Mia Ahmad

Pelakon wanita Malaysia

Samihah "Mia" Ahmad Baderi (lahir 22 Februari 1988) merupakan seorang pelakon wanita dan model bebas Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan di TV3.[1]

Mia Ahmad
Mia menggayakan jenama tudung Mumuscarves pada 27 Januari 2016.
Kelahiran
Samihah binti Ahmad Baderi

(1988-02-22) 22 Februari 1988 (umur 36)
PekerjaanPelakon, model bebas dan duta jenama
Tahun aktif2012–kini
Ejen
  • A Klasse Management (2015)
  • Paranormal (2016-kini)
Ketinggian163 cm (5 ka 4 in) 5'4"
PasanganMohd Izham Tarmizi (k. 2017)
Anak-anak3

Kehidupan awal sunting

Mia dilahirkan sebagai Samihah binti Ahmad Baderi di Taiping, Perak kepada keluarga warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani. Beliau ialah anak keempat daripada lima adik-beradik dan mendapat pendidikannya di SMK Treacher Methodist Girls School dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya sunting

Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebagai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsia X dan Emirates Airline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air. Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV. Beliau muncul dalam iklan Oral B dan Nestle Nan Grow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Selepas mendapat peranan sampingan dalam beberapa drama televisyen, beliau mendapat peranan pertamanya dalam siri drama Ku Tak Rela untuk slot Azalea (TV3) [2] diikuti oleh drama untuk siaran di Slot Akasia TV3, Hati Perempuan bersama Saharul Ridzwan.[3]

Mia juga dahulu merupakan duta jenama tudung, MumuScarves dan produk kecantikan, Pesona Ayu Skincare. Kini, beliau telah mengasaskan produk kecantikannya sendiri yang diberi label Absolue by Mia Ahmad. Setakat ini, Absolue by Mia Ahmad telah melancarkan dua produk, iaitu minyak wangi yang diberi nama Sweetness by Mia Ahmad dan celak mata yang bernama Kohl Lashes by Mia Ahmad. Satu lagi jenama iaitu tudung yang berumbai di bawah label Tassel by Mia Ahmad.

Kehidupan peribadi sunting

Pada 13 Januari 2017 jam 10:18 pagi, dengan sekali lafaz, Mia Ahmad telah diijabkabulkan dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi yang tiga tahun lebih muda daripadanya.[4] Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Baderi Mohamad.[4]

Pada 28 September 2018, Mia dan Izham dikurniakan anak lelaki.[5][6] Anak kedua beliau, iaitu anak perempuannya dilahirkan pada 19 Jun 2020.[7][8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2020 Superbike The Movie Miza Pelakon pembantu
2017 Jibam Miah Pelakon pembantu
2016 Siapa tu ? Mia Ahmad Pelakon pembantu

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Stesen TV
2014 Putih Pasir Pantai Jessica Pelakon undangan TV1 (Slot Bidadari)
Romi Cinta Julia Amy Pelakon undangan TV3 (Slot Lestary)
Rindu Awak 200% Esyana Pelakon undangan TV3 (Slot Akasia)
2015 Ku Tak Rela Anis Pelakon utama TV3 (Slot Azalea)
Hati Perempuan Yuhanis Pelakon utama TV3 (Slot Akasia)
Sayap Jibrail : Bagai Madyan Syuib AS Suhana Pelakon undangan Astro Prima
Kifarah Mistik : Panas Wanie Pelakon undangan TV3 (Slot Zehra)
Dilema Wanita (Isteri Kedua) Mawar Pelakon utama TV1 (Slot Bidadari)
2016 Ahli Mesyuarat Tingkap Mia Ahmad Artis jemputan TV3 (Slot Iris)
Mr. Boss Miss Stalker Sara Azreen Pelakon utama TV3 (Slot Dahlia)
2000 KM Ke Al-Haram Wan Syafiqah Pelakon utama TV1
2017 Jejak Karmila Suraya Pelakon utama TV3 (Slot Zehra)
2019 Sara Kirana Maisara Pelakon Utama TV1 (Slot Widuri)

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Stesen TV
2014 Papa Yibbie Sara Pelakon pembantu TV3
Selempang Kuning Melur Pelakon pembantu Astro Prima & Astro Maya HD
Atie Setan Juju Pelakon pembantu Astro Prima & Maya HD
Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Su Pelakon pembantu TV9
2015 Jodoh Ke Uolls Yuhanis Pelakon utama TV3
Badai Cintamu Keisha Pelakon utama TV AlHijrah
Husin Peninglah Julia Pelakon utama TV3
Paktomai Aku Datang Alisha - TV9
2016 Gadget Mak Jah Suhaila Pelakon utama TV9
Ku Haramkan Susu Itu Alisha Pelakon utama TV9
Anak Liya Pelakon utama TV2
Cinta 3 Rasa Hana Pelakon pembantu TV9
Ramadhan Hazim Cikgu Fatihah Pelakon pembantu TV1
2017 Kasih Seorang Ayah Aminah Pelakon Utama TV3

Muzik video sunting

Tahun MV Penyanyi
2015 "Takkan Pergi" Hyper Act

Iklan sunting

Tahun Jenama
2012 Oral B
2013 Nestle Nan Grow 3
2014 Hurix's

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Ketuk-Ketuk Ramadhan Dirinya Sendiri TV1 Artis jemputan
Sepahtu Reunion Melissa Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Oh Tok Ketua"
2017 Sepahtu Reunion Live Suraya Artis Jemputan: Episod" Jejak Kasihan"

Endorsmen sunting

  • Ashhannas
  • MumuScarves
  • Pesona Ayu Skin Care
  • OLI Candy
  • Hajarose KL Hair Mist
  • Tonton
  • Audela Adore Collagen

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Telenovela 2016 Pelakon Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Heroin Hati Perempuan". Kisah Artis. 3 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-07. Dicapai pada 20 Jun 2016.
  2. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (9 November 2015). "Konflik Keluargaan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 20 Jun 2016.
  3. ^ Syed Musaddad Syed Mahdi (24 Mei 2015). "Langkah Pertama Mia Ahmad". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-07. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  4. ^ a b "Mia Ahmad dan Izham Tarmizi selamat diijabkabulkan". BeautifulNara. 2017-01-14.
  5. ^ Michelle Gun (28 September 2018). "Mia Ahmad dapat anak lelaki". Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  6. ^ Hanisah Selamat dan Zaidi Mohamad (28 September 2018). "Mia Ahmad timang anak lelaki". Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Jun 2020). "Mia dapat anak perempuan". Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Jun 2020). "Mia Ahmad dapat anak kedua". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2020.

Pautan luar sunting