". Science (dalam bahasa Inggeris). 368 (6492): 742–746. doi:10.1126/science.abb4557. ("...initial exponential growth expected for an unconstrained outbreak.")
  4. ^ a b c "Memahami keperluan meratakan lengkung epidemik". Astro Awani. 19 Mac 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  5. ^ Gelardi, Chris (9 April 2020). "Colonialism Made Puerto Rico Vulnerable to Coronavirus Catastrophe". The Nation (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0027-8378. Dicapai pada 12 April 2020.
  6. ^ Nor Zairah Ab Rahim (22 April 2020). "PENJARAKAN MEDIA SOSIAL: MERATAKAN LENGKUNG INFODEMIK COVID-19". Universiti Teknologi Malaysia Newshub. Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada 18 Julai 2020.