Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots

Metal Gear Solid 4: Guns of Patriots ( メタル ギア ソリッド 4 · ガンズ オブ ザ パトリオット, Metaru Gia Soriddo Fo Ganzu obu Za Patoriotto) adalah permainan video bergenre aksi pengintipan yang dibina oleh Kojima Productions untuk konsol PlayStation 3. Permainan ini diarahkan oleh Hideo Kojima dan telah membuat keluaran di seluruh dunia pada tarikh 12 Jun 2008, sepuluh tahun selepas keluaran Metal Gear Solid dan dua puluh tahun selepas keluaran Metal Gear di Amerika Utara.

Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots
Muka depan versi Amerika Utara
PembangunKojima Productions
PenerbitKonami
PengarahHideo Kojima Sunting ini di Wikidata
PerekaHideo Kojima (pengarah)
Shuyo Murata (pengarah-co)
Kenichiro Imaizumi (pengeluar)
Yoji Shinkawa (pereka watak)
PenulisHideo Kojima
Shuyo Murata
KomposerLihat Runut bunyi
SiriMetal Gear
EnjinEnjin In-house
PlatformPlayStation 3[1]
PelepasanJune 12, 2008[2]
GenrePengintipan,aksi,
Penembak orang ketiga
ModSeorang pemain, Pemain berganda (Metal Gear Online hanya, muat turun)

Guns of Patriots menerima pujian daripada para pengkritik permainan video,mengumpulkan skor sempurna dan penghargaan Game of the Year dari beberapa penerbitan permainan video utama, termasuklah GameSpot yang menyatakan bahawa permainan ini "sempurna". Permainan ini telah menjadi pendorong kekuatan kewangan Konami dengan siri Metal Gear mencapai jualan sebanyak 5 juta unit pada tahun 2009.

Penerimaan sunting

Menurut Enterbrain, Guns of the Patriots telah dijual sebanyak 476,334 salinan dalam jualah empat hari pertama di Jepun, dimana termasuk bilangan bersama konsol PlayStation 3 dan menyebabkan perubahan yang besar dalam jualan PlayStation 3. Jualan PS3 pada masa itu ialah 10,000 unit dalam beberapa minggu menjadi 77,208 unit apabila minggu debut permainan. July 9, 2008,permainan ini telah dijual sebanyak 576,437 salinan di Jepun. Ia merupakan ke-11 jualan permainan terbaik Jepun pada tahun 2008, terjual sebanyak 686,254 salinan. Menurut kepada Chart-Track, Ia merupakan jualan permainan minggu pertama kedua terpantas bagi konsol PlayStation 3 di United Kingdom selepas Grand Theft Auto IV dan dibawah Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty sebanyak 14,000 salianan direkodkan pada tahun 2002. Konami telah melaporkan bahawa MGS4 telah terjual sebanyak satu juta unit di Eropah dalam minggu pertamanya dengan 25,000 salinan edisi-terhad. Di Amerika Syarikat, MGS4 merupakan jualan permainan terbaik pada June 2008 terjual sebanyak 774,600 salinan (hampir satu juta jika jumlah nombor salinan bersama konsol PlayStation 3 termasuk) menyebabkan jualan PS3 berganda berbanding bulan sebelumnya.Menurut NPD Group,Sehingga June 30, 2008. Ia telah terjual sebanyak 3 million salinan seluruh dunia.

Rujukan sunting

  1. ^ Plunkett, Luke (2007-04-02). "Feature: Talkin' Metal Gear With Hideo Kojima". Kotaku. Gawker Media.
  2. ^ "Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots Worldwide release". 2008-02-28. Dicapai pada 2008-03-03.
  3. ^ "Metal Gear Solid 4 rated '15'". MCVUK. 2008-04-23. Dicapai pada 2008-04-23.
  4. ^ "ESRB Game Ratings Search Results". ESRB. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-06. Dicapai pada 2008-04-15.
  5. ^ "OFLC classification database search results". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-04. Dicapai pada 2008-05-03.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2010-12-12.
  7. ^ http://i154.photobucket.com/albums/s275/ianknott/MGS4Cover.jpg

Bibliografi sunting

The Complete Official Guide to Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots. Piggyback Interactive dan Kojima Productions, July 2008. ISBN 0-50694-27817-9.

Pautan luar sunting