Mer Hayrenik ( Մեր Հայրենիք "Tanah airku"[1][2]) ialah lagu kebangsaan negara Armenia. Senikatanya diambil daripada sajak Italats’i aghjka yergy (Bahasa Armenia: Իտալացի աղջկա երգը "Dendangan Gadis Itali"[3]) nukilan Mikael Nalbandian (1829-1866) tahun 1861.[4][1] Iramanya digubah oleh Barsegh Kanachyan (1885-1967)[3] kemudian pada awal abad ke-20.[4]

Mer Hayrenik

National anthem Armenia
LirikMikael Nalbandian, 1861
MuzikBarsegh Kanachyan
Diguna pakai1918 (diterima pakai semula pada 1991)
Sampel audio

Lagu ini pertama kali diterima pakai sebagai lagu kebangsaan Republik Armenia Pertama (1918-1920) dengan lirik yang berlainan.[3][5] Kedudukannya dikembalikan pada 1 Julai 1991 oleh badan Soviet Agung Republik Sosialis Soviet Armenia[3][6] dengan seberapa bait senikata yang terolah.[4]

Lirik sunting

Perumian
Terjemahan

I
Մեր Հայրենիք, ազատ անկախ,
Որ ապրել է դարեդար
𝄆 Յուր[a] որդիքը արդ կանչում են
Ազատ, անկախ Հայաստան։ 𝄇

II
Ահա եղբայր քեզ մի դրոշ,
Որ իմ ձեռքով գործեցի
𝄆 Գիշերները ես քուն չեղա(յ),
Արտասուքով լվացի։ 𝄇

III
Նայիր նրան՝ երեք գոյնով,
Նուիրական մեր նշան
𝄆 Թող փողփողի թշնամու դեմ
Թող միշտ պանծայ Հայաստան։ 𝄇

IV
Ամենայն տեղ մահը մի է
Մարդ մի անգամ պիտ մեռնի,
𝄆 Բայց երանի՝ որ իւր ազգի
Ազատության կը զոհվի։ 𝄇

I
Mer Hayreniḱ, azat ankakh,
Vor aprel e daredar
𝄆 Yur vordiḱə ard kanchum en
Azat, ankakh Hayastan. 𝄇

II
Aha yeghbayr ḱez mi drosh,
Vor im dzerrḱov gortzetsi
𝄆 Gishernerə yes ḱun chegha(y),
Artasuḱov lvatsi. 𝄇

III
Nayir nran yereḱ guynov,
Nvirakan mer nshan
𝄆 T́ogh ṕoghṕoghi t́shnamu dem
T́ogh misht pantza Hayastan. 𝄇

IV
Amenayn tegh mahə mi e
Mard mi angam pit merrni,
𝄆 Bayts yerani, vor yur azgi
Azatut́yan kzohvi. 𝄇

Tanahairku, bebas merdeka,
yang hidup abad ke abad
Anak-anaknya diseru menuju
Armenia yang bebas merdeka.

Untukmu, saudara, sehelai bendera
yang telah kukaitkan
Semalaman aku tak tidur
dibasahi tangisanku.

Lihat padanya, tiga warna
lambang tinggalan kami.
Biarlah ia bersinar menghadap [melawan] musuh,
Biarlah Armenia sentiasa gemilang.

Ajal sama di mana-mana
Semua orang mati sekali
Namun, bahagialah demi negaranya
pembebas yang gugur.

Nota sunting

  1. ^ Adakala dimodenkan kepada իր ir.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Adalian, Rouben Paul (13 Mei 2010). Historical Dictionary of Armenia. Scarecrow Press. m/s. 469. ISBN 9780810874503. Dicapai pada 28 April 2017.
  2. ^ Hacikyan, Agop Jack, penyunting (2005). The Heritage of Armenian Literature: From the eighteenth century to modern times. 3. Wayne State University Press. m/s. 293. ISBN 978-0814332214. Dicapai pada 29 April 2017.
  3. ^ a b c d Ghazanchyan, Siranush (15 Jun 2016). "June 15 is the day of Armenian state symbols". Public Radio of Armenia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
  4. ^ a b c Waters, Bella (1 September 2008). Armenia in Pictures. Twenty-First Century Books. m/s. 69. ISBN 9780822585763. Dicapai pada 29 April 2017.
  5. ^ Parsons, Robert (24 Ogos 2006). "CIS: Armenia Latest To Agonize Over Anthem". Radio Free Europe/Radio Liberty. Broadcasting Board of Governors. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
  6. ^ "About Armenia – General Information". Government of the Republic of Armenia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
  7. ^ "Հայաստանի Հանրապետության պետական խորհրդանիշերը". mfa.am.
  8. ^ "Խօսք Օրհներգի մասին. Զաւէն Խանճեան". ԱՀԱԸ Հայաստան (dalam bahasa Armenia). Dicapai pada 7 Januari 2022.
  9. ^ "ՀՀ պետական օրհներգը". Iravaban.net. 24 Mei 2013.

Pautan luar sunting